Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, October 3, 2017

Kenduri kahwin sepupu di Kg Simpang 5

Sabtu lepas penutup bulan September 2017 ada kenduri kahwin yang ke berapa agaknya aku tak ingat dibuat di rumah pusaka keluarga ayah aku ni. Kali ni anak saudara ayah, Arif yang mengadakan majlis kenduri kahwin kat sini. Mak ayah Arif, Mak Mah dan Cik Jamil yang tinggal dan menjaga rumah pusaka ni dari dulu lagi. 

Kitorang pun apalagi pakat2 balik nak jumpa sepupu sepapat dan sedara mara yang confirm akan berkumpul kat sini bila ada kenduri besar mcm ni. Aku tak bawa kamera, tinggal kat rumah. JAdi guna handphone jelah. Jadi gambar pun tak banyak, shot pun lebih kurang.

Pengantin dah sampai, kira ni majlis menjemput menantu. 

Ni Cik Midon dan yang pompuan tu sepupu ayah, Makcik Shida dari Parit Gombak. 

Sampai2 je pengantin, terus ada orang bersilat. Pakcik yang bersilat ni sebenarnya kurang sihat sikit. Tapi aku masih ingat lagi dari kitorang kecik sampailah ni dia sentiasa je ada muncul kalau ada kenduri di Simpang Lima ni. Panjang umur orang tua ni. Si Arif pun nak tergelak tengok dia beriya2 bersilat. Jangan ko tertumbuk pengantin sudah >_< 

Ilhan teruja dengar bunyi paluan kompang.

Wah ni silat apa benda yek, macam burung nak terbang tinggi!! ahahaha

Kek pengantin..

Wah sepupu2 bawah aku semua duk bertenggek kat tangga hehehe. Yang perempuan semua dah berumahtangga, jadi takpelah duduk kat tangga tu kui kui kui.  

Rumah Simpang Lima ni kira dah masuk empat generasi. Masih kukuh berdiri. Dulu warna hijau, sekarang dah warna pink merah. Ayah aku, Ady termasuk aku juga pernah buat majlis kahwin kat sini ahaks!! Imbas balik kenangan dulu weh.. 

Mak dan pengantin sibuk layang dan salam tetamu. Dah berhenti orang datang. Confirm Mak mah lepak kepenatan malam tu. Mujur ler pakai katering, tak macam dulu masak kenduri di sini. 

Hehe niler sepupu aku Kak Nani yang paling havoc, amboi merah menyala. Terkejut aku tengok anak2 dia dah besar jadi anak bujang dah.. 

Amik gerai satu untuk makanan goreng2 macam keledek, tempe, cekodok dan keropok lekor. Laju akak ni mengoreng, adalah anak kecik dia menolong. Laku betul, letak jer... abis. Letak jer abis!! Jemputan ramai. 

Ada juga gerai cendol Pak O. Boleh nak basah2kan tekak. 

Gerai2 ni semua di'sponsor' oleh makcik dan pakcik sedara kami. Meriah, niat nak bagi jemputan makan. 

Yang  ni sedara mara kami yang chinese datang. Arwah nenek kami keturunan chinese dan ada adik  kembar. Rajin juga keluarga chinese sebelah sana still contact keluarga di sini. Ada ada kenduri mesti diorang akan turun datang. 

Baca doa sebelum makan berdamai. 

Aku pun baru nak makan. Tadi sampai awal tapi tak rasa lapar pun. 

Anak2  makan cendol lepas makan nasi. Ni meja betul2 menghadap gerai cendol Pak O. 

Qaireen makan dua mangkuk cendol tak berhenti. 
Memang hantu cendol anak aku ni hehehe asal balik BP ajak makan cendol. 

Dalam pukul 3, aku balik rumah sebab nak solat zohor. Lagipun Ilhan dah mangamuk penat dan panas main bawah khemah kenduri. Balik rumah mandi sembahyang, booom terus tidur tak hingat... Besok pagi baru bertolak balik ke Seremban. 





Wednesday, October 28, 2015

7 hari sudah..

Hari dah masuk hati ke tujuh aku selepas bersalin.

Pantang mode....

Ilhan Wafiq.. 
Bestnyer dia tidur

Qaireen, Umar dan Ilhan..


Sayang adik, hari2 tanya bila adik nak keluar dari perut ibu :'))




Thursday, January 15, 2015

Aktiviti Lepas Kerja

Kalau sudah amik anak2 dari sekolah sampai di rumah je, diorang bekejaran nak ke playground. Tak pun Umar sibuk tengok pokok bunga dan sayur kat halaman rumah.





Aku macam biasa, menyinsing lengan baju memasak. Kalau nak cepat dan simple, menu anak suka ialah pizza jek, takpun pasta dan spagetti.

Dah siap makan malam, sibuk mengacau ayah dia nak balut tupperware nak pos ke customer.



balut kemas2 jangan terburai :P

Eh tengok jam, pukul berapa. Pergi masuk tidur!!!

Hahaha, gelakkan aku pulak. 

last2 aku yang tertidur dulu T_T




Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...