Showing posts with label kerja rumah. Show all posts
Showing posts with label kerja rumah. Show all posts

Sunday, March 27, 2016

Siapkan kerja rumah.

Setiap malam, lepas balik mengaji kat rumah mualimah, Qaireen dan Umar akan berteleku kat meja untuk siapkan kerja rumah dia.. itulah aktiviti diorang malam, tv confirm tak hidup punya dah. Hari2 Qaireen ada kerja rumah, aku tak tau itu kerja cikgu bagi atau kerja di sekolah yang dia tak sempat siapkan  hehehe..

Jom buat kerja. Selalu buat kat atas meja di hall, tapi cuaca panas suruh diorang buat dalam bilik bawah sebab pasang aircond. Sejuk skit. 

Sambil2 tu Umar akan praktis mengeja dan membaca buku yang diberikan di pra sekolah. 

Selalu Qaireen bila suruh buat kerja rumah, fokus dia lari. Dia buat benda lain, baca buku lah, selak2 buku lain nak baca. Last2 kerja rumah tak siap2 hahaha. Adoiii... 

M.a.n.a mana...a.n.i ani. Eja sampai pandai dan lancar. Dah lancar baru cikgu semak dan upgrade tukar buku yang lain pulak. 

Yang si kecik ni?? Hah berlatih buat baring kuak lentang. 

Praktis sampai pandai yek. Pusing sekali lagi. 


Huh dah letih dah, hahaha. 



Monday, February 22, 2016

Teman buat kerja rumah

Setiap malam Qaireen ada kerja rumah. Maksudnya kerja sekolah. Jadi jom kita ramai2 teman akak buat kerja rumah. Selalu aku teman sampai pukul 10.30 malam sebab mata dah mengantuk, nak gosok baju lagi dan Ilhan dah mengamuk nak susu dan tidur. 


Jom teman akak buat kerja rumah. 


Hari2 Qaireen siapkan kerja rumah...




Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...