Sunday, March 27, 2016

Siapkan kerja rumah.

Setiap malam, lepas balik mengaji kat rumah mualimah, Qaireen dan Umar akan berteleku kat meja untuk siapkan kerja rumah dia.. itulah aktiviti diorang malam, tv confirm tak hidup punya dah. Hari2 Qaireen ada kerja rumah, aku tak tau itu kerja cikgu bagi atau kerja di sekolah yang dia tak sempat siapkan  hehehe..

Jom buat kerja. Selalu buat kat atas meja di hall, tapi cuaca panas suruh diorang buat dalam bilik bawah sebab pasang aircond. Sejuk skit. 

Sambil2 tu Umar akan praktis mengeja dan membaca buku yang diberikan di pra sekolah. 

Selalu Qaireen bila suruh buat kerja rumah, fokus dia lari. Dia buat benda lain, baca buku lah, selak2 buku lain nak baca. Last2 kerja rumah tak siap2 hahaha. Adoiii... 

M.a.n.a mana...a.n.i ani. Eja sampai pandai dan lancar. Dah lancar baru cikgu semak dan upgrade tukar buku yang lain pulak. 

Yang si kecik ni?? Hah berlatih buat baring kuak lentang. 

Praktis sampai pandai yek. Pusing sekali lagi. 


Huh dah letih dah, hahaha. 



No comments:

Post a Comment

Ramadhan 1445 Tahun 2024