Showing posts with label mastercam. Show all posts
Showing posts with label mastercam. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Kursus CNC Lathe di Ciast- last day

Akhirnya setelah berkampung 5 ari di bengkel pengeluaran kami dah dpt hasilkan projek masing2.

last day, last projek. Yeah boleh balik dah!!


Biasalah bila ada kursus, asal rehat mmg mkan jek
Kami pun bukan muda lagi, otak tak fresh dah, jadi lepas berapa jam hadap kerja mesti kena rehat.
Refresh makan dan minum hehe


Projek peserta yang telah dihasilkan daripada MasterCam. 

So after closing, sampaikan sijil kepada peserta aku pun terus balik. Dah check out hotel siap2 dah.

Hopefully nanti boleh buat modul baru untuk Cad Cam kat politeknik, latihan baru dan nota baru. Aku kena ajar juga pensyarah yg lain untuk fully run software mastercam process milling dan turning lepas ni.

Semoga dipermudahkan. Amin....


Kursus Cnc Lathe di Ciast -part 2

Hari kedua dan ketiga, di Ciast kali ini lebih kepada pengunaan Mastercam. Dan hari keempat kami akan gunakan design sendiri produk dan masukkan programming tersebut dalam CNC lathe machine untuk run process turning..

Design guna mastercam, tak tau nk nak buat part macamana
Nak buat dgn simple aje.

Risau sebenarnya, takut mata alat terlanggar atau suapan banyak sangat. Rosak juga cutting tool nanti..

Tapi memang betul bila terlalu fikirkan benda memang jadi pun akhirnya, mata alat jadi rosak haha.


Tension betoi lah, kena check buat balik. Ada masalah sikit bila setup stock workpiece. Mungkin terlalu banyak suapan yang dibuat hingga mata alat pun boleh tercabut cip dia huhuhu





Monday, October 13, 2014

Kursus Cnc Lathe di Ciast part 1

Masuk arini ialah hari kedua. Semalam belajar just introduction tentang lathe programming dan mesin.

Masa minum pagi aku rasa heran tgk mesin Cnc milling ni, apasal ler dia leper semacam. Selalunya mesin milling besar mak aii besar gedabok. Kemudian en Irwan, instructor Ciast panggil kami, meh tengok ni!!

Fuiyoo hahaha guna simulasi jer... patutlah nipis, cuma skrin je tayang paparan pengerakan mata alat tu hehe. Baguslah untuk training pelajar handle programming, sekurang2nya takde kerosakkan besar berlaku.


Selalu tengok mesin CNC besar seketul. Yang keadaan mesin yang terbuka dan dibahagi part by part. 







Di sini sebenarnya traineer ada buat preparation untuk pertandingan trouble shooting untuk mesin CNC.  Pergh bayangkan nak kenalpasti masalah yang berlaku dan cara pembaikpulihan dilakukan.
Seramai 3 orang pelajar mereka dilatih dan akan dihantar ke Hanoi untuk pertandingan tersebut.

Belajar guna Mastercam pada hari kedua. 


Nota dia aku pernah pinjam, aku amik tahun lepas selepas abis kursus. Cepat2 aku photostat kat seksyen 13 untuk jadi exercise latihan aku sendiri. Aku dah buat latihan2 tu sendiri kat PPD untuk isi masa lapang cuti sem kat Makmal CadCam.


Banyak juga aku belajar tentang mastercam walaupun aku dah ajar benda di JKM terutama tentang retract dan tool nose.  Paling penting aku tahu macamana nak terangkan pada pelajar pasal overlap dan suapan yang perlu agar tak de kesilapan pada programming.

KURSUS LAGI DI CIAST SHAH ALAM.

Dulu aku dah pernah citer dlm blog ni aku kena pergi kursus 2 minggu di Ciast, Shah Alam. Kursus basic CNC Lathe dan Milling (klik di sini)  Masa tu bulan Jun 2013.

Dah setahun lebih, terpanggil lagi untuk kursus Advance CNC Lathe minggu ni. Start 13 hingga 17 Oktober. Tapi penginapan di Hotel de Palma. Leceh sikit sebab tahun lepas duduk dlm asrama ciast jek. Turun je lif dan sampai bengkel Cnc. Hehehe. Kali ni kena ada pengangkutan nak ke bengkel Ciast. Terpaksa pinjam Myvi mak nak ke sini.

Paling kebetulan, asal kursus sini jek mesti time musim jerebu. Dari seremban ke Shah Alam, bila aku lalu KLIA memang betul2 kelabu asap!?



Apalagi, berkurung jela di sini sampai seminggu yek. Harap2 bertambah lagi ilmu mesin ni hahaha

Hari Projek Akhir Pelajar PNS dan PoliPD || 2026

Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sen...