Showing posts with label mydin s2. Show all posts
Showing posts with label mydin s2. Show all posts

Sunday, November 18, 2018

Mandi di Dtempat Club, Bandar Sri Sendayan

Balik dari Perak, ada baki cuti sekolah sehari lagi. Jadi anak2 ajak mandi kat Dtempat Country Club. Dekat je pun dengan rumah tapi nak pergi pun malas ahahaha. Tunaikan juga sebab tak tau nak ke mana lagi kan.

Kitorang pergi lepas sarapan dalam jam 10.00 pagi. Club ni lenggang tak de orang pun, so kami ler yang conquer mandi kat situ bahahaha. Suka! Suka ! Suka!!
Masa ni Ilhan berani pulak nak mandi kolam besar. Tapi kena dukung jelah. Mandi kolam kanak2 dia tak nak. 


Dalam kolam ni adalah beberapa orang yang mandi. Lepas tu semua dah naik tinggal kami jer...


Main kat ara jakuzi pulak 

Ayah diorang malas nak basahkan baju seluar. Tapi last2 kena mandi juga sebab anak2 dah pecah lari main ke tempat lain. Tak boleh biar sorang2 main air, kena pantau depan mata. 

Duduk dalam jakuzi ni memang syioook.....


Qaireen excited main slide dari mandi kolam. Kebetulan Ilhan pun dah berani nak naik slide. Sekali naik, terus nak naik berkali2... penat ibu dok ulang alik panjat tangga tu T_T

Nasib baik takde orang, segan juga nak turun naik slide banyak kali. 
Aku dah macam budak2 aje ahahaha.

Dah penat dah... Rehat jap... 
Mandi2 tengok jam dah dekat jam 12.00 tengahari, tak rasa panas pasai cuaca mendung jer aritu.. 


Sebelum balik singgah Mydin S2 untuk shopping barang rumah. 
Makan ice cream dulu sebelum balik rumah. 

Ice cream ChocoTop McD jer. 

Ganti balik kalori ngeee ngee 




Monday, February 20, 2017

Sarapan di Mydin S2

Sambungan daripada entri sebelum ni. Selepas jogging dan jalan2 kat City Park S2, confirm dah berpeluh2 kan. Masa ni anak2 mula bising rasa penat dan panas, hah baru ler kami bergerak pergi sarapan pulak. Sarapan kat mana? Kat Mydin S2 ler, sebab lepas tu nak beli barang2 dapur pulak. Dah ler berpeluh2 lepas tu nak masuk dalam tempat aircond pulak!! Huhuhu ler bau peluh kan hahaha!! Lantak lah.. 

Selalunya dalam 9.30 pagi kitorang dah sarapan kat sini. Memang kosong sebab orang tak ramai lagi. Kedai2 pun baru nak bukak. 

Sarapan roti canai jer. Dah bakar kalori datang sini tambah kalori balik T_T
 mia mia mia!!

Wooo tunggu budak2 ni abiskan sarapan diorang,
anak2 memang makan lambat sebab sibuk nak tengok tv kat restorant ni. . 


Jom Ilhan masuk Mydin jap, amik ekon kan... sejuk sikit hehehe. 

Huh sejuknyer!!! Hehehe...

Kedai roti ni baru bukak, staf dia tengah dok susun roti kat luar kedai... 

Jap lagi nak masuk Mydin beli barang2 rumah pulak. Tunggu Umar dan Qaireen abis makan dulu. Tapi tadi jumpa member dia cakap kat pasaraya NSK lagi murah dan banyak choice. Hmm next week nak try pergi sana pulak yek. Rutin kami seminggu sekali akan top up beli barang2 basah dan dapur jika dah abis kat rumah. Itulah aktiviti tetiap minggu kami sekeluarga kui kui kui!!

Ok, takde benda nak share story tapi janji blog ni update hehehe. Kbai. 




Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...