Showing posts with label rahang. Show all posts
Showing posts with label rahang. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Jejalan ke Taman Sri Binjai, Rahang Seremban

Hujung minggu tetiba rasa nak gi jenguk projek IJM di Rahang Seremban. Taman Seri Binjai. Nk jejalan tengok showhouse rumah tu. Anak2 aku memang suka gi tengok rumah hehehe.

Sampai sana lepas smbahyang zuhur. Fuh panas terik. Dah ler posa. Kebanyakkan projek perumahan kat sini dah hampir siap 80%. Tak banyak pun unit IJM buat. Jadi kalau korang beli tak payah tunggu 2 tahun sebab rumah dah siap pun. Yang tinggal pun banyak bumi lot. Dia offer pakej yg menarik tapi bab tu aku tak tanya pulak kat admin diorang hehehe. Jenis2 rumah yang ada tu :-

  1. Double Storey Link Homes 22′ x 65′ (RM412,110)
  2. Double Storey Link Homes 24′ x 80′ (RM521,360)
  3. Double Storey Semi-D 40′ x 80′ (RM834,860)

Kira lebih kurang sama juga projek IJM kat S2 Height tu. Saja nak tengok deco rumah2 tu. Tapi binaan rumah IJM memang cantik dan kemaslah.

Double Storey Link Homes 24' x 80'
Ni double storey super link, besau jugak bukaan luas dia. 

Wah, tanam pokok dalam porch rumah, dia bukak tiles 2 kaki untuk tanam pokok2 tu...

Hijou jer rumput dia huhuhu..

Bedroom ke dua...

Master bedroom, Umar memang suka kalau ajak jejalan tengok rumah2 hahaha.

Bedroom untuk boys... 


Seri Binjai 2
Yang double storey link house.. 


Ada lagi unit2 yang masih kosong terutama bumi lot, jadi kalau korang nak jenguk2 tempat ni boleh le ke laman website dia http://projects.ijmland.com/seribinjai/

Dah puas pusing apalagi balik ke Seremban 2, singgah sekejap bazar ramadhan dan pejabat zakat. Dekat 2 minggu puasa, hujan tak turun. Itulah cubaan bila berpuasa. Bersabar jelah yek... 






Wednesday, January 14, 2015

Operasi mencari mesin basuh baru di Seremban

Akhirnya, sampai sudah hayat mesin basuh cap Samsung 7.0kg ni. Husband beli since 2006 masa dia bujang dan menetap di Kuching lagi. Banyak sungguh bakti kau kepada keluarga kami. Hahaha basuh segala2nya. Basuh toto, selimut, cadar dan lampin anak2termasuk ler karpet rumah pun sumbat dalam washing machine. Hamik ko, mana ler tak rosak dikerjakan sungguh2 ;p.


Mesin ni merajuk since hari Ahad lepas. Tak boleh buang air basuhan dan keringkan baju.. Jadi terpaksa ler husband timba air dan perah dengan tangan jek  T_T

Last2 mana tahan, kena cari jugak mesin baru segera sebab kain berlambak nak memdobi. Sayang kat mesin basuh ni, husband tak letak kat luar rumah sebab tak nak berkarat dan warna lusuh. Malam sebelum tu kami dah pusing tengok kat SenHeng dan Tesco tapi biasalah harga fix. Tak best sebab tak dapat tawar menawar ;p

Lokasi kedai kali bukan Tyhe Hin yang pernah aku citer dulu kat sini.. Kali ni kami pergi Rahang pulak. Rahang ni memang ada juga kedai2 elektrik. Tapi kena explore mencari. 


Nilah kedai elektrik tu. Kedai Hoong Bee &Co. 


Terletak di no. 48, Jalan Zaaba, Seremban. Kedai ni dah beroperasi hampir 30 tahun dah...


Ni pandangan dari dalam kedai tu. Di sekeliling kedai tu ada kedai perabot, bengkel kereta dan tinted. Nak parking payah sikit, mujur ler hari ni cuti umum sempena Keputeraan. N. Sembilan.


So target sebelum keluar, fokus cari mesin basuh sahaja yek. Jangan sesibuk belek barang lain pulak yek! Dan harga belian 1kg=RM100.
Hehehe


Macam2 jenama ada, Panasonic of course wajib ada! Samsung, Midea, Toshiba, Sharp dan Sanyo. 


Toshiba 10kg. RM1K++

Paling leceh bagi husband bila mesin basuh banyak panel button. Dia tak nak panel controller byk2. Complicated sangat, nanti rosak lagi leceh nak buat maintenence.


Toshiba 9kg, boleh kurang sampai RM1050
Hadoii, banyak benor button dia. 


Wou, Samsung ni bentuk ovul, menarik juga lain dari lain.
7.5kg sama dengan RM750 hehe yang memenuhi syarat husband juga ni.
Tapi dia tak mau guna Samsung lagi. Nak beralih jenama lain pulak.

Panasonic 7kg, RM780. Harga2 ni boleh ditawar lagi kalau korang nak beli sangat.


Sharp yang ni memang best. Kapasiti 11kg, dia bagi less RM1150 - Huiyooo!!
Tapi besar sangat, sempit pulak ruang yang kami dah buatkan utk mesin basuh nanti. Lagipun kami anak beranak cukup sekadar7-8kg jek..



Sharp 8.0kg
Akhirnya model nilah jadi pilihan 
setelah belek punya belek, angkat penutup tengok segala bagai semua tube mesin kat kedai tuh.
Sharp ni paling latest, baru sampai. Harga pun dia tak tampal lagi.


Panel controller dia simple saje.. yang itu jek.

So target husband sekilo sama dengan RM100.
8 kg jadilah RM800.
Punyalah lama dia menawar kat uncle tu mintak kurang dari harga asal, siap kata tak payah hantar kami bawak balik sendiri jek T_T


Dah setuju, apalagi bayarlah. 
Tulah tauke dia, dia kata tak apa nanti orang dia hantar pukul 2 ptg. Hmm  oklah. Takde lah penuh avanza nanti nak pikul mesin tu balik...


Kad business dia, 
korang boleh berkunjung dan beli dengan harga kaw2 punya yek



Pukul 1.30 ptg dah sampai dah, hantar terus ke belakang. Pasang dan test.
Dah puas ati, apalagi start operasi mendobi!!


Pastu dapat free gift lagi dari kedai, kita mintak, jangan tak mintak hehe

So Samsung lama tu nak buat apa yek. Of course aku simpan dulu, nak repair. Lepas ni cari tukang repair pulak.  Kalau dapat RM250 ke bawah, canteeeks!! Boleh hantar ke rumah sewa nanti. Hopefully :)

Ok, kbai!!


Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...