Sunday, April 20, 2014

Business appointment with my leader.

Sabtu pagi, aku memang dah set untuk temu janji dengan rakan sekolah aku, Lela. Untuk business sharing. Dan Personal touch. Satu di stokis Hai o, satu lagi di Tupperware.  Jadi pukul 10.30 pagi aku dah keluar rumah. Selepas siap masak untuk anak2 dan suami kat rumah dengan lafaz bismillah aku drive kereta sendirian ke Klang. Dah janji nak jumpa semua business partner dan leader kat stokis Hai O- B31.

Stokis B31 Klang

Produk JTX Lubricant Oil yang baru sampai di stokis Klang.


So sampai dalam 12 tengahari, aku menunggu member2 yang lain datang. Bila semua dah berkumpul, maka start sesi personal touch dari DDM Effareza, our leader yang hebat ni hehe. Banyak perkongsian ilmu yang diberikan, dan aku belajar demo untuk produk BVSM.




Ada banyak peluang untuk membeli produk-produk yang ditawarkan oleh company. Baru2 ini telah dilancarkan installment plan bagi mereka yang kekurangan cash untuk membeli produk dengan segera. 



Bila selesai saja perkongsian ilmu dan plan marketing ,aku pun selesaikan punch beberapa produk untuk ditempah oleh pelanggan-pelanggan yang dah buat pesanan secara online atau melalui blog aku ni. 

Selesai punch BB Plus Kolagen dan beberapa beg BVSM.


Dan yang paling best TAK SANGKA semua barisan upline dan leader aku pun turun bersama2 berjumpa di stokis ni. Wah beruntungnya aku!! Terima kasih kerana sudi datang luangkan masa untuk bertemu. 


Selesai saja urusan di Stokis B31, aku dan Lela bergerak pulak ke Tupperware BC di Jalan Meru. Dah janji dengan Mrs Kim untuk planning our roadshow di Kuching, Sarawak pada bulan depan. Sambil2 tu Kim bagi kami cuba rasa kek Tupperware yang bakal meletup2 di pasaran, Red Velvet dan Coklat Mocha. Perghh sedap giler, harus bila masa start kempen raya nanti!!!


Kim sempat demo produk Nano Water  Tecnology Filteration, memang syok!! Hebat, no wonder dia pernah dijemput ke Sarawak untuk jadi speaker produk di sana. So Sabtu ni memang kepala aku dipenuhi oleh ilmu2 perniagaan dan perkongsian mentor berpengalaman. Syukur, alhamdulilah.

Jadi kalau ada sapa2 di Kuching Sarawak nakkan kami datang dan demo produk Tupperware boleh mesej atau whatssap aku secepat mungkin untuk set tempat dan masa. Aku sediakan hadiah special untuk mrreka yg sudi mengadakan parti tupperware di tempat mereka. 

Contact me

HASNY
012 7597929
013 6036630



Wednesday, April 16, 2014

Privilege Card from Mah Sing Group

Semalam sebelum balik aku tengok ada surat dalam pigeon hole kat pejabat aku. Check surat daripada Mah Sing Group.


Dapat kad keistimewaan dengan baucar Mah Sing bernilai RM5000 sebagai penghargaan. Bukan kad kredit, debit atau kad caj. Faedah dia menjadi jemputan keutamaan acara pelancaran hartanah dan promosi daripada Mah Sing, menikmati faedah dan keistimewaan yang ditawarkan ketika promosi oleh kad tersebut.




Mah Sing ada pamplet projek-projek terbaru sekitar KL, Selangor, Penang dan Sabah. Boleh tengok pada gambarajah bawah ni.


Kalau tengok harga projek-projek baru boleh tahan juga lah hehehe. Kalau anda berkenan boleh layari laman website www.mahsing.com.my. Baucer RM5000 aku dapat tu boleh digunapakai untuk pembelian mana-mana projek Mah Sing sampai 31 Ogos 2014 ni jek. Erkk.... Tak boleh digunapakai sebagai downpayment atau deposit atau ditebuskan kepada duit. Korang ada yang berminat ker? Kalau berminat bagitau ler.



Tuesday, April 15, 2014

Ronda-ronda Putrajaya.

Kebetulan mak dan ayah datang ke rumah nak melawat kami sebelum balik ke  Banting. Ada meeting dengan adik beradik mak berkaitan dengan tanah pusaka atuk. Selesai je meeting, Mak Long dan Mak Wah buat makan-makan sikit. Pukul4 petang kami pun bertolak ke rumah Ady (my brother) di Kelana Jaya. Sebab mak nak pergi shopping kat IKEA hehe. Sebelum tu Ady ajak singgah dulu Putrajaya, saja jalan-jalan, solat Asar dan minum petang.

Umar dipimpin Wan, jom solat hehehe


Ish pakai baju melayu hijau gitew :)


 Minum petang lepas solat. Ko tengah tilik apa tu Dy??

 Qaireen excited nak tunjuk apa dia baru beli kat kedai.

 Oooo potato chips!!

 Cuaca panas petang tu, memang kena minum air banyak. 

 Tengok ikan-ikan berenang. Nak naik bot dah naik dah masa Pesta Flora aritu.

 Barisan cucu-cucu Tok Jalil- Afiq, Adam, Qaireen dan Umar.

 Budak-budak tak kenal penat, excited jumpa cousins!!

Dah2 jom gerak, balik mandi. Nanti malam pergi IKEA. Mak dah tak sabar tuuu hahaha!!

Hari Projek Akhir Pelajar PNS dan PoliPD || 2026

Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sen...