Showing posts with label BVSM. Show all posts
Showing posts with label BVSM. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

SO PROUD, ALSO HAPPY!!!

Okey dapat whatassap malam tadi, tapi aku tak sedar pun. Sibuk uruskan rumah tangga dan anak-anak. Pagi tadi on da way pergi kerja, tengok handphone baru sedar. 



Sales bulanan daripada produk Hai-O Marketing
#BVSM
#Marine Essence Beauty bar
#Premium Beautiful
#BB Plus #Kopi Mineral

Hokey, aku gembira :')

#akumemangpoyo


Nak berniaga dengan berjaya dan 'bergaya'??

PM daku,

HASNY
012 7597929
013 6036630

Tuesday, April 29, 2014

Murahnya rezeki!!

Tak sangka tak sampai dalam seminggu aku dah jual 8 set BVSM aka Bio Velocity Sleep Mate. Laju juga, dan jualan bulan ni dah cecah 11 k. Alhamdulilah, InshaAllah nampaknya boleh capai sasaran untuk tahun ni jadikan husband sebagai Sales Manager (SM). Amin...


Rasa bersyukur sebab jualan2 datang daripada kenalan dan blog. Terima kasih banyak2 kerana menyokong blog aku yang tak seberapa ni. Tapi perniagaan online ni mampu memberikan pendapatan sampingan di samping kerja makan gaji. Aku tetap berpegang teguh pada kerja dan amanah aku selain sekadar mencari sesuap nasi tambahan untuk masa depan keluarga.

Terima kasih banyak2 kepada pelanggan aku yang telah menyokong usuha perniagaan sampingan ni.  Tapi aku berterima kasih banyak2, bersyukur banyak2 kepada Allah kerana membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Bila ada orang bertanyakan bagaimana, mestilah jawapannya dengan ILMU dan USAHA. Usaha dan usaha dan usaha. Jangan berputus asa.

Aliran harta umpama air yang mengalir. Selagi air mengalir, selagi itulah ianya bersih dan jernih. Jika ia bertakung, maka ia akan kotor dan berkeladak.


Selain itu, aku ingin tekankan sebagai seorang muslim, zakat dan sedekah jangan sesekali dilupakan. InshaAllah sebanyak mana anda keluarkan, ianya akan datang semula ganjarannya berlipat ganda. Tidak kira di dunia dan akhirat.






Sunday, April 20, 2014

Business appointment with my leader.

Sabtu pagi, aku memang dah set untuk temu janji dengan rakan sekolah aku, Lela. Untuk business sharing. Dan Personal touch. Satu di stokis Hai o, satu lagi di Tupperware.  Jadi pukul 10.30 pagi aku dah keluar rumah. Selepas siap masak untuk anak2 dan suami kat rumah dengan lafaz bismillah aku drive kereta sendirian ke Klang. Dah janji nak jumpa semua business partner dan leader kat stokis Hai O- B31.

Stokis B31 Klang

Produk JTX Lubricant Oil yang baru sampai di stokis Klang.


So sampai dalam 12 tengahari, aku menunggu member2 yang lain datang. Bila semua dah berkumpul, maka start sesi personal touch dari DDM Effareza, our leader yang hebat ni hehe. Banyak perkongsian ilmu yang diberikan, dan aku belajar demo untuk produk BVSM.




Ada banyak peluang untuk membeli produk-produk yang ditawarkan oleh company. Baru2 ini telah dilancarkan installment plan bagi mereka yang kekurangan cash untuk membeli produk dengan segera. 



Bila selesai saja perkongsian ilmu dan plan marketing ,aku pun selesaikan punch beberapa produk untuk ditempah oleh pelanggan-pelanggan yang dah buat pesanan secara online atau melalui blog aku ni. 

Selesai punch BB Plus Kolagen dan beberapa beg BVSM.


Dan yang paling best TAK SANGKA semua barisan upline dan leader aku pun turun bersama2 berjumpa di stokis ni. Wah beruntungnya aku!! Terima kasih kerana sudi datang luangkan masa untuk bertemu. 


Selesai saja urusan di Stokis B31, aku dan Lela bergerak pulak ke Tupperware BC di Jalan Meru. Dah janji dengan Mrs Kim untuk planning our roadshow di Kuching, Sarawak pada bulan depan. Sambil2 tu Kim bagi kami cuba rasa kek Tupperware yang bakal meletup2 di pasaran, Red Velvet dan Coklat Mocha. Perghh sedap giler, harus bila masa start kempen raya nanti!!!


Kim sempat demo produk Nano Water  Tecnology Filteration, memang syok!! Hebat, no wonder dia pernah dijemput ke Sarawak untuk jadi speaker produk di sana. So Sabtu ni memang kepala aku dipenuhi oleh ilmu2 perniagaan dan perkongsian mentor berpengalaman. Syukur, alhamdulilah.

Jadi kalau ada sapa2 di Kuching Sarawak nakkan kami datang dan demo produk Tupperware boleh mesej atau whatssap aku secepat mungkin untuk set tempat dan masa. Aku sediakan hadiah special untuk mrreka yg sudi mengadakan parti tupperware di tempat mereka. 

Contact me

HASNY
012 7597929
013 6036630



Saturday, December 21, 2013

Business always keep on going

Alhamdulilah. Smlm balik kerja sempat register new business partner dari kl di stokis selepas buat business sharing di The Curve.


Sesi business sharing perlu untuk memberi bakal distributer plan perniagaan yang akan mereka ceburi nanti. Tiada paksaan, jika mereka berminat mereka akan mendaftar terus sebagai ahli.




Punch dan restock produk kopi mineral dan 4 beg BVSM (Bio Velocity Sleep Mate) untik business partner baru saya. Then malam tu rush  ke kelas Glam di TTDI. Hm memang meletihkann tapi alhamdulilah rezeki tak kan putus kalau kita sentiasa berusaha. 







Pagi minggu lepas sempat pos lapan kotak kopi mineral untuk pembeli dari blog ke Kluang. Kebetulan saya bekas pelajar skill pembungkusan, jadi boleh gunakan skill tu untuk balut barang 


Monday, September 9, 2013

KEMALANGAN YANG TAK DIJANGKA.....

Hari Jumaat 20hb Ogos, sedang mengajar dalam Makmal Cad Cam saya menerima panggilan daripada adik saya lebih kurang dalam 10 pagi, bagitahu yang ayah terjatuh dari tangga. Kebetulan dia memanjat membersihkan bumbung tapi sedar-sedar adik jumpa dia dalam keadaan tertiarap atas lantai dengan kepala berdarah.

Mujur adik saya ada di rumah sebab cuti. Mujur...Sampai di bahagian kecemasan ayah terus dihantar scan dan jahit luka di kepala. Dikesan ada keretakan di kepala dan dua belah tangan ayah. Dan ayah tak sedarkan diri selepas tu. MAsa tu mak bagitau, bahagian kecemasan penuh dan sesak dengan semua kakitangan hospital berkerumun kat ayah (ayah saya pesara Pembantu Perubatan dan kebetulan dia berkhidmat di bahagian kecemasan HBP sampai dia pencen). Saya sampai pukul 7 ptg ayah sedang tidur atau pitam pun saya tak pasti. Pastu doktor kata kalau dua hari tak sedarkan diri, HBP akan hantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk pembedahan!! Ya Allah, rasa sejuk badan dengar.

Dan dua hari saya sentiasa berdoa, sembuhkanlah... sembuhkanlah... sembuhkanlah... Sihatkanlah...Sihatkanlah...Sihatkanlah...Sedarkanlah ayah aku ini... Ya Allah. Tak mahu ada pembedahan terutama berkaitan dengan kepala. Kami anak beranak dan mak bergilir-gilir menjaga dia. Dan ramailah yang datang melawat tak kira saudara mara dan rakan-rakan ayah, lagipun kawan dia pun kerja di situ jadi memang senang nak datang melawat bila-bila masa.



Hari pertama saya muat turun dalam facebook atas permintaan mak saudara nak tengok keadaan ayah. Dan Alhamdulilah syukur Allah makbulkan doa kami dan rakan sekalian. Hari kedua, malam tu ayah dah sedar dan boleh berfikir dengan normal. Terima kasih Allah, terima kasih kawan-kawan yang mendoakan.

Hari ketiga ayah mampu duduk, makan dan minum seperti biasa. Cuma ayah tak beberapa ingat macamana terjadi kemalangan dan dia tak sedar apa-apa lepas tu. Badan ayah agak lemah sebab hampir tiga hari tak makan, cuma makan bubur saja sebab gigi dia sakit. Saya berikan coklat supaya badan dia bertenaga semula. 


Rasa menyesal pula sebab kelam kabut nak balik lupa nak masukkan BVSM dalam kereta, kalau tak, boleh bagi ayah pakai untuk pulihkan tenaga. Hari keempat, doktor bagi report tiada apa-apa masalah besar. Syukur sekali lagi. Dan ayah boleh discaj balik ke rumah.




Besoknya saya pergi ke Hai O Marketing Parit Raja, Batu Pahat untuk mencari beberapa produk untuk ayah. Cuba-cuba untuk survey kalau ada BVSM untuk ayah sebab ayah kata kepala dia macam pening-pening sikit, nak tidur payah. Kalau you all nak tau BVSM tu apa boleh klik di sini.

Dan ntah macam mana, malang tidak berbau. Ketika mencari parking kat depan kedai tetiba kereta saya bergoyang. Rupanya sebelah pintu kereta saya dihentam oleh Mercerdes sepasang suami isteri distributer Hai-O ketika  mereka cuba mengundurkan kereta. Pemandu minta maaf sebab tak sedar kereta saya ada di belakang mereka. Jadi pintu kereta jadi melending ke dalam sebab terkena tulang struktur kereta. Setelah berbincang dia setuju bayar RM500 untuk kos membaiki kerosakan. Sempat dia bagi tahu suami "wife you marah betul yek".


kemek dan calar kuda hijau ku.....



Hahaha saya tak marah pun, suka-suka kata saya marah. Sedangkan saya tak bercakap sepatah apa pun. Cuma saya berlalu pergi ke kedai sebab tidak mahu terlibat dalam perbincangan itu. Saya serahkan perkara itu kepada suami sebab saya lebih fikirkan kondusi ayah ketika itu. Cuma ada rasa sedih. Saya bayar hampir 19% dari gaji pokok untuk kereta. Dan ada lagi setahun lebih untuk saya lenyapkan tanggungan ni pada CCRIS saya. Sudah tentu saya mahukan kereta saya dalam keadaan baik-baik sahaja dan menjaganya sebaik mungkin. Yelah sebab kita dah guna duit gaji membayar tanggungan ini, betul tak?? Lols.

Stok BVSM habis, jadi saya balik Seremban minggu hadapan dan bawa pulang untuk ayah pakai. Kemudian kereta dihantar ke Pusat Servis Toyota untuk diperbaiki pintunya. Empat hari baru siap.



Beberapa hari ayah pakai, tidur dia lena. Rasa pening sakit kepala dah berkurangan. Lebam di mata pun pun dah beransur-ansur hilang (jika kepala berlaku pendarahan mata akan menjadi lebam sebab darah turun ke situ). Menjadi juga penangan BVSM ni.Masa beli dulu dekat dua bulan baru dapat kat stokis.

Kereta pun dah siap dan boleh di ambil di pusat servis. Alhamdulilah, kereta dalam keadaan baik seperti sedia kala. LEGA beb!!!


Kereta dah siap  dibaiki, thanks service officer, Mr Gant. 

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...