Sunday, September 14, 2014

Hari Terbuka Matrixs International School BSS

Hari Sabtu, 13 September 2014 ada Open Day untuk Matrixs International School di BSS. Start pukul 10.00 pagi sampai ke petang. Selalunya aku tengok je dari jauh, kubah sekolah seakan2 menyerupai masjid. Sebab masa rumah terbuka hari raya lepas pakcik aku siap cakap lagi "Bagus kawasan rumah ni dengan dgn masjid" - (merujuk pada kubah sekolah antarabangsa tuuu). Eh pak ngah tu bukan masjid. Sekolah private tu. Baru je siap... Hik hik hik..

On da way nak ke family day di Kota A Famosa Melaka. Singgah sekejap. 
Ni nak ke jalan masuk sekolah.

 Pintu masuk sekolah. Tu dia kubahnya sebesar2 alam. Masa ni baru 10.30 pagi.Orang pun tak ramai lagi.

 Ilustration from website http://www.1sendayan.com/



Nulli Secunda- Second to none. 
Fasiliti yang ada dalam bangunan2 ni. 

For registration student. Sekolah akan dibuka sepenuhnya dalam awal 2015. Pengajar pun dah duduk dalam office dia. Student pun dah ada beberapa murid masuk belajar. 


  
Tenaga pengajar sekolah kebanyakan expatriate.  Dah beratur kat luar untuk upacara nyanyian lagu kebangsaan dan naikkan bendera.

Binaan bangunan berukiran seperti senibina Rome.

Masih lagi dalam proses pembinaan bangunan2 yang di belakang.

Stadium in progress.


Classroom untuk Standard One

Makmal Sains

  
 Anak2 excited je sebab dapat belon. 

Umar cakap "Ibu, Umar nak sekolah sini, best. Sejuk".  Hah bulat mataku mendengarnya huhuhu. Ala sekolah kat PD jela, tak pun kat Jimah yek. Janji belajar. Fees setahun selalunya sekolah antarabangsa pun anggaran RM15k-RM25k setahun. Kalah yuran masuk Universiti yek.. Yang datang pun kereta berderet parking bukan kereta biasa beb. Semua yang mewah2. Kebanyakkan orang luar bukan dari sini. 

Oklah itu jek aku dapat share. Aku tak teruja sangat pasai aku pun pernah masuk pelbagai bangunan pendidikan yang kerajaan sediakan untuk rakyat. Cantik dan kemas macam Matrixs School ni seperti Politeknik Kulim, Kedah (sekarang dikenali Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah). Lengkap dengan bengkel, makmal dan padang serta stadium. Tapi cantik jer tak guna kalau pelajar pun malas nak belajar... Fikir2 kan lah yek...

Au revoir..!!


Monday, September 8, 2014

PANCING SEMUT!!

Yup, minggu ni anak2 dah belajar satu benda baru dari ayah diorang. Guess what?? Pancing semut!!

Pagi tu kat laman rumah lepas cabut rumput, hubby tunjuk kat Umar, tarik umbut rumput. Lepas tu cari lubang semut atas tanah. Cucuk umbut tu dalam lubang semut dan pusing2kan perlahan. Pastu tarik atas perlahan-lahan. Yes, akan ada semut yang paut kat umbut tu hahaha!!

Aku tanya - amik semut tu buat apa??

Hubby kata - buat laga semut.  Diorang akan patah sesungut semut dan semut tu akan sakit dan berlaga dengan semut yang ada di depannya. Semut kuat confirm menang.

Issh, permainan zalim sungguh.

Ala, itulah mainan budak2 kampung dulu. Dulu mana ada gajet, playground.

 Umar sekarang jadi excited nak pancing semut, siap ajar Qaireen lagi.

 Cabut umbut, pastu cari lubang semut kat luar rumah.

 Kat playground pun sama gak, Qaireen dan Umar sibuk cari lubang semut.
Hah, Umar sini ada lagi lubang semut!!

Jom, pancing semut. Pelan2 tarik tau..

 
 Opocot!!
Semut keluar berderu2, melompat menjerit2 budak2 ni.. haiiih

Saturday, September 6, 2014

Tanam pokok kemboja.


Pokok kemboja ni ayah aku bagi bila kami balik Batu Pahat. Asalnya dalam pasu. Ayah dah tanam siap2 dalam pasu. Tapi bukan pasu kecik,pasu besar punya haha.

Pokok kemboja ni kalau membesar akak dia akan membesar juga. Sebab tu pasu perlu besar. Ayah bagitau 'ayah tanam siap2 dlm pasu sebab tau kamu sibuk kerja tak de masa nak tanam pokok kat rumah nanti' hehehe.


Pokok ni kat Batu Pahat. Dah 2 tahun ayah tanam membesar dah macam pokok gergasi. Proses nk tukar pasu sebab dah tak muat. Berat pulak tu!! Haihh. Pokok dah berbuah dah ayah rajin semai buat anak pokok baru. Pastu agih2kan pada sedara2 yg datang berkunjung kat rumah.

Kereta avanza aku tak muat nak letak pasu2 yg besar. Nanti anak2 tak dapat baring tidur. Last2 terpaksa amik anak pokok yg dalam polibeg saja.

Jadi tanah dan baja pun ayah aku dah siap2 bagi kat kami. Wah. Beruntungnya kami haha..

Tanam pokok ni pun ada ramuan tanah dia sendiri. Fuh dahsyat!!

Pasu cuma ada satu jek. boleh lah nk tanam satu anak pokok. 


Laman masih lagi kosong.  Takde idea nk tanam pokok apa lagi heeee



Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...