Tuesday, October 7, 2014

Promosi Harga Produk SABUN MARINE ESSENCE

Promosi sempena ulang tahun ketiga kedua blog ini, ada promosi menawarkan :-


Sabun Marine Essence Beauty Bar (klik di sini untuk mengetahui kebaikkan sabun ini))

A.K.A

Sabun Hijau

atau

Sabun Ketiak

Hanya RM105.00 sekotak (sehingga 31 Januari 2015)
Dan POS PERCUMA!!

Harga baru berkuatkuasa pada Februari 2015 ialah 
RM120.00 (termasuk pos)


Di dalamnya terdapat 3 ketul sabun.


Kenapa saya galakkan pembelian borong sekotak dari sebuku.

Sebab anda dapat:

1. Jimat kos penghantaran pos. Sebuku RM35.00. Dan pos laju prepaid (lebih selamat) ialah RM6.00. Anda perlu bayar RM41.00 hanya beli sebuku sabun. (BELI SEKOTAK FREE POS TAU!)

2. Produk itu terjamin selamat sampai dan baunya dan kualiti tidak terjejas. Kalau dibandingkan beli sebuku, saya takut sabun sampai tidak seperti diharapkan (tidak wangi, rosak, atau terhimpit dengan barang pos lain, anda akan menyalahkan kami atas sebab tersebut isk isk).

3. Anda dapat berkongsi penjimatan serta kebaikan sabun ini dengan orang disekeliling anda. Beritahu mereka tentang harga penjimatan ini, PASTI mereka ingin berkongsi untuk mencuba sabun TERLAJAK LARIS ini!!


Message, Whatassap, Viber, Call

HASNY
012 7597929
013 6036630

Sementara stok masih ada!!

Thursday, October 2, 2014

Tukar Kad Touch N Go



Punyalah lama aku pakai kad ni since tahun 2004. Aku buat kad ni kat pejabat dia di Jambatan Pulau Pinang dengan member opis aku. Reason kenapa aku buat kat situ hehe aku kat kerja kat Kulim, Kedah time tu. Dan second reason aku boleh dpt less diskaun RM5.60 per entry kalau banding harga tiket RM6.++ masa tu utk seberang jambatan. Aku pun tak berapa ingat. Tapi naik feri kos dia RM7.00.

Buat kad ni senang sikit sebab Penang memang tempat kami berlibur-tengok wayang, bowling, tgk PC fair dan macam2 lagi.

Minggu lepas aku nk top up tetiba je kakak tol kata tak boleh dah.... Kad ni dah expired. Hah!!? Aisey kena tukar kad baru.




So kena register balik kat opis dia kat Senawang Toll. Bayar rm10 utk kad Plusmines baru ni. Isk isk sayonara kad lamaku. Dah byk berkhidmat pada ku selama 11 tahun. Mengembara bersama aku dari utara ke selatan. Timur ke barat. Dan dari bujang sampailah dah berkahwin. Terima kasih banyak2....

Wednesday, October 1, 2014

TRIP TO KOTA KINABALU, SABAH- LAST DAY

Last day- 25 September 2014. Pagi2 bangun lepas solat, mandi kemas2 beg pakaian. Anak-anak tidur lagi sebab kepenatan. Jam 9.00 pg, aku bagitau owner homestay, Mr Peter nak checkout sebab flight kami jam 1.00 tengahari.

Driver hantar kami ke tempat sama semalam untuk minum pagi. Lepas minum pagi, ada masa lagi kami terus ke Muzium Negeri Sabah.


 Bayaran masuk dewasa RM2.00. Kanak2 dan warga emas percuma sahaja.

Memang murah, sebab kat Kampung Budaya Sarawak harga tiket dewasa RM60 dan kanak2 RM30... Frankly, aku sepanjang menetap di Sarawak mana pernah masuk kampung tu. Why my husband tak nak bawak pergi, sebab mahal....

 Dalam Kampung Warisan, Muzium Negeri Sabah


 Bergambar kat depan Rumah Panjang Sabah. Err aku duduk Sarawak dekat 4 tahun pun tak pernah pergi Rumah Panjang Sarawak...:P
Melawat kawasan hehehe.



Semua bahagian rumah diperbuat daripada kayu buluh termasuk lantai dan dinding. Ada juga buat jadi bumbung. Begiitu halusnyer seni diorang nie..

Rumah kaum Murut. Di sini ada lantai diperbuat daripada rotan. Boleh melompat2. macam spring. Kaum Murut selalunya buat tarian Lansaran kat tengah2 rumah ni.   

Qaireen pun nak cuba lompat.

 Kaum Murut akan menari dan melompat untuk capai kinkilat yang digantung di bahagian atas sambil bersorak kuat. Ini macam tarian homecoming bagi diorang sebab baru balik dari berperang.

 Rumah kaum dusun. Anak dara akan duduk tinggal di paras atas.



 PEkerja dia sedang buat manik. Manik adalah perkara penting bagi kaum etnik Sabah sebagai perhiasan dan benda wajib yg mesti ada dalam hantaran atau 'mas kahwin' diorang..

 Manik dan cenderamata lain2 dijual dalam rumah ni.

 Ini rumah pekebun Cina.

 Bagus rumah ni, tak payah pasang air cond.
Agak2 rupa I ni macam Druken Master tak!??
Nak cuba jalan guna buluh galah. Hati2 licin, macam nak patah je galah tu nanti hahaha

Ayah pun nak cuba!

Seberang ke muzium jalan atas jambatan gantung. Berani pula Umar time ni

Ok, abis dah jalan2 dalam muzium. Dalam muziam tak boleh amik gambar. Pukul 11.30 kami pun bergerak ke Airport KK. Check in barang, lepak2 minum kopi makan dan flight pun berlepas dalam 1.00 petang.


Good Bye Sabah.
 Hopefully lepas jika ada rezeki boleh datang lagi untuk panjat Kinabalu pulak! Kan!!

Krik..krikk krikk

Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...