Tuesday, June 4, 2013

HO CHI MINH (SAIGON) TRIP - PART 1

29 Mei hingga 1 Jun 2013, saya bersama husband dan bang, adik serta kakak ipar (trip adik beradik hehe) terbang ke bandar Saigon atau dikenali sekarang HO CHI MINH, Vietnam.

Ho Chi Minh diambil sempena daripada nama pemerintah Vietnam yang tersohor yang memerintah ketika perang Vietnam (1955-1975). Pemimpin ini menjadi pujaan penduduk Vietnam, jadi gambar beliau ada je di mana-mana kat bandar Saigon ni.

Ho Chi Minh


Kami bertolak dari KLIA dari LCCT pada 7.00 pagi dan mendarat di bandar Saigon pada 9.00 pagi waktu Malaysia. Waktu di Vietnam 1 jam lewat dari waktu Malaysia. Jadi di Vietnam jam bertukar kepada 8.00 pagi.

With my husband :)

Saya bersama adik, Helmy dan abang, Hardy.

Sampai sahaja kami dijemput oleh Hanafi, our travel guide- rakyat Vietnam yang fasih berbahasa melayu. Dulu dia pernah dihantar bersekolah di Sekolah Maahad Gua Semanggol, Perak.

Dalam bas kami dinerikan penerangan
1. Berjalan dalam berkumpulan.
2. Jangan sekali-kali benarkan orang mengosok kasut anda, nanti anda kena 'pau' gila2- sekali gosok mintak 100,000 dong=RM15!!
3. Jaga barang terutama beg, handphone dan barangan berharga. Barangan kemas baik anda tak payah pakai sebelum ke Saigon.
4. Jangan leka (hehe sebab kelekaan ini adik saya kena ragut huhuu)


Penduduk Vietnam dianggarkan 18 juta dan motosikal adalah pengangkutan utama di negara tersebut. Jumlah motorsikal ialah 20 juta, lebih banyak dari bilangan penduduk. So memang sesak jalanraya dengan motorsikal. Tak berhenti-henti. Kenderaan lain seperti kereta lebih kepada teksi dan pengangkutan awam.


Memang pening kepala tengok deretan motorsikal tak berhenti-henti. Kalau KL sesak dengan kereta, sini sesak dengan motor saja.


Kami menginap di Hotel Saigon Pink 2 terletak di Ben Thanh Market.  Jadi memang strategik tempat ni untuk orang yang giler shopping!!




Ben Thanh Market ada macam-macam barang dijual terutama beg, baju, makanan ringan seperti biji teratai goreng, biji gajus dan kain fabrik. Dibuka pada waktu siang sahaja. Malam ditutup kerana ada pasar malam di sepanjang jalan Ben Thanh tersebut dari pukul 6.00petang hingga 11 malam.
SHOPPING LER KORANG PUAS2!!

Saigon Pink Hotel tempat penginapan group kami.
 Helmy siap possing depan hotel .

Disebabkan kami datang awal, jadi tak boleh check in hotel sebab penginap yang awal belum check out lagi. So kami ambil peluang merayau dulu dalam Ben Thanh Market sampai kelaparan.
Kat sini tak perlu risau sebab banyak restorant halal. Kami singgah di Restorant Haji Halim. Kak Lela dah ke sini untuk kali ke dua, jadi dia jadi our tour guide juga hehehe.
Makan alas perut di Restorant Haji Halim

Barang murah tapi makanan memang mahal. Tiada gambar sebab masa ini bateri kmaera dan HP saya habis. Sorry!!

Pukul 12 tengahari dah check in hotel dan kemas barang, kami dibawa makan tengah hari oleh Hanafi. Rombongan kami seramai 15 orang dan banyak terdiri dari staf UM (sebab Kak Lela staf UM).
Masjid di hadapan, belakang lorong masjid tu ada satu restorant halal Amin.



So apalagi makan dan makan. Masakan orang vietnam masin sedikit, agaknya diorang kuat makan masin.



Di sepanjang lorong  restorant ini terdapat kedai-kedai/kilang yang menjual baju kain terutama cotton yang bersulam manik. Berguni-guni, boleh beli borong.





Lepas makan, rombongan kami di bawa ke kilang BASIROH, memang populor sebab kain telekung jenama Basiroh yang selalu peniaga Malaysia borong di sini.
Depan kedai Basiroh.

 Luar kedai Basiroh.
Tudung chiffon layer berlambak di sini, memang berkualiti terbaik dari segi fabrik dan jahitan. Kat sini pekerja fasih cakap Melayu. Duit Malaysia pun diterima untuk urusan pembelian.

Longgokan kain, jubah dan telekung. Syurga untuk peniaga fabrik beb!!

Sekejap saja duduk dilam 10 minit, bila keluar saya diberitahu Helmy baru saja diragut di hadapat kedai oleh seorang penunggang motorsikal. Wah, terkejut beb!! Kena ragut depan husband dan abang sendiri, masing-masing tergaman. Hardy, my brother sempat paut penragut tu tapi terlepas!
Moralnya jangan leka... mujur yang diragut sekadar handphone Samsung secondhand.
Kesian Helmy, terus hilang mood dia sekejap.


Selepas itu kami dihantar pulang ke hotel untuk berehat, malam nanti pukul 7 mlm kena turun berkumpul untuk makan malam.

Sementara menunggu waktu tersebut apalagi merayap ke sana sini tengok barang hehe

Beg antara barang kegilaan abang saya hehehe. Banyak betul borong beg.

Ada Menara Rebung kat sini, ingat Menara TM pulak sekali pandang.

Malam kami makan di Restorang Haji Salim, tempat sama yang kami makan sebelum check in hotel. Jadi kami berjalan kaki saja dari hotel ke restorant sebab dekat giler.
Restorant Haji Halim di tingkat atas.
Tingkat bawah ialah kedai beliau menjual fabrik, telekung dan blous.


Lepas makan aktiviti malam ialah merayap di Pasar Malam sepanjang jalan Ben Thanh.

Sibuk betul Ben Thah waktu malam. Memang betul-betul 'hapenning'!

Besok sambung pulak, perjalanan panjang ke Chu Chi Tunnel. Saya sambung lagi selepas ini. Stay tunned yek!!


PEMBELIAN PRODUK HAI-O SECARA ONLINE!

ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM 1 MALAYSIA.
Kini di blog saya menawarkan pembelian secara on line segala produk-produk Hai-O terutama
1.Bio Ever Nano Cream
2. Bio Velocity Sleep Mate (BVSM)
3. BB Plus Collagen
4. Garam Buluh Masak
5. Garam Buluh Minum
6. Kopi Mineral Hai-O
7. Pil Herba Maharani
8. Lactolite
9. PB Wash
10. Sabun Marine Essence
Caranya mudah sekali

Check produk di bahagian LABEL atau di BAHAGIAN KIRI blog ini.
Pertama
Pastikan anda SMS/ WhatAssap/ Call
012-7597929 ATAU 013-6036630
untuk mengetahui stok masih ada
Kedua
Anda boleh membayar secara Online Banking dengan mengunakan akaun
1. Maybank
2. CIMB
3. Agro Bank
atau pembelian mengunakan kad Debit/Kredit dengan PayPal
Ketiga
Isikan Borang Invois / Invoice Form
dan hantar kepada saya.
Keempat
Bayaran dan pesanan diterima dan disemak.
Kemudian akan terus diposkan mengikut alamat borong pesanan anda.
No kod akan diberitahu supaya anda boleh tracking barang pesanan anda.
Mudah kan!
tak perlu susah payah ke kedai atau stokis untuk membeli.

Bagaimana pula jika anda ingin membayar ansuran??
Bergantung kepada harga jualan barangan
Kurang daripada RM2000 adalah sebanyak DUA kali pembayaran.
Lebih daripada RM2000 adalah TIGA kali pembayaran

Barang akan dihantar setelah jumlah pembayaran selesai.
 
Selamat ber'shopping!!'
Saya sedia membantu
-HASNY-
012 7597929
013 6036630


Tuesday, May 28, 2013

VACATION DAY-VIETNAM TRIP

SAYA TIADA DI MALAYSIA DARI 29 MEI SAMPAI 1 JUN. SEBAB BERCUTI KE VIETNAM. HOPEFULLY BALIK NANTI SAYA AKAN SHARE DI BLOG INI.
SEE YA

Hari Projek Akhir Pelajar PNS dan PoliPD || 2026

Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sen...