Showing posts with label vietnam. Show all posts
Showing posts with label vietnam. Show all posts

Monday, September 23, 2013

BERCUTI, DESTINATI MANA YANG PALING BAGUS??

Umumnya mereka yang berkeluarga mesti merancang bercuti membawa anak-anak ke tempat-tempat yang menarik. Yang bersesuaian untuk dinikmati sekeluarga, tak kira dewasa atau kanak-kanak. Jadi saya boleh berkongsi trip yang pernah saya sekeluarga pergi, ada yang seronok dan ada yang kurang menyeronokkan. Bergantung apa yang kita mahukan untuk keluarga rasa dan nikmati perjalanan atau percutian tersebut.

Pantai Santubong, Sarawak
Berkunjung dan bermalam di Santubong Resort untuk Hari Keluarga anjuran jabatan sendiri dan juga jabatan suami. Ada dua kali kami datang di sini, sekali ketika Qaireen baru usia 10 bulan. Dan kali kedua ketika Qaireen berusia setahun lapan bulan.



Bilik memang besar dan luas, ada balkoni lagi. Memang selesa dan cantik. Anggaran  RM180++ hingga RM2++.

 Kalau nak buat sukaneka sempena Hari Keluarga pun mudah sebab ada ruang dan kawasan lapang disediakan oleh pihak hotel.

Kena berjalan sedikit untuk ke kawasan pantai. Qaireen tak pandai berjalan lagi, jadi dukung saja lah ke mana-mana.Air tengah surut ketika ini 


Pantai Santubong, pantai yang memang bersih dan cantik. 

Kali kedua berkunjung, Qaireen dah pandai berjalan dan berlari. Saya sarat mengandung 8 bulan. So bila ada kawasan lapang asyik berlari lah kerja dia, ayah dia mengejar sana sini, lols.



Sempat main air, berani sikit nak main air. Kalau untuk pengetahuan anda, pantai Santubong memang terdapat buaya di kawasan ini. Jadi sila berhati-hati.


Cameron Highlands.

Kami pergi pada Hari Raya ke empat, tahun 2010. Masa ini Qaireen dah berumur 2 tahun lebih dan Umar baru nak masuk 4 bulan. Kami beraya di Perak pada hari raya pertama dan sepatutnya pada raya ke lima bertolak balik ke Johor. Tetapi timbul pula idea untuk singgah ke Cameron sebelum balik ke Johor.

Untungnya di Cameron Highlands memang sejuk. Jadi anak-anak kecil tidak ada masalah kepanasan atau kurang selesa. Sebab di sini udara sejuk, segar dan nyaman. Betul-betul fresh!



 Memang banyak pokok dan bunga tanaman yang segar dan cantik-cantik. Nak beli? Saya sendiri pun tak beli kerana masa ini kami masih menetap di Kuching, Sarawak. Jadi payah nak packing bawa balik ke sana.

 Tapi kebanyakkan pokok dan tanaman di sini nampak segar sebab cuaca yang lembab dan sejuk. Tak tahu pula kalau dah bawa turun nanti pokok-pokok ni mampu hidup atau tidak. Emak saya pernah membeli masa dia berkunjung di sini, tetapi pokok tu akhirnya mati setelah beberapa minggu di rumah. 
 

Melawat ladang teh Boh memang satu permandangan yang mengasyikkan. Percayalah jika anda dalam 'stress' datanglah ke sini. InshaAllah anda akan berasa sejuk dan tenang, hilang sekejap masalah melihat kehijauan ladang teh. 

Hati-hati dan dan jangan biarkan anak anda berlari di ladang teh kerana kedudukan tanah yang curam. 

Qaireen dan Umar pun tiada masalah besar sepanjang bermalam di sini. Makanan? Untung ada pasar malam dibuka pada malam tersebut sebab kedai dan restorant banyak tutup sebab cuti Hari Raya. Jadi jimat dan kenyang untuk percutian tak terancang. Cukup bermalam sekadar 1 malam, sebab dua hari anda dah puas berjalan di Cameron Highlands. Jadi kalau hari raya anda dari utara tension mengadap traffic jem yang teruk apa kata singgah dulu kat Cameron Highland hilangkan tension, lols. 

 Balik hotel terus lena sebab udara sejuk, dan dalam bilik hotel pun tak perlukan penghawa dingin.  Hotel dan rumah persinggahan memang banyak. Kebetulan hari raya, Cameron Highland jadi sunyi sedikit, yang datang kebanyakkan pengunjung dari luar negara terutama negara Asia Barat.



Melaka Bandaraya bersejarah

Berkunjung di sini adalah pilihan kurang tepat bagi budak yang berumur tiga tahun ke bawah. Sebab cuaca panas dan diorang pun bukan berminat dengan bangunan sejarah hmmm....

Melawat Bandaraya Melaka, singgah sekejap jer sebelum bertolak balik ke Perak. Mujur ada dua stroller, senang sikit nak bawak budak-budak berjalan. 

Wargh! kurus giler haku time ni huhuhu.....

 Tengah fikir, nak panjat Bukit St Paul ke tak... Tak payahlah, jadi penat dan buang masa nanti.


Memang confirm Umar boring, 'Tak syoiik ibu, panas pulak tu'.

Tapi tahun 2012, saya dan husband sekali lagi bawa anak-anak ke sini. Kami menginap di Hotel Seri Malaysia Melaka. Kami berkunjung ke Zoo Melaka, menyusuri sungai Melaka menaiki bot dan naik Taming Sari. AWESOME!! Masa ni budak-budak dah besar sikit jadi dah pandai dan faham. Soory no picture, sebab masa ini kamera saya ada problem sedikit. 


Bukit Bendera, Pulau Pinang

Bukit Bendera, kami pergi masa cuti sekolah. Memang silap besar. Sebab terlalu ramai pengunjung dan anda tahu ketika itu tempat meletak kenderaan terhad. Jadi terpaksa menapak ke Bukit Bendera, bersesak-sesak dengan orang ramai termasuk rombongan-rombongan Cik Kiah. Bad timing! Naik saja terus sampai atas memang tak lama, sebab keretapi dah bertukar kepada kuasa elektrik, memang laju. Satu perkembangan positif. Tak macam dulu masa saya pergi time bujang dulu, keretapi macam siput, semput...
Lucu tengok parrot, kecoh berbunyi. 



Mujur di atas ada taman burung jadi seronok sikit Qaireen tengok burung-burung di situ. Dan saya rasa Bukit Bendera tak sesejuk macam dulu, terasa juga bahang terutama pada waktu tengahari. Pusing-pusing sekejap je habis. Suami pun hairan, itu je ker?? Hehehe penat beratur menunggu nak naik keretapi saja. Seronok? Tidak, yang dapat cuma penat, kepanasan dan lemas dengan kebanjiran orang ramai. 


Bukit Merah Lake Town.

Kami tidak bermalam di situ, pergi balik hari juga. Menaiki bot menuju ke Pulau Orang Utan adalah destinasti pertama kami. Sebab Qaireen dan Umar lebih berminat melihat haiwan kalau pergi berjalan ke mana-mana. 


Ke Pulau Orang Utan, umpama macam masuk Jurassic Park, kita yang duduk dalam sangkar. Ada laluan khas berjaring untuk kita berjalan. Orang utan berkeliaran bebas di pulau tersebut. 


Anak orang utan pakai pampers! Mereka diasingkan dan dijaga khas untuk diberikan nutrisi secukupnya sebelum dibebaskan ke pulau. 

 Ada taman haiwan dan burung. Macam-macam ada. Kancil, rusa, ikan, lotong, ungka, memerang, burung-burung yang jinak dan pelbagai jenis spesies yang tak berbahaya. Ada pertunjukan haiwan jadi anda kena tengok waktu-waktu persembahan dia supaya boleh timing, tidak mahu terlepas.

Bagi tikus tanah yang jinak makan kuaci.....

Wet World Batu Pahat.

Bawa kanak-kanak bermain air memang menyeronokkan. Wet World BP terletak di Tasik Merdeka, Batu Pahat. Parking senang dan tidak terlalu ramai orang. Jadi kurang sesak dan lebih selesa bawa kanak-kanak bermain air di sana.. 


Air cetek, Umar yang baru pandai merangkak boleh bermain-main di situ. 

Ruangan khas untuk kanak-kanak bawah 3 tahun. 



Kolam luas untuk kanak-kanak, jadi tak perlu bersesak-sesak seperti swimming pool di hotel. Memang selesa dan terbaik.  

Langkawi

Berkunjung di Langkawi selama 4 hari 3 malam memang sesuai bagi mereka pertama kali datang ke sini. Pengangkutan kami mengunakan MAS Airlines. Kalau anda memandu menuju ke utara memang agak meletihkan kerana memandu jauh berjam-jam. Kemudian perlu menaiki feri di Kuala Perlis atau Kuala Kedah, agak sukar dengan membawa beg yang besar, mungkin banyak (faham-fahamlah kita travel bersama anak-anak kecik, bukan backpacker travel).

Menaiki flight adalah idea baik walaupun bajet tinggi. (Anda boleh planning beli tiket jika ada promosi terutama Air Asia). Badan cukup rehat dan anak pun rasa selesa. Dari KLIA hanya lebih kurang 1 jam  sahaja ke Langkawi. Cepat dan mudah. Kereta sewa pun ada disediakan di Airport Langkawi.

Hotel dan homestay memang banyak pilihan di Langkawi. Kami memilih Awana Porto Malai Langkawi. Berdekatan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Lagipun ber'shopping' bukan agenda utama kami. Kebetulan ada pakej menarik ditawarkan, masa ni bukan cuti sekolah atau waktu puncak. Boleh rujuk di sini. 

  
Melawat Underwater World. Memang terbaik jika bawa kanak-kanak ke sini. Ikan-ikan yang berenang seolah-olah "berterbangan" di atas kepala kita. Budak-budak dan orang dewasa macam saya pun boleh terpegun. Kemudian ada aksi comel dari peguin-peguin di situ.


Bermain air di Dataran Lang.



Cuaca sejuk dan permandangan cantik di Gunung Mat Chicang


Hari kedua, menaiki kereta kabel di Gunung Mat Chincang. 


Sesi berendam kaki di Kolam Air Panas di Ayer Hitam

Pergi melawat ke Pameran Kraf. Ada banyak cenderamata di sini. Qaireen teruja tengok labu sayong yang besar di situ. 

Aktiviti wajib ke taman haiwan di sini, memang kanak-kanak sukakan haiwan. 

Burung begitu jinak sampai ada hinggap di tangan kita.  

Hari ketiga, aktiviti naik bot. Macam mengikuti kelas Geografi. Qaireen dan Umar teruja tengok ketam dan kelawar di dalam gua. 

Naik bot umpama pengembaraan yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Sampai ke hari ni Qaireen selalu sebut kisah naik bot pada kami. 

 Kalau suruh saya suapkan, taubat saya tak mahu punya!!

Perihal makanan tiada masalah di Langkawi. Ada kedai dan bistro di area situ tapi harga memang mahal sebab target pada pelancong asing. Anda boleh pergi ke pasar malam kalau nak rasa makanan tempatan- laksa dia memang sedap, atau pun ke restoran masakan siam.


Taiping

Kalau ingin menikmati suasana kampung dan tenang boleh berkunjung ke Taiping. Kebetulan suami  berasal dari sana, berdekatan dengan Bukit Gantang. Kawasan yang kaya dengan Raja Buah-DURIAN! Ada Hutan Bakau Kuala Sepetang dan mee udang yang superb!!


Saya pernah ceritakan tentang taiping di sini. Boleh baca dan jika ingin tahu lebih lanjut. 

Vietnam 

Kami pergi berdua, tanpa anak-anak. Selama 3 hari 2 malam, kami jadi backpacker travel. Cuma bawa satu beg sandang saja- beberapa helai pakaian dan telekung, kelengkapan penting seperti handphone, charger dan pasport. Tiada bagasi. Memang sempoi! Anda boleh baca di sini.

Di lapangan terbang Ho Chi Minh

Setakat itu yang saya boleh kongsikan. Ada yang lain cuma tak sempat nak tulis semuannya. Bolehlah ambil pendapat dari saya yang hanya insan yang kerdil ini.



Thursday, June 13, 2013

HO CHI MINH (SAIGON) TRIP- PART 3

Bersambung pada part 2, pada hari ketiga destinasi kami seterusnya adalah ke dataran Sungai Mekong. Kalau pernah belajar Geografi di sekolah dulu mesti anda semua tahu dataran ini merupakan tanah yang subur dan menjadi punca pendapatan penduduk yang bertani di situ.
Pagi itu, kami ambil sarapan berat. Sarapan di hadapan Hotel Pink Saigon iaitu kedai cawangan Basiroh. Makan mi sup Vietnam, kalau kat Secret Recipe memang ada menu ni. Makan kenyang2.Tak mau jadi macam semalam, makan pagi yang ringan-ringan saja, sudahnya kami jadi kelaparan sementara nak tunggu makan tengahari. Dah ler pemandu bas dia ni macam slow giler huhuhu.

Tengah makan kat kedai Basiroh, banyak penjaja akan datang memujuk kita membeli barangan mereka macam kipas, key chain, dompet dan macam-macam lagi. Hah pemotong kuku pun ada.
Perjalanan ke dataran Mekong ambil masa 1 jam setengah. Sepanjang perjalanan MashaAllah memang cantik!! Kita akan disajikan perkampungan Vietnam dan hamparan sawah padi terbentang luas membuktikan kesuburan tanah dari Sungai Mekong. Jadi betul ler apa yang kita belajar dalam Geografi dulu hehehe.


Dan paling menghairankan kat tengah-tengah sawah ada kubur. Sekiranya tuan tanah mati, waris akan kuburkan di tanah mereka sendiri sebagai penghormatan. Kiranya adalah beberapa generasi yang dah warisi tanah tersebut jika kita tengok kubur-kubur tersebut.

Kubur diperbuat dengan batu tile dan ada yg berbumbung!

Sampai je, kami terus naik bot besar untuk ke seberang pulau. Di situ ada perkampungan yang menjual macam-macam produk "made in Vietnam".


First sekali sampai ialah tempat memproses dan membuat gula kelapa. Ada macam-macam perisa pandan, coklat, pudina dan biasa.



Memang industri kecil-kecilan dan hanya orang kampung yang bekerja di situ.

Muka bosan tunggu wanita-wanita rombongan ini membelek barang-barang kat pasar hahaha.


kat sini banyak jual fabrik, baju, beg, souvenier, boleh pilih macam-macam kaler ada yek.



Ada ladang lebah yang menghasilkan produk berasaskan madu.


Penat berjalan-jalan, kami disajikan buah-buahan tempatan (buah ni kat Msia pun ada sebenarnya) dan nyanyian daripada penduduk kampung di situ. Lepas diorang nyanyi diorang pun hulur bakul suruh korang bayar tips sebab dah dengar nyanyian diorang yang biasa-biasa jer tu hehehe.


sempat possing jadi penjual buah yang bergaya!!

Perhatikan bakul tu sebab di situ anda akan diminta bayar selepas dengar diorang menyanyi keh keh keh.. Bayar lah ikut suka korang.


Lepas tu kita berjalan dalam ladang menuju ke pinggir sungai. Sebab kita akan naik sampan di anak sungai dan menyusuri sampai ke sungai besar di mana bot besar dah menunggu kita di situ.



Sampan kami didayungi oleh makcik ini,
 kuat betul dia nak mendayung bawa kapasiti 7 penumpang dalam satu sampan, HEBAT!!.

macam pendekar Mustar dah...


 Betapa kuatnya wanita-wanita kampung ni berulang alik mendayung sampan untuk mencari duit setiap hari. Yang penting mereka berusaha mencari rezeki.

Lepas tu bot pun bawa kami semula ke port. Terus Hanafi bawa kami ke sebuah masjid yang terletak berdekatan di perkampungan Mekong untuk solat dan makan tengahari.

Hanafi belanja minum air kelapa dalam bot!


Belakang masjid ada dapur, penduduk bergotong royong masak untuk tetamu muslim yang datang.


Ikan patin masak lemak beb! Tempoyak jer yang tak de hehehe.


Tempat yang kami singgah untuk solat jamak dan makan tengahari.

Lepas tu bas pun bawa ke China Town pulak, kat sini kalau anda nak borong kain pasang memang murah-murah janji pandai tawar yek. Kalu nak buat berniaga memang baguslah ke sini. Tapi tak tahan sebab diorang jenis pujuk tarik-tarik tangan, rimas dibuatnya. Helmy lagiler tak suka, pompuan tarik-tarik tangan dia hahaha!!


Kak lela kena tarik masuk kedai dia, nasib dapat murah-murah.



hahaha muka boring tunggu perempuan shopping, macam ni ler gaya dia.


Ramai yang singgah beli kopi Vietnam. Kat sini hari-hari saya minum kopi vietnam, jadi addict pulak sebab sedap.



Dan lepas puas shopping, Hanafi bawa kami makan malam terus ker satu restorant halal. Lepas tu agenda kami ialah menaiki cruise menyusuri sungai Mekong di waktu malam.



Pergh satu hari kami tak balik hotel sebab nak jimat masa. Sebab tu payah ler anda cari hotel mahal2 sebab kita tak duduk lama dalam bilik hotel. Banyak abiskan masa kat luar. Abis dah satu hari, balik hotel mandi, solat dan tidur. Besok dah siap-siap kemas untuk check out terus dan balik Malaysia. Flight jam 9 malam.

Pagi sebelum balik Hanafi bagi peluang kami berjalan-jalan lagi di Saigon Square. Kat sini banyak kedai tapi peniaga dia rude sikit. Kalau barang yang kita nak tak de dia macam halau kita ke tepi, tak bagi kita duduk lama-lama depan kedai dia. .


Saya cuma beli baju untuk my daugther- Hello Kitty


Pastu berjalan tengok Pejabat Pos dan bangunan-bangunan lama di sekitar situ. Rekabentuk bangunan berdasarkan dari Perancis, sebab pernah dijajah oleh mereka sebelum berlaku Perang Vietnam.


Di luar Pejabat Pos.

Keadaan dalam Pejabat Pos.

Kebetulan aritu ada ramai pulak yang berkahwin di church ini.

Abang polis yang serius menjaga kawasan ini.

Last session, Hanafi bawa kami ke perkampungan Champa sebab kat situ ada kilang baju kurung siap, telekung dan tudung. Last borong dan shopping.



Aduh. Pening dah, banyak sangat fabrik, kaler macam-macam warna.

Last sekali kami makan di Satay House sebelum dihantar ke Airport. Makan kenyang2 dan kat airport packing semula barang-barang sebelum check in di kaunter. Apa pun memang best trip ini, macam2 kita dapat dan belajar bak kata pepatah-jauh perjalanan, luas pandangan.


Hopefully lepas ini kalau ada trip yang berbaloi macam ni saya dan husband akan turut serta sekali. InshaAllah.

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...