Tuesday, December 10, 2013

Bila Anak Suka Pergi Tesco

Qaireen dan Umar suka ajak pergi Tesco. Sejak pindah balik ke semenanjung, perkataan TESCO selalu je disebut. Kalau marah ker nak pujuk ker mesti cakap "Nak gi Tesco jangan nakal2!" atau "Kalau gaduh lagi ibu ayah tak nak bawa gi TESCO!" hehehe. Mesti akan dengar cakap :P

Kadang-kadang balik kerja je, malam ajak pergi Tesco aduhai. Penat badan tapi rasa macam kalau ada barang dapur takde atau pampers (time sale susu dan pampers Drypers memang murah!!) pergilah juga ke Tesco selepas mahgrib.



Dalam Tesco ajar diorang ambil makanan yang sihat2 sahaja.
No junk food ok.




Lagi satu, anak-anak ni suka sangat makan nasi ayam TESCO. Padahal kami ni dah ler jemu sejemunya. Iyela kalau diorang tak abis makan kenalah ibu dan ayah diorang abiskan. Sabar jelah. 





Tapi memang favourite diorang, kalau nak makan kenyang-kenyang mesti pergi ke Tesco. Sure confirm makan nasi ayam dengan air soya atau jus punya :)


Sunday, December 8, 2013

Promosi Kopi Mineral Hai-o

Semalam dah ambil stok kopi mineral di stokis Seremban. Pre order sebelum Deepavali dan akhirnya dapat kopi mggu ni! Memang kopi terlampau laris hehe!


Setelah diagih2 ada beberapa stok lagi sebelum saya buat pre oder. Jadi stok agak terhad. 

1 kotak = RM26.50

BELI 2 KOTAK = RM52.00
BELI 4 KOTAK = RM100.00

FOR SERIOUS BUYER, PM ME AS SOON AS POSIBLE.

HASNY
012 7597929
013 6036630

P/s: Update Februari 2015.

Bermula Februari 2015, harga di atas TIDAK LAGI RELEVEN kerana kenaikan harga dan faktor GST. 
Untuk harga promosi baru boleh klik di link ini. 
Harap Maklum...



Saturday, December 7, 2013

Main Play Doh

Pergi Tesco S2 arini ternampak set Playdoh kat enterence Tesco. Memang pernah niat nak cari sebab ada baca kat internet main playdoh bagus untuk kemahiran kognitif kanak-kanak.

Apalagi terus amik masuk dalam troli. Qaireen pun asyik pegang je sampai ke kaunter bayar. Sampai je kat rumah cepat2 Qaireen dan Umar suruh ibu bukak bungkusan Playdoh. Tak sabar nak main.



Ibu dia pun join sekali main hehe. Buat ler cup cake, pizza, patung dan biskut. Aku rasa aku yang lebih2 main playdoh daripada anak2 haha. Ajarlah macamana nak bentukkan bulat ker segitiga atau petak. Leka diorang main playdoh kat meja.


Umar teruja sungguh!

Main sampai berpeluh-peluh

Buatlah pizza dan pai konon2nya haha.

Kek cawan saya dah siap! Isk jgn dimakan sudah ye nak. 

Yang penting pastikan anak usia 3 tahun ke atas yg boleh main. Sebab tu playdoh hanya sesuai 3 tahun ke atas. Takut nanti ada yg termakan pulak ok..




Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...