Wednesday, July 30, 2025

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast hotel sekali penginapan sebab tak payah buang masa merayau nak cari port makan pagi2. Kita nak fuel up bagi tenaga untuk sambung aktiviti seterusnya. 

Sarapan di hotel memang sama jer di mana-mana hotel Ma;laysia pun hehehehe.

So hari kedua agenda seterusnya adalah ke Underwater World Langkawi. Sebelum masuk, kita jejalan di kat pantai Chenang ya. Saja ambil gambar sebab Underwater world belum bukak lagi ya kui kui. Pagi benor ko datang....

Kita ambil gambar santai kat pantai jer. Nak buat aktiviti pantai malas nak main air laut. 


Santai-santai pak. . .

Apasal muka nak senyum paksa jer hahaha



Suruh dia senyum, boleh buat muka cringe pulak 




Satu keluarga dah jejak kaki di Langkawi ya. 


Dekat 30 minit duduk kat pantai ni baru kita masuk ke Under water World pulak. Dah bukak dah jam 9.00 pagi. 

Tahun 2013. Tempat yang sama dalam Underwater World Langkawi. 

Ni tahun 2025, tempat ni memang tak berubah banyak, 
Tak berapa sejuk, mungkin sebab ramai pengunjung pagi tu. Dan ikan dia pun tak banyak macam dulu. 

Banyak fosil, kalau kat belakang rumah mesti ingat kulit kerang mak buang lepas makan ye tak!

Stylo betul penguin ni!
 rambut ala2 reggea style Bob Marley pulak aku tengok. Jalan tergedik2, comey...

Pusing-pusing dalam ni lebih kurang sejam lebih juga. Ada pertunjukkan penguin tapi aku share dalam Instagram sahaja. Selesai je aktiviti di sini kita ke Laksa Ikan Seekor kat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. 

Laksa biasa, laksa ikan seekor dan laksa sarang burung. 
Rasa dia - biasa je nyah!
Kalau aku sekali makan ok, tak perlu repeat dah. 

Ilhan macam biasa memang peminat laksa, jadi makan mesti habis punya. 
Qaireen dan Umar makan kiew tiew goreng jer. 

Lepas makan2, kita nak ke Ayer Hangat Village Langkawi. Tapi tempat ni ditutup atas sebab-sebab kerja pengubahsuaian yang dilakukan. Jadi kita terus ke Kompleks Kraf Langkawi. Kat sana ada pameran dan karnival macam-macam aktiviti disediakan.  
 

Mencanting batik mestilah ada. 


















No comments:

Post a Comment

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...