Sunday, September 21, 2014

Mesyuarat Taman Perumahan

Eh mesyuarat apa dia ni? Hah malam tadi 21 September 2014, bertempat di Kopitiam My Railway Station -Tritonix residents telah adakan mesyuarat untuk menyunting perlembagaan persatuan yang telah dibuat oleh sekretari yang dilantik.

My RailWay Coffee Station aka Kluang Railway Coffee 
Ni dah bukak kat BSS bulan Julai lepas.

Biasalah dah duduk taman perumahan ni seelok2nya adakan satu persatuan untuk bergabung dan bermuafakat dalam segala perihal- keselamatan, kebersihan, kejiranan, dan kebajikan penduduk di situ. Macam kat kampung jugak kan...

Penduduk taman yang hadir.

Sekretari kami ni bukan pompuan, lelaki- Encik Azlee, staf TNB Seremban. Kaum2 ibu tak sempat nak buat kerja menaip2 ni..



Meeting start pukul 8.30 malam, tapi kami sampai dekat pukul 9.00 malam huhu. Dah ler LCD projektor pada kami, diorang nak pinjam untuk tayang slaid. Senang sikit supaya semua orang boleh nampak kan. Dan iniler first time aku datang meeting taman hehe, selalunya husband je jadi wakil. Kalau tak sampai bebila pun tak sempat nak berkenalan yang lain melainkan jiran aku yang satu politeknik dulu, Sarah dan Azam

Check klausa yang perlu ada ditulis dalam pelembagaan persatuan taman. 

Mujur Kopitiam ni sudi memberikan ruang untuk kami bermesyuarat sambil minum kopi kat sini. Ini jela tempat yang sesuai sebab kami pun takde kemudahan balai raya kat kawasan tu. 

Ok, anak2 pun boleh bawak diri masing2. Khusyuk tengok Mickey Mouse kat tab.

Dekat pukul 10 lebih, Qaireen lapar. Nak makan mee. Kami dah makan awal sebelum datang.  Aku order bolognaise mee untuk dia. Slurp2 dia makan abis sepinggan, mak aiii laju betul! Tapi air kopi dia bagi aku tak sesedap macam Old Town White Coffee. Mesyuarat tamat jam 11 malam, aku dan family bersurai balik. Diorang nak lepak2 dulu minum kopi.. Aku dan husband dah mengantuk wei besok nak kerja, anak2 pula sekolah.


Saturday, September 20, 2014

Projek Akhir Student sesi Jun 2014

Hari Khamis lepas adalah perbentangan akhir untuk projek pelajar semester akhir di JKM. Hari ni jugalah dua kumpulan bawah seliaan aku present paper dan projek diorang. Sem ni agak teruk sikit. Pelajar jarang datang jumpa bila dah masuk separuh semster.

Aku pula yang kena keep track diorang. Kadang2 bila jumpa, balik bwk perkara yang sama jek. Sedangkan perlu ada progress juga memandangkan masa dah suntuk.

So bila present aku sebagai penyelia baru pun dapat tgk projek yang diorang buat haih...


ada problem, bearing rosak dan shaft patah sebelum ini.


Kalau aku tengok pun memang takde yang istimewa, tiada inovasi di situ. Sekadar menambah basikal bukan lagi memudahkan tapi lagi susah nak tarik mesin rumput daripada menolak. Mesin pun beli, bukan built in, no wonder tetiba group pelajar nak tmbah basikal last minute. Sebab nampak sangat takde pape pun yang mereka contribute untuk projek. Besi penyangkut dikimpal melekat kekal. Jadi susah nak simpan sebab terlalu panjang, sepatutnya penyambung boleh sambung guna klip sahaja. 


Next group ni pasal keselamatan kenderaan motor. Awal semester lepas, plan lain. Masuk sem ni jadi lain, lepas tu abis cuti semester nak tukar jadi lain. Dan bila present last sekali jadi perkara lain. Adui, macam2 lah. Aku rasa kerja diorang buat tu macam seminggu punya perancangan. Bukan untuk setahun. Analisa pun langsung tiada. 

Sesungguhnya aku memang sampai tahap give up dan malas nak ambil alih projek kalau student tak nak dengar kata. Nak ikut kepala mereka sahaja. Jadi penyelia projek kena banyak bersabar...adui. Geram dan penat kita ckp itu dan ini, tapi tiada perubahan.



Sunday, September 14, 2014

Family Day Di A Famosa Resort Melaka

Bertempat di A Famosa Resort, Melaka pada 13 September Family Day keluarga sebelah mak diadakan di situ. Check in resort pukul 12.00 tengahari. Seperti dalam perancangan, kami bertolak jam 11.30 pagi selepas melawat Matrixs International School (klik sini) di BSS. Tak jauh sebenarnya dari Sendayan nak ke A Famosa Resort. Kami ikut higway PLUS masuk kat Seremban dan keluar exit di Simpang Ampat.

Sampai2 jek, mak ayah dan family Hardy dah ada kat sana. Ada lagi beberapafamily dah sampai awal, family Mak teh, Cik Wa, Mak Dak dan Mak Lang. Yang lain masih dalam perjalanan. Letak barang2, Qaireen dan Umar dah tak sabar nak mandi kolam. Tak sempat nak makan lagi...


 Aku hanya jadi Guard saja, sejuk weiii...

Steady Umar!!





Sementara nak tunggu game sukaneka start, kami makan tengahari dulu. Lauk pauk semua dah siap mak dan mak2 saudara masak kat rumah. Sambal tempoyak, lemping kelapa, sambal bilis, ikan sepat masak lemak, salad buah, salad kentang macam2 lagilah. Kuih pula pelbagai, tak sempat nak rasa semua, perggghh... 

 Game petang dah start!!
Mak dan ayah jadi pemerhati jek. Hadiah berupa Tupperware ditaja oleh mak. 

 Bersungguh Qaireen nak menang dalam game SUKANEKA.





Semua bebudak seronak dapat mainan nombor tikam mengena.
Kepit2 jangan terlepas jatuh!

Lari bawak buah kelapa!!

Main bowling buah kelapa, strike hah!

Happy dapat Tupperware gitew.

Menang dapat hadiah Tupperware. Ditaja oleh mak dan aku :)
Kaum ibu- pertandingan mengayam ketupat paling pantas gitew.




Para isteri standby dengan kain sampin.
 Inilah acara paling aku tak berapa 'terer', ikat sampin suami. Suami pulak pakaikan selendang kat isteri...Aiyoo

 Get ready!! Para suami dengan selendang.

 Isk!!
Camne ler nak ikat sampin yang berbunga macam P Ramlee buat dalam Madu Tiga.

Hehe ikat simple2 udahler..

Pakaikan selendang pulak!!

Ok, siap2 dah!!

Yeah! Hasilnya, MEMANG fesyen ke laut hahaha!!

Dapat tupperware bila menang game- menyelam paling lama.


Dah puas main game, barbeque pulak. Setting api dan panggang kambing, ikan, kerang dan udang. Makanan banyak betoi. Kenyang kami dibuatnyer!!



Panggang kambing, atas permintaan emak kami order lagi dari Mr Ayub yang kami pesan masa buat open house hari raya lepas (klik sini).
Malam selepas solat magrib berjemaah bacaan doa tahlil dibuat untuk arwah Wan dan Atuk.  Kemudian sambung bakar2 dan makan2.



 Pakcik Lan khusyuk memanggang seafood

Kerang bakar dan otak2

Ada game untuk bebudak lagi malam tu, main padan dan menang.
 Lepas makan, kaum bapa2 pergi beramai2 memancing kat kolam ikan berhampiran.
Besok pagi, aku dan family terpaksa balik awal pukul 9.00pagi sebab Qaireen tak beberapa sihat. Sepanjang malam dia batuk dan muntah. Memang sejuk giler, pagi2 pulak hujan lebat.

Family yang lain lepas sarapan diorang berendam kolam air panas tak jauh dari situ, aku tak dapat join sekaki. Apa2 pun memang terbaik family day ni, hasil perancangan adik beradik mak. Kami memang tumpang seronok dapat berkumpul beramai2 macam ni lagi. :)

Au Revoir...

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...