Showing posts with label mechanical. Show all posts
Showing posts with label mechanical. Show all posts

Monday, September 25, 2017

Lawatan industri ke Jimah Power Plant

Seperti yang dirancangkan untuk semester ni kami dikehendaki buat satu lawatan ke loji stim kuasa atau kilang sawit.  Jadi setelah sebulan buat paper work, buat surat dan tempah bas maka 21 hb September pukul 12.30 tengahari kami seramai 34 orang bertolak dari Politeknik ke Jimah Power Plant. Makan tengahari dulu di politeknik sebelum bertolak.

Jarak dari Politeknik ke Jimah Power Plant tak jauh adalah dalam sejam. Kami singgah sembahyang zuhur kat masjid Kg Chua. Lepas tu bertolak jalan tapi terlajak pulak simpang masuk ke Jimah Power Plant tu. Kena pusing patah balik kui kui kui...Engineer Jimah, Cik Aisyah call aku kat mana? Aku jawab, kejap2 lagi 10 minit kami sampai, terlajak simpang ni huhuhu..

Pass2 roti dan air dalam bas. Aku tak boleh nak makan, kenyang lagi. 
Lagipun bas terhoyong-hayang ke kiri kanan. Uwaaaa...  Aku rasa macam pergi naik motorbot jer
Nasib tak muntah hijo..

 En Fitri macam nak sakit dada naik bas ni yek hahaha!

 Mana taknyer, jalan masuk dia pun dah macam nak masuk lombong pasir. Actually tapak bersebelahan Jimah Power Plant ni tengah giat satu construction loji stim di bawah kelolaan TNB. Jadi lori keluar masuk kat sini, jalan pun mengiler tak rata. 


 Dah nak dekat sampai. Dah nampak dah cerobong dia hehehehe

Sampai2 terus daftar kat pondok pengawal. Berurusan dengan En Darwin. 


 Ketat kawalan di sini, jadi kena pastikan bilangan yang masuk plant mesti sama dengan yg keluar.
Kalau kurang kena check balik, tapi kalau lebih pulak seram tu hehehe.

 Lepas tu baru masuk ke pejabat pentadbiran, kat sana kami dismabut oleh jurutera Jimah Power Plant, Cik Siti Aisyah. 

 Introduction session, bersama2 dgn pelajar dan pensyarah  dengan Jurutera dari Unit Latihan Jimah.

 Ini dia, Cik Aisyah, wanita bosi ni!! Dah lebih 10 tahun dia kerja kat sini. Dari plant dibuka sampailah sekarang.. Sempoi jer Cik Siti ni. Tak sangka ada pompuan juga nak kerja kat site steam power plant ni. 

 Sesi penerangan dari pihak Jimah. Kira memang banyak pelawat datang ke sini. DAri PTA dan IPTS pun ada. Ada datang dari luar negara pun iya. Macam Thailand pun pernah hantar wakil NGO diorang datang utk melihat sendiri pengurusan power plant di Malaysia. Hebat juga Malaysia ni. 


 Wow, ada gaya macam lecturer juga jurutera Jimah ni. Hehe banyak yang Cik Aisyah terangkan, contoh T-s diagram utk superheated steam sini ada double stage. Nak bagi power up lagi tambah reheater kat sini, katanya....

 Gambar satelit kedudukan equipment dalam Jimah Power Plant.

 Berhenti sekejap, selepas sesi soal jawab. Ada refreshment dari Jimah untuk kami semua. Kenyang betul, asyik makan je kerja kami petang tu ... 

 Makan free lagi, makanan dipayung oleh Politeknik, Puan Enne dan Jimah Power Plant. 

 Sesi pemberian cenderahati dari PPD

 Dan pemberian cenderahati dari Jimah Power Plant.

 Gambar ramai2 depan opis admin diorang.

 Kat sini sebelah pejabat admin boleh nampak dah 3 phase system loji ni. Termasuk set up transformer dan transmission line dia. Elektrik yang terhasil akan distribute hantar ke TNB Olak Lempit dan Lenggeng. 

 Kitorang naik bas je masa buat tour melawat plant ni sebab ramai peserta, kumpulan besar. Jadi agak berisiko nak bawa jalan kaki ke setiap kawasan. Tak syok sikit tapi nak wat camna. Safety first eh!!

 Ini coal yard dia. Memang banyak arang batu longgok kat sini siap ada back up bekalan utk operasi 45 hari andai kata berlaku keputusan bekalan dari negara2 kita import. Lepas 45 hari kalau takde lagi maka system pun shut down lah.  Agak2 bergolap je kita lepas tu... kalau tak de support dari plant yang lain.

 Arang batu diimport dari Indonesia dan Australia. 

 Convenyer coal tak bergerak sebab hari ni takde bekalan dari kapal sampai di jeti. 


 Yang ni aku tak ingat tapi fungsi dia macam electrostatic precipitation untuk menangkap ash- debu2 halus dari arang batu yang dah dihancurkan dan dibakar. 99 peratus bebas pencemaran. 
Nanti bila dah penuh dan jatuh. Nampak tak kepala lori bancuh simen kat bawah tu. Nanti lori simen akan datang amik abu2 tadi untuk bancuh buat bata atau simen. Green technology weh... 

 Sampai kat jeti ni, "Puan kami nak amik gambar sekali... "
Ooo ni diorang ni student termo aku. Saja aku pilih 5 budak ni sebab attendent diorang full, tak pernah ponteng kan... Jadi confirm diorang nak ikut pergi lawatan ni. 

 Dengan Pensyarah Termo lain, Che Ina dan Eng. Jimah, Cik Siti Aisyah. 

Ni sebelah Jimah tengah rancak construction bawah TNB untuk steam power plant baru. Dijangka siap tahun 2019. Yang ni paling besar kuasa dan operasi dia compare dengan Jimah Power Plant. 

 Amik angin petang tepi pantai sebelum balik. 

 Kami adalah pencinta Termodynamics! 
Hua hua hua... 




Wednesday, November 13, 2013

Kursus Catia vs Reunion Classmate DWA 1999-2001

Assalam. Usai sudah peperiksaan akhir pelajar politeknik dan para pensyarah pula berperang menanda kertas-kertas jawapan disusuli audit dari SIRIM menyebabkan ku tak berkesempatan mengetip jari-jariku untuk menaip di blog ini.

Dan minggu ini aku pun berangkat ke Behrang untuk menjalani kursus PPK untuk software CATIA di Politeknik Sultan Azlan Shah. Politeknik ini ada lesen untuk P&P bagi melatih pelajar automotif dengan kerjasama pihak Proton. Pasal kursus tu nantilah aku cerita dalam bab lain. Nak berasap kepala dibuatnya hahaha.



Kursus selama lima hari telah mengumpulkan segelintir member2 kelas diploma kejuruteraan mekanikal ku ketika itu dikenali sbgai DWA di ITTHO (kini dikenali nama UTHM). Apalagi memang kecoh beb!

Kebetulan seorang member yang berkhidmat di sana sedang cuti bersalin jadi memang masa ini kami ambil kesempatan melawat dia di kuaters.




Memang meriah bila dapat kumpul ramai-ramai. Hanya seorang tak dapat datang sebab dah sarat dan tunggu masa untuk bersalin. Teringat aku masa belajar dan duduk menyewa rumah kat parit raja. Kebetulan masa posting pertama aku berkhidmat sekali dengan member2 DWA yg lain. Kiranya masa belajar diploma, kerja dan sambung belajar degree memang kami berjumpa lagi. 

Jadi kalau ke mana- mana politeknik Malaysia confirm akan jumpa segelintir member2 kelas DWA ni. Nampak sangat perubahan dari segi usia dan badan hahaha. Al maklumlah semua sudah melewati 30an kan...

Untungnya jadi pensyarah politeknik sebab ukhwah terjalin dengan rapat biar pun tak sempat nk jumpa walaupun bertahun-tahun. Semoga persahabatan ini kekal dunia dan akhirat. Amin....





Tuesday, October 22, 2013

MUSIM PEPERIKSAAN BERMULA!!

Assalamualaikum...
Lama tak update blog, gara-gara sibuk nak kejar masa menanda kertas tugasan, ujian dan kuiz pelajar. Sebabnya deadline dah dekat untuk hantar markah pelajar. Biasalah pelajar-pelajar ni, saya rasa dah berbuih mulut pesan hantar assignment atau tugasan yang tak 'clear' lagi, tapi diorang mesti hantar last minute. 

Seolah-olah jadi trend sekarang, bila bagi atau buat tugasan akan jadi perkara yang membosankan bila menanda sebab semua isi dan kandungan pelajar sama sahaja. Senang cerita, bila seorang pelajar buat, yang ramai lain-lain tu pakat-pakat salin bulat-bulat. Kalau melibatkan pengiraan lagilah sakit jiwa, sebab yang salah pun diorang salin juga! Memang terdesak sungguh!! Selalunya bila hari tu hari akhir untuk hantar assignment akan nampak situasi ini-berlonggoklah mereka semua di ruang pelajar untuk menyalin jawapan-jawapan daripada rakan mereka yang dah siap (lebih rajin untuk memikirkan jawapan tugasan tersebut). Jadi markah pukul rata sama sajalah.

Hantar lewat tetap juga saya tolak markah kerana tidak punctual. Jadi tak adil jika saya berikan markah sama rata pada mereka yang hantar punctual.Pernah jugak masa mengajar, pelajar-pelajar bukan dengar atau fokus pada kita tapi sibuk menyalin tugasan subjek lain daripada rakan untuk dihantar pada hari tersebut. Alangkah geramnya, mengamuk sakan mak!! Hahaha.

Ada yang buat ala kadar sahaja, tulisan macam cakar ayam dan kelam kabut. Nak baca pun susah. kadang-kadang tak teratur (kes salin bulat-bulat), kadang-kadang terus dapat jawapan atau jalan penyelesaian melompat-lompat (kalau melibatkan pengiraan), memang tak tersusun langsung.

Saya pernah mendapat aduan pelajar mengatakan tugasan beliau hilang setelah dihantar di pigeon hole saya. Pelajar itu memang ok- rajin dan dedikasi. Bila sela beberapa jam kemudian tugasan itu muncul semula di pigeon hole tersebut tetapi dalam dua salinan, satu salinan asal dan satu salinan photostot. Yang photostot hanya ditukar pada cover- dalam tetap sama yelah photostot kan. Aduhai...

Betul kata orang, kerja mengendalikan mesin lagi mudah daripada mengendalikan orang. Kadang-kadang boleh naik tekanan darah menahan geram dan kesabaran. Saya pun tak tahu berapa lama saya sanggup bertahan sabar dalam menlayani kerenah orang-orang macam ni.... Hmmmm semput den!

Apa-apa pun dah mula minggu peperiksaan sekarang saya doakan pelajar-pelajar ni dapat buat yang terbaik. Mungkin ada kelemahan dari segi teknik pengajaran saya untuk menarik minat mereka fokus di dalam kelas. Terutama melibatkan matematik dan mekanik, sungguh mencabar.....Adoi kita pun fikir macam nak pecah kepala nak bagi diorang paham betul-betul..

Jangan hendaknya meniru, macam bawah ni tertangkap semalam sebab meniru. Dashyat gajet budak sekarang macam Detektif Conan hahaha. Mana tau masa akan datang, ada jam budak boleh tembak pengawas peperiksaan dan pengawas pula bole pengsan atau tertidur hahaha jadi senang ler kerja diorang nak meniru!!



Peace.......

Sunday, April 14, 2013

PERTANDINGAN AKHIR PROJEK 2013 PERINGKAT PPD

Hari Khamis lepas, 11 April 2013 telah berlangsung Pertandingan Akhir Projek Akhir semua jabatan di Politeknik Port Dickson di Dewan Wawasan.



Jabatan-jabatan yang ambil bahagian ialah JKA, JKM, JKE, Senibina dan Commerce.
So ini adalah serba sedikit info daripada pertandingan tersebut.

Jabatan Kej Mekanikal diwakili oleh sembilan kumpulan dan projek yang dipertandingkan di antaranya adalah pemotong nenas spiral. Ramai berkunjung kat booth ini sebab dapt minum cocktail free gitu. Hahaha



Kemudian booth seterusnya adalah mesin penetasan telur mengunakan sistem solar. Projek ini di bawah seliaan saya. Dengan pengunaan sistem  solar, mesin penetasan ini boleh bertahan hampir dua hari dari bekalan bateri tenaga yang disimpan  (green tecnology). Kawalan suhu penting jadi pengunaan thermostat digunakan untuk mendapatkan suhu optimun. Telur benih dapat ditetaskan dengan konsisten selama 21 hari mengunakan 100% tenaga solar.

Mesin penetasan telur mengunakan sistem solar


Ada pelajar mendapat idea daripada produk yang sedia ada. Contohnya mesin pengisar kekabu, alkisahnya setelah melihat nenek dia mengunakan secara manual mengupas mengasingkan kekabu dari kulit dan biji, dia mendapat idea mereka produk ini setelah melihat pengisar pengasing bulu ayam daging. Haha melucukan tetapi bagus sebab ada idea dan inovasi. 

Mesin pengisar kekabu

Selain itu wakil daripada Jabatan kej eletrik ada yang merekacipta pencetak kuih deram mengunakan automasi.

Mesin pencetak kuih deram. Dan diuli tepung maka terus
dicetak dan terus masuk dlm minyak panas, goreeeeng!


Selain itu wakil pelajar JKE merekacipta tongkat khas untuk OKU yang tidak  dapat melihat. Jadi tongkat ini dibekalkan sensor untuk memandu OKU ketika mereka berjalan. 

Tongkat sakti ;) tapi ringan senang dibawa. Tapi tak tahu sama ada OKU selesa gunakannya, kebanyakkan OKU lebih peka bergantung pd pendengaran dan instinct mereka kan!


Ada kumpulan pelajar merekacipta tong sampah mengunakan tenaga solar. Target produk untuk pasaraya, atau pasar borong.

Bila sampah penuh, sensor akan mengerakkan tong untuk ke tempat longgokan sampah besar untuk dikutip oleh lori pengangkut sampah.

Ada pelajar robotik mencipta robot penyambut tetamu. Hehe cute, teringat citer filem Short Circuit masa kecik2 dulu. 




Jabatan Perdagangan tak kurang hebatnya. Paling menarik ialah produk nugert tempe daripada kumpulan pelajar wanita ini. Masha Allah sedap betul. Agaknya saya orang Johor, peminat tempe tu sebab saya kata sedap sungguh! lols


Senang cakap, mereka kreatif. Pelajar akhir diploma pemasaran, ciri usahawan dah ada. Habis peperiksaan mereka dah sedia untuk patenkan dan mendapatkan modal untuk dipasarkan produk itu. Nanti dah keluar page mereka di FB silalah LIKE yek ;)

Pelajar Senibia tak kurang hebatnya. Jabatan Senibina adalah jabatan niche area di PPD. Tema projek mereka adalah senibina Islamik tetapi moden. Ada banyak design tapi saya tak sempat snap gambar tersebut.


pengunaan software dan design pelajar mengkagumkan. Saya rasa seolah2 mereka seperti pelajar di LMK. Memang hebat. 

Sebenarnya banyak lagi projek yang dipertandingkan, hanya sedikit sahaja yang saya paparkan di sini. Menjadi penyelia untuk tiga kumpulan projek selama setahun ni bukan perkara mudah, lebih mudah jika pelajar rela dibimbing dan menerima teguran. Saya ler asyik kejar pelajar, asyik telefon tanya pasal progress, progress, progress hahaha jangan ler korang tension dengan aku yek. 

Alhamdulilah, ketiga2 kumpulan seliaan mendapat pilihan projek terbaik antara semua projek dalam program DKM.  Ada kumpulan yg jumpa bagitau last minute projek mereka mustahil untuk disiapkan tapi haku berkeras jugak suruh mereka berusaha hehe, jgn putus asa yek! Rujuk kepada mereka yang pakar jika tidak berjaya menemui jalan penyelesaian. 

Win-win situation. Yang penting usaha hingga sampai boleh! Alhamdulilah walaupun ketiga2 kumpulan terpilih, kuota hanya 1 tempat sahaja. Tapi mereka telah mendapat markah terbaik, dan itu patutnya mereka banggakan atas usaha mereka selama setahun. 

TAHNIAH DAN SYABAS!!

xoxo 
Hasny







Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...