Showing posts with label Politeknik Kuching. Show all posts
Showing posts with label Politeknik Kuching. Show all posts

Friday, February 28, 2014

Nak cuba balik resipi masakan barat!!


Minggu lepas tengah sibuk kemas meja opis sempena Minggu 5S, terjumpa buku ni.


Dulu aku pernah pergi berjemah ke kursus Masakan Barat anjuran Kolej Komuniti Mas Gading di Kolej SATT, Kuching tahun 2009.



 

 Kolej Satt di Kuching, Sarawak. Ada dua chef yang jadi cikgu masa tu. Sorry no picture sebab tertinggal kat PC kat politeknik lama .


Saja teringin nak mencuba masakan barat, sebab suka gak tengok rancangan masakan di Astro :) Satu lagi aku nak kenal semua rempah ratus dia, macam-macam ler, oregano, parsley, paprika, mixed herb, bay leaf, rosemary macam-macam woh...

Bila chef tu keluarkan penuh kat kaunter segala mak nenek rempah ratus, daun segala daun lah dia bagi tengok. Padahal yang aku tahu selama ni daun serai, kunyit, lengkuas, bunga kantan jek hahaha...Jakun sekejap, tengok, hidu dan rasa ramai2. Kalau buat pertandingan Master Chef untuk teka rempah tu confirm fail lah.



Resipi yang diajar satu hari tu Baked potato with meat sauce, sour cream, Baked layered pasta (lasagna) mini patties, tomato concasse, bechamel sauce. Huhu tak pernah dengar pun masakan tu sebelum ni.



Siap lakar lagi.macamana nak buat layer by layer lasagna tu bahaha. Hm takut lupa.


Hm nampaknya boleh ler aku asah balik skill masak barat ni hahaha. Ntah jadi atau tak kan. Tak pe nanti aku share bila dah buat ok.


Monday, September 23, 2013

BILA PELAJAR HEBAT!!


Minggu lepas saya melihat ex student saya ( kursus Sijil Kejuruteraan Mekanikal - Petroleum sesi 2009-2010 di Politeknik Kuching, Sarawak) update status beliau di Facebook. Saya bekas pensyarah dan juga PA mereka ketika di sana (PA merujuk Penasihat Akademik, bukan Personal Assistant ok). Suyanti berasal dari Sabah dan saya masih teringat loghat sabahan dia yang pekat kalau bercakap.


Tahniah Su sebab dapat anugerah khas. Anugerah Naib Canselor daripada UTHM. Saya pun belajar di situ untuk diploma dan ijazah. Cuma tak bernasib untuk mendapat anugerah hebat tu! Hahaha. 

Rasa bangga? Semestinya!! Sebab sekarang hampir setiap hari habis kerja, akan rasa 'little sore in my heart'. Menempuh perkara seperti melihat pelajar kurang 'integriti' pada masa ini adakalanya buat saya kurang bermotivasi. Akan tetapi adanya sedikit peratusan kecil macam Su cukup buat hati seorang pendidik yang kerdil ini terubat. 

Bukan mudah jadi PA terutama pelajar yang berjauhan dari keluarga mereka untuk belajar di Pulau Borneo.  Bila ada kes pelajar bermasalah - kena belasah dengan orang tempatan, terjebak kes polis, masalah sosial, pelajar meniru, bercouple atau pun menerima aduan dari pensyarah lain tentang si polan si polan begitu begini, PA jadi rujukan mereka. Semput juga nak memikirkan dan menyelesaikan hal-hal begini.

Pengalaman jadi PA memang mengujakan dan antara tak dapat dilupakan saya menjadi saksi dan disoal siasat polis berhubung pelajar yang terlibat kes polis. Terpaksa buat laporan bertulis tentang pelajar dan paling menyedihkan bila rintahan ibu bapa mengadu masalah anak mereka.



Batch pelajar ini sepanjang dua tahun saya jadi PA mereka memang baik-baik, budak yang bagus-bagus hehehe. Cuma ada segelintir saja bermasalah.

Kecemerlangan pensyarah bukan dinilai oleh sesiapa terutama pihak atasan, hanya pelajar cemerlang dari segi akademik dan rohaniah sudah cukup jadi bukti sebagai pendidik yang berjaya. InshaAllah.  Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, semoga anda terus maju ke hadapan.




Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...