Cari di sekitar Seremban 2, tutup sebab hari Ahad. Terpaksa google, cari klinik gigi di Seremban. Akhirnya jumpa satu blog ini, bagitau kakak dia bukak klinik gigi di Senawang. Klinik memang bukak hari ahad huhuhu nasib baik lah....
Sampai Senawang terpusing-pusing juga cari bangunan. Kalau nak senang korang cari Mcdonald Senawang, bangunan klinik tu bertentangan dengan McD.
Masuk klinik nasib baik tak ramai. Tunggu jap selepas register dalam 10 minit nama dipanggil. Bila doktor check, gigi tak de problem cuma gusi bengkak sebab ada poket di gusi belakang. Kadang2 bila berus tak sampai, jadilah jangkitan kuman. Sebab tu kena scanning 6 bulan sekali.
Last time saya jumpa doktor gigi tahun 2011 di Matang Jaya, Kuching huhuhu. Lamanya tak jumpa doktor gigi. So kena bius, scanning, dan letak ubat pada gusi. Doktor bagi antibiotik dan penahan sakit. Memang lepas je abis, terus rasa berdenyut2 yang amat sangat adoiiii!! Balik rumah terus makan ubat tahan sakit. Ambil masa tiga hari baru baik macam sedia kala.
Kesimpulannya, sakit gusi menyebabkan ku kurus sekejap beberapa hari sebab tak lalu makan hehehe. Lepas ni mesti wat appointment doktor gigi 6 bulan sekali, yela umur dah meningkat gigi pun kena jaga, lols.
Aslmkm...nak tanye ok tak service kt klinik tue...harga mcmana? Mase gusi awk sakit n bengkak...gigi awk goyang sedikit tak? Doctor ade beri nasihat tak? ...thanx share..
ReplyDeleteWaslam, sy tak ingat dlm rm80++. Gusi bengkak, takde masalah gigi. Lagipun klinik ni bukak ari ahad, yg lain semua tutup
Delete