Monday, May 19, 2014

Day 3 in Kuching

Hari ketiga, 14 Mei 2014. Pagi-pagi aku, Kak Kasma dan anak dia berkemas dan bersiap ke Kolej Komuniti Kuching. Ada seminar untuk kursus masakan sihat dan tanpa minyak daripada Tupperware Brands. Kim dah sampai kolej pukul 8.15 pagi, hehe kitorang terhegeh2 masih kat Matang Jaya. Breakfast dulu dan sempat lagi singgah pasar beli sayur untuk masak kat kolej.

Kolej Komuniti Kuching di Jalan Sultan Tengah, Kuching. Peserta program dalam 10 orang.

Kim memulakan sesi pertama berkenaan penapisan air yang kaya dengan mineral tambahan serta bersih dan bebas klorin-Nano Nature Water Filtiration

Demo yang ditunjukkan.

Memang seronok dan gembira bila buat Party Tupperware macam ni. 

Aik sempat pulak dia terangkan plan marketing for business purpose. Tapi Tupperware boleh jana side income itupun kalau ada kemahuan dan keinginan.

Jom masak Kangkung Belacan tanpa MINYAK tau!!

Selamat menjamu selera selepas masak. 
Masakan sihat- bihun goreng tom yam vegaterian. 

Buat game, seronok dapat gift Tupperware. At the end, 6 orang closed jadi ahli dan beli Nano Nature Water Filtiration dan seorang staf beli Inspire Wok TupperChef

Program bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada 2.00 petang. Happy dan kenyang peserta sebab makan masakan yang dibuatkan. Habis saja program, Kim dah bertolak awal ke airport sebab flight dia lebih awal dari kami jam 5.00 petang. Husband aku pun dah tunggu kat depan kolej. Pagi tu lepas hantar kami,  sempat dia ke Politeknik Kuching bawa anak-anak ke sana. Jumpa kawan-kawan opis lama.

Balik homestay kemas barang, beg dan check out. Flight Kak Kasma dan anak pukul 8.00 malam. Kami hantar mereka dulu ke airport Kuching. Kemudian singgah kat Serapi Corner, husband nak jumpa adik dia Mad Isa yang berkhidmat di ATM, Kem Perissen Kuching. Pak Uda datang naik motor. Kesian Pak Uda, dia kerja lama lagi dari kami kat Sarawak tapi tak dapat pindah2 walaupun dah mohon berkali.

Teh C Special, memang superb!!

Makan Laksa Sarawak dan Me Kolok puas2, nanti balik kat semenanjung payah nak cari. 


Check in, ready nak berlepas balik ke Senai Airport jam 9.40 malam. 

Akhirnya selamat sampai di Senai Airport jam 11.00 malam. Ambil kereta parking kat Open Car Park Senai Airport. Charge RM 80.00 untuk 3 hari. Lepas tu terus check in Hotel Seri Malaysia di Larkin tidur satu malam. Sebab pagi2 besok ada appointment klinik Qaireen di HSAJB. Haha adui penatnyer tapi puas hati kan.....:p





No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...