13 Mei 2014, Hari Wesak. Oleh sebab takde apa2 aktiviti hari tersebut aku dan husband bawa anak2, Kak Kasma serta anak dia, Azura berjalan sekitar Kuching. Pagi-pagi bangun dan bersiap, kami ke Satok untuk sarapan di tempat favourite kami dulu, Kopi O Corner hehehe. Rupanya kedai dah ada buka branch di Kubah Ria dan Matang Jaya. Tapi kami lebin suka makan di tempat asalnya.
Kami anak beranak makan mee kolok, susah nak cari mee ni kat semenanjung. Kak kasma makan laksa sarawak dan Azura order mee jawa special. Itu adalah menu yang terbaik di Kopi O corner. Hari nak balik semenanjung, Kak Kasma ajak lagi makan me jawa (sedap ler tu) tapi petang memang dah habis.
Selain tu, makanan yang wajib aku order ialah Roti Daging Mayonis Black Pepper.
Memang sedaaap!!! Memang terasa kepedasan lada hitam sarawak punya. Cubalah jika anda datang ke sini.
Usai je makan, kami bawa Kak Kasma ke Waterfront Kuching untuk beli nuah tangan atau ole2 anak2 dan cucu dia. Tak menang tangan sebab bila ada orang yang tahu kita di Sarawak maka banyak ler yang mengirim lols...
Boleh beli cenderahati yang berbentuk kraftangan macam manik, beg anyaman, key chain, fridge magnet dan kain batik sarawak.
Kalau dah sampai Kuching, memang wajib ambil gambar kat tugu ni sebagai tandanya dah sampai Kuching. Sebab tu husband berhenti, suruh Kak Kasma dan Azura amik gambar kat sini, lols..
Selesai beli cenderahati dan ole2 di deretan kedai Waterfront Kuching, kami ke seberang sungai Sarawak untuk beli kek lapis sarawak pulak. Ikutkan kalau naik perahu penambang memang dekat untuk seberang sungai. Tapi kak Kasmah tak berani naik perahu hehe. Jadi naik kereta kena pusing jauh sikit ikut jalan raya.
Mira Cakes House adalah salah salah satu kek lapis popular di sini selain Dayang Salhah. Saja je aku bawa ke dua2 kedai kat situ. Boleh rasa macamna beza dua jenama yg famous kat area Kuching. Tapi rata2 member aku yang Sarawakian memang pandai buat kek lapis sendiri. Yang membeli kebanyakan adalah orang semenanjung sebenarnya.
Kalau kedai kek lapis Dayang Salhah letaknya di belakang masjid ni.
Macam hari raya jer kan!!
Makan le kek lapis tu, nak taste rasa dia. Berwarna-warni.
Dah selesai membeli kek lapis pelbagai, terus balik ke Matang Jaya untuk tengahari. Lepas makan, balim rumah dan ZZzzzz sebab semua dah kepenatan. Pukul 5 petang, aku dan husband bawa anak-anak ke Kampung Kolong. Nak jumpa Mak Me - pengasuh Qaireen masa dia baby lagi sampai lah usia dua tahun lebih. Punyalah terkejut Mak Me dan keluarga tengok kami datang secara mengejut hahaha menjerit2 diorang tengok kami bila turun dari kereta. Dah 2 tahun lebih last time datang rumah diorang.
Mak ME, semoga kalian semua sentiasa sihat-sihat belaka, amin...
Kampung Kolong, kampung mostly orang jawa di sini :)
Dan malam tu kami keluar makan malam di Kubah Ria. Tak sempat snap gambar. Selepas makan, hantar Kak Kasma dan Azura balik homestay untuk diorang berehat. Pastu kami berkunjung ke rumah Cikgu Sapiee dan Kak Dara (pengasuh Qaireen dan Umar sebelum kami berpindah ke semenanjung). Diorang pun rindu banyak kali bagitau nak tengok Umar dan Qaireen.
Umar boleh melalak pulak bila bangun tidur kat rumah Kak Dara.
Borak punya borak rupanya jam pukul 11 malam. Ish lewat dah, barulah kami balik ke rumah homestay. Fuhhh penat betul berjalan2. Tapi alhamdulilah, tertunai hajat nak melawat dua keluarga ini bila datang ke sini.
Salam...nak tanya,pengasuh yg jaga anak akak tu still mengasuh lg x?
ReplyDeleteYang mana satu yek, ada dua. Satu di Taman Yen2. Satu lagi kat Kg Kolong
DeleteDua2 masih lagi mengasuh, jaga budak sekarang ni
Deletekg kolong n tmn yen2 tu kt area matang ke? sy akan pindah kt area depo-matang hujung thn ni...so,sy tgh survey nak cari pengasuh utk anak...
Deleteboleh mtk no pengasuh kt tmaan yen yen tu kalo takkeberatan..
ReplyDeleteSapa ada ruma sewa atau bilik sewa area kolong jawa, kuching
ReplyDelete