Tuesday, May 13, 2014

Day 1 in Kuching

Actually aku akui huru hara sikit minggu lepas. Asalnya nk ke Kuching pada minggu ketiga tapi tak jadi sebab jadual terlalu pack. Jadi aku booking tiket hari Khamis, 9 Mei untuk flight pergi pada 12 Mei dan balik pada 14 Mei.

Adui. Kerja last minute memang kelam kelibut. Dah book tiket(mujur ada tiket Air Asia dari JB ke Kch). Lepas tu kalut cari penginapan dan kete sewa haha. Aku cari homestay yang ada siap dapur dan mesin basuh. Mujur ada Agoda.com. Rumah homestay aku cari area Matang Jaya sebab aku stay kat situ dulu. Familiar sikit tempat ni.

Kereta sewa ada provide sekali dgn pakej homestay ni. Jadi kira berbaloi dan senang kerja sikit. So RD Guest House Matang Jaya jadi pilihan yang di Taman Sri Perkasa. Rumah teres 3 bilik, 2bilik air. 3 hari 2 malam total RM360. Oklah tu.


Flight dr JB pada pukul 7pg dan mendarat pukul 8.40 pg. Kete sewa tiba jam 9 pagi. Lepas tu husband terus drive menuju ke Matang Jaya. Hehe ingat lagi dia jalan di Kuching ni. Singgah di Choice Supermarket beli barang untuk masak2.

Call homestay masih ada org belum check out lagi. Katanya pukul 12.30 boleh masuk lepas buat housekeeping. So aku dan husband datang ke rumah member yang kebetulan cuti pada hari tersebut. Borak2 sambil siapkan bahan nak masak, pukul 12 kami baru dpt masuk homestay. Itupun cleaner tu kelam kabut cuci dan mop rumah tu.

Dan pukul 1 hingga 4 petang baru aku dapat buat program party dan coaching dengan team Tupperware aku.

Setup water filter.

Dua leader terbaik Mega Aces.Kim dan Kak Kasmah. Love you all ao much hehe


Lepas selesai team kami setuju untuk beli 3 Nano Water filteration dan daftar ahli baru. Kemudian belajar masak guna Wok Tupperchef Inspire. Pergh hah best betul kuali ni!! Jauh Kak Kasma bawa dari Klang haha

Kak Kasmah dan ank dia, Azura bermalam sekali di homestay kami. Senang sikit aku nak bawa ke mana2, sebab ini pun diorang first time datang ke Kuching. Mujur amik keta sewa jenis Saga, luas sikit nak berjalan ke mana2.

Malam tu kitorang tapau je makan kat kedai Ket Kitchen, Mayang Jaya sebab dah keletihan perjalanan datang ke sini. Kim balik ke hotel Grand Magherita sebab dia bawa mak dan ayah sekali dtg Kuching.

So sambung besok untuk berjalan2 di Kuching  memandangkan Hari Wesak pada 13 Mei ini. Aku dan anak2 pun tidur awal sebab penat gila perjalanan dari seremban ke batu pahat. Lepas tu dari Batu Pahat ke Senai pula nak kejar flight. Fuhh letih.



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...