Sempena cuti Hari Merdeka lepas, aku sekeluarga balik kampung kat Batu Pahat. Ceh balik kampung padahal balik rumah kat taman jek ahak ahak...
Balik Batu Pahat memang confirm aku dan husband cari port makan yang kami suka makan sejak dulu lagi... hehe salah satunya kalau nak sarapan kami akan pilih Mee Rebus Johor. Hah, kedai D'Merong ni terletak di Jalan Pasar Besar, berhadapan dengan pasar karat.
Mee rebus Johor ni bagi aku rasa dia special sebab dia ada letak taucu!! Rasa masam2 masin memang superb!! Kalu korang nak makan pagi bolehlah ke sini, harga semangkuk hanya RM4.00.
Dan tidak lupa jangan lupa singgah di kedai SUP SITAM. Terletak di Jalan Rahmat, betul2 di hadapan Bank HSBC dan bertentangan Pejabat POS Batu Pahat. Sup Sitam ni memang pekat dan mewah dengan rempah ratus.
Makan Sup Daging Kambing (gear box) cicah dengan roti memang sedaaaap!! Dibuka bermula jam 7.00 petang sehinggalah tengah malam (selagi stok masih ada...) Baik datang awal2 yek.
Harga bagi semangkuk anggaran dalam RM8.00 semangkuk (harga dah makin naik dulu masa aku bujang harga baru RM6.00 semangkuk)
Ada tempat lain kami makan malam di sekitar Batu pahat. Aku pernah share dalam blog ni. Boleh baca kat sini yek.
Jadilah kalau korang nak cuba bolehlah berkunjung kat situ. Kedai makanan lain banyak lagi cuma aku tak sempat share lagi. InshaAllah next time aku tulis lagi kat blog ni.
Balik Batu Pahat memang confirm aku dan husband cari port makan yang kami suka makan sejak dulu lagi... hehe salah satunya kalau nak sarapan kami akan pilih Mee Rebus Johor. Hah, kedai D'Merong ni terletak di Jalan Pasar Besar, berhadapan dengan pasar karat.
Pasar Karat berdekatan Pasar Besar Batu Pahat di Jalan Penggaram
Bersarapan dengan Mee Rebus Batu Pahat, yummmm
Mee rebus Johor ni bagi aku rasa dia special sebab dia ada letak taucu!! Rasa masam2 masin memang superb!! Kalu korang nak makan pagi bolehlah ke sini, harga semangkuk hanya RM4.00.
Dan tidak lupa jangan lupa singgah di kedai SUP SITAM. Terletak di Jalan Rahmat, betul2 di hadapan Bank HSBC dan bertentangan Pejabat POS Batu Pahat. Sup Sitam ni memang pekat dan mewah dengan rempah ratus.
Pak Sitam (yang pakai kopiah sibuk siapkan order sup)
Bank HSBC betul2 depan kedai Sup Sitam ni.
Pejabat Pos Batu Pahat, Jalan Rahmat bertentangan dengan kedai ni.
Tersenyum dapat makan sup Sitam :)
Sup Kambing Gear Box.
Ada tempat lain kami makan malam di sekitar Batu pahat. Aku pernah share dalam blog ni. Boleh baca kat sini yek.
Jadilah kalau korang nak cuba bolehlah berkunjung kat situ. Kedai makanan lain banyak lagi cuma aku tak sempat share lagi. InshaAllah next time aku tulis lagi kat blog ni.
No comments:
Post a Comment