Monday, September 29, 2014

TRIP TO KOTA KINABALU, SABAH- DAY 1


Percutian keluarga aku beramai2 ke Kota Kinabalu dari 23 - 25September 2014. Satu family besar - termasuk family abang aku, Hardy, adik aku dan mak serta ayah. Tiket dah booking masa bulan Mei 2014. Actually kami booking lambat sebab memandangkan abang aku dapat book seat free tarikh tu terlebih awal lagi (untuk family dia dan adik aku) jadi kami pun ikut tempah pada tarikh yang sama. Cuma dah lambat. Jadi jumlah harga tiket untuk 6 orang (anak2 termasuk mak dan ayah) flight Air Asia ialah RM1600++.

Mak dan Ayah samapai sehari awal dari Johor. Pagi tu bertolak dari BSS ke KLIA2 pada jam 7.00 pagi sebab flight kami pukul 10.00 pagi. Check in barang dan sarapan kat KLIA2. Aku kena parking kereta kat KLIA2. Itu je parking yang disediakan, betul...kalau parking sepah2 naya jek keta korang kena rantai dan tunda. Lagi bala nak bayar denda. Tak macam dulu kat LCCT memang banyak parking bersepah kat luar, tapi keselamatan tak jaminlah dan berjemur tengah panas. Kos parking kereta aku selama 3 hari ialah RM126.00


Duduk satu baris dgn anak2.




Perjalanan dlm 2 jam 30 minit, lamanya. Anak2 dah boring dah tak nak duduk diam. Brrjalan sana sini.


Tolak 770 kos penginapan, jadi pakej ke kundasang termasuk transport dan tiket masuk dan makan malam 2 hari 11 orang ialah RM2220.


Touch down kat Airport KK jam 12.30 tengahari, driver van dah tunggu. Hardy dah booking dengan AIRbORNE Tranportation. Pakej termasuk makan malam dan perjalanan ke Kundasang. Actually ada dua plan sama ada berjalan ke pulau2 atau ke Kundasang sebab masa singkat. Jadi dah berpakat kami pilih Kundasang. So next time, boleh jalan pulau2 bila datang lagi ke sini :p

Kami pilih Marina Court Penthouse Apartment terletak di Jalan Api-Api. MArina Court Penthouse paling atas sekali, memandangkan ada 11 orang yang dalam satu rombongan jadi amik penthouse. Semua sumbat sekali dalam satu rumah, lagi jimat!! Aku tempah dalam Booking.com. Harga bagi 3 hari 2 malam ialah RM1120.00. Oklah, dari nak stay hotel amik 3-4 bilik mahal beb cecah 2k+++ tau!!

Sebab Check in pukul 2.00 ptg, kami makan tengahari dulu di Restorant Sri Sembilan Ria. U'oalls pun tahu kan Sabah masanya lebih pantas sejam dari semenanjung. Jadi lauk pun banyak dah abis, tinggal saki baki. Makan tengahari apa jela yang ada...

Dah makan, pukul 2.15 masuk MArina Court, tuan rumah Mr Peter dah tunggu. Bagi kunci, check bilik2 dan bayar terus kat dia. Checkout pukul 12.00 tengahari katanya. OK, sebab memang ramai rombongan yang masuk homestay dia.






Tunggu rombongan kedua, family Hardy dan Helmy sekali. Flight diorang 12.30 pm jadi sampai jam 3.00 petang lebih. Aku dan anak2 sempat tidur dulu hehe. Bila diorang sampai je, sembahyang jamak kitorang pun terus gerak turun bawah, jalan kaki ramai2 ke Pasar Filiphino dan Waterfront dia. Nak tengok sunset dalam jam 6.15 pm.




Lobster, 100g =rm18.00. Yang besar paling kanan tu dalam 2kg. 

Banyak ikan yang baru dan segar. 

Wow, ikan bakar yang segar!!


Pak Su sibuk layan anak2 sedara kat luar pasar kraftangan.

Di belakang kelihatan Hardy tgh boring tunggu kaum ibu duduk window shopping dalam pasar tu. Haha aku rasa dalam blog aku ni bnyk muka dia tengah boring tunggu orang shopping.


Emak leka tengok mutiara dlm pasar tu..

Pasar Filiphina atau pasar kraftangan KK.


Boleh tawar menawar harga barang yang kita berkenan.



Subahanallah, indahnya ciptaan Allah.


Amik gambar di depan Waterfront KK.

Lepas dah sunset, call driver van datang amik untuk dinner kat restaurant Rasa Kapitan- ala Baba dan Nyonya (kat Sabah pun ada ye, ingat kat Melaka jer).  Makan lah masakan Baba dan Nyonya gitew... Lapar!!

R3staurant Rasa Kapitan, Program Jalan2 cari Makan TV3 pun dah sampai sini.

Punyalah lapar, gambar pun dah tak sempat amik dah. Tau2 dah licin makan huhuhu.


Lepas makan, driver turunkan kami di Pasar Malam berhampiran dengan Pasar Filiphino. MAcam2 jual kat sini, lebih2 lagi barang yang berasaskan mutiara macam kerongsang, gelang, rantai dan aksesori macam tali pinggang dan dompet.


Dah puas round dan shopping (takde pun shopping sangat) balik semula ke Marina Court dan semua kepenatan, lepas bual2 minum kopi semua pun Zzzz tidur....


3 comments:

  1. Salam..kak, ade x nombor Airborne Trasportation tu? TQ.

    ReplyDelete
  2. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Tel : 0129600702 / 0163751978
    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    *Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

    Hubungi kami
    0129600702
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...