Sunday, May 31, 2015

Royal Floria Putrajaya 2015

Hari Sabtu aku dan husband memang dah plan awal2 nak ke Pesta Floria 30 Mei ni. Nak bawa anak2 tengok pokok bunga. Diorang memang suka tengok pokok bunga. Last kami pergi tahun 2013, aku ada ceritakan di sini.


Bayaran masuk RM5.00 utk dewasa. 

Sebelum berjalan2 kita makan dulu kat depan tapak pesta, kalau tak nanti takde tenaga nak jalan2 pusing keliling pesta. Menu nasi ayam dan ikan pecal. Harga RM7 satu hidangan.




Pertandingan orkid.


Ada pertandingan gubahan dan hiasan berkonsepkan bunga peringkat sekolah dan IPT. 

Bunga ros yang gemok2 mcm cup cake jer. Rasa nk makan bunga tuh, lols

Tema tahun ni bunga lili. Sempena Keputeraan Agong kita pada 6 Jun nanti. 

Nak posing depan bunga lily!!

Mini garden.

Lily lagi, merata2 bunga spesis ni. Dah tema dia kan...

Kejar anak2 berlarian dlm taman firdausi hahaha

Bagitau ayah korang nak ke mana, nanti ayah kayuh beca yek :p

Tengok ank itik berenang2 tepi tasik..



Limpahan bunga

House of pentunia

Periuk kera

Cari tempat teduh sbb cuaca panas....





Banyak betul orkid2 ni

Rumah replika Melaka.

Bunga2 lily


Sempat aku jadi cameragirl gitew...


Cat house, ada pertandingan kucing2 kat sini. Boleh tgk kucing2 yg gemoks dan malas hehehe. Depa ni kenyang agaknyer. 
Pergi pukul 2 petang, memang terik juga. Cuma rumah spring dan winter kami tak masuk sebab beratur mak aii bukan main panjang. Dah ler panas terik. Tak sanggup aku. 

Balik dalam pukul 4.30. Mak buyung dah nak patah pinggang berjalan hehehe. Husband kata tahun ni macam kureng sikit compare tahun kami pergi dulu. 

Anda semua boleh pergi bermula 30 Mei sehingga 7 Jun 2015. Bawa air banyak sebab takut badan dehidrat. Seelok2 pergi waktu pagi kan. 




Saturday, May 30, 2015

Cuti pertengahan semester bermula dah!

Semalam sekolah Pasti ada buat potluck sempena Hari Guru. Kitorang betul2 terlupa. Pagi tu baru teringat. Kelam kabut goreng nugget dlm fridge. Mujur ada stok wei... Adoi macamna ler boleh lupa. Bila balik dari sekolah Umar dan Qaireen terus bagitau minggu depan dah cuti!! Ok.. .

Kat sekolah Pasti ada buat program membaca selama 3 hari. Prlajar2 yang berminat boleh buat bayaran RM50. Dan program tu ada qialmulai.

Hm tak pe lah. Nti si Umar tertanya2 pulak bila ibu dan ayah nak datang amik diorang dari sekolah. Lagipun diorang kecik lagi. Huhuhu..

Umar excited tunjuk hadiah. Kakak dia pun sama. Bukan cikgu ke yg patut dapat hadiah??

ooo diorang batu lepas abis periksa pertengahan tahun. Mualimah ada whatassap tp kitorang tak perasan :p


Kebetulan dua2 dapat no yang sama. Tak kisah lah. Janji korang pandai mengeja membaca dan mengira. 



Wednesday, May 20, 2015

Brunfield Riverview Apartment For Rent

Brunfield Riverview Apartment For Rent

BILIK ASRAMA UNTUK DISEWAKAN (Facebook). 
Lokasi : Seksyen 13 Shah Alam
Status : Sewa
Sewaan: RM1800/month
Jenis Rumah : Service Apartment
Saiz : 907 Sq.Ft
Bilik Tidur : 4 Unit ( 1 bilik untuk 2 orang = 8 orang)
Bilik Air : 2 Unit
Kelengkapan : partially Furnished (Kitchen, washing machine, water heater, setiap bilik dilengkapi 2 bed frame, tilam, kipas and 2 locker)
Kelengkapan Lain : Furnish as per request
Fasiliti : Balcony Patio / Cable TV / Swimming Pool
Lokasi Berhampiran :
- Walking distance to MSU, Politeknik Shah Alam, Tesco and Giant Shah Alam
- 3 min drive to Tesco, Tesco Extra, Stadium Shah Alam & Shah Alam City Center.
- 5 min drive to UiTM, PKNS Complex, SACC Mall, Plaza Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Wet World Water Park.
- 10 min drive to Subang Aeon Big, Subang Parade, Empire Shopping Gallery.
- 15 min drive to i-City, JUSCO Bukit Raja Klang.
Laluan Keluar-Masuk Yang Mudah : Lebuhraya
Persekutuan / Elite / Kesas / NKVE / SKVE
Kindly contact QIU SHAH/Aiman 0193005550  (for viewing/booking










Kindly contact

QIU SHAH/Aiman 0193005550 
 (for viewing/booking ). 

Dilemma IT - Blended E-learning!!

Dalam buku Robert Kiyosaki ada bagitau, kita sekarang ni dah masuk zaman "Information Age"... Dah ada Facebook, Instagram, Whatassap, Google dan macam2 lagilah. Semua serba pantas... Zaman teknologi semua maklumat di hujung tangan. Sekarang nak cari apa2 mesti tekan google jer hahaha. Aku tengok Program TV9,  Mr X-Lari, bila cikgu tu tanya soalan, peserta keluar handphone google cari jawapan kan kan kan...

Apa susah, kita GOOGLE jer hah!!!

Dalam 2 minggu ni aku ikuti kursus dan seminar berkaitan IT. Minggu pertama, belajar buat E-book dahsyat klasss... lepas takde guna kertas2 dah semua download jer pakai ebook kan. Go Green!! Tapi ni bukan sebarang ebook. Selalu aku dapat E book macam sama jer dengan buku kertas.

Ebook yang tradisonal punya, boring kan macam buku biasa jer..


Bagus guna aplikasi ni, nak buat ebook pun senang.. Sesuai untuk penulis ebook nak publish karya korang. 


Janji ada nota yang dah dibuat secara Powerpoint. nanti boleh upload jadi ebook. 

Boleh letak video, animasi dan link website. Kena kreatif. Aku rasa lebih kurang konsep macam powerpoint jek tapi bagusnya dia macam buku virtual... Boleh selak2 buku secara virtual... Buat scrap book pun bagus. Photo album ker. Ada muzik lagi. Nak letak lagu nasyid pon boleh!!!

Buat nota Termodinamik.

Ni pun background tak berapa hebat pun. Kalau korang nak bagi pembaca ebook korang rasa umpama membaca atas hamparan padang, sambil melihat awan bergerak dan disinari cahaya matahari pagi pun boleh :) Hebat kan, lols.

Peserta kursus terdiri lecturer JKM. 

Dan hari ni, ada taklimat berkaitan blended E-learning di Politeknik Port Dickson. Taklimat khas dari Jabatan Pemgajian Politeknik. Tiga jam beb, lenguh belakang aku duduk lama dalam dewan tu. Berkaitan dengan pengajaran secara teknologi. Pengunaan aplikasi Cidos secara besar2an. Pensyarah kena berubah tak hanya bergantung kepada 'chalk and talk' sahaja... Mesti ada melibatkan networking. Pembelajaran yang moden, bukan tradisional lagi. 

Blended learning. Berubah????



Insha Allah boleh berubah, janganlah anggap pensyarah2 ni spesis dinosur. Tak boleh terima perubahan. 

Lagi pun memang menyenangkan kerja kami. Sungguh. Aku pun cukup suka pakai secara online. Cepat, pantas dan efisyen. Cuma jadi soalan, pelajar2 juga mahu kena berubah. Aku tertarik sesi Q&A tadi, seorang lecturer mengutarakan masalah kelas online dan flipper class ni ialah.... dia dah buat macam secara online dan cidos, tapi pelajar yang tak nak nak guna! Dia dah jadi give up :P
" BANG!!" itu yang sebetulnya...hahaha setuju. Aku pun hadap masalah tu sejak di Politeknik Kuching 2011 dulu. 

Taksub guna CIDOS, 
siapa ler kata lecturer tak nak berubah. 

CIDOS 2.5, memang cepat dan pantas. 


Sekarang ni dah ada CIDOS 2.5 baru. Senang nak letak macam2 dalam tu termasuk video, forum dan link untuk rujukan. Tapi pelajar2 yang banyak songeh- bagi alasan susah gunakan aplikasi tu.. Ada yang tak pernah langsung 'log in' nak masuk portal ni. Isk, isk... Aku dah guna aplikasi di zaman belajar universiti aku 10 tahun lepas, hari2 bukak online check announcement lecturer2 aku. Tapi boleh budak2 zaman sekarang cakap tak pandai, tak rajin nak guna??!

wahal FB pandai, Selfie pandai, Whatassap pandai. Kalau tak masakan aku tengah mengajar diorang sibuk belek handphone sampai kena baling marker dengan aku :P

So aku rasa sepatutnya sesi Blended E learning sewajarnya diperhebatkan dikalangan pelajar2 bukan setakat pengajar jer. Supaya pelajar2 ni tahu kemudahan teknologi sekarang ni bukan setakat pandai GOOGLE sahaja....

Kbai...!!



Friday, May 15, 2015

Hadiah Hari Guru 2015

Hari ini 16 Mei 2015, Hari Guru. Hari khamis sebelum itu, aku balutkan hadiah untuk mualimah2 Pasti Qaireen dan Umar. Tahun ni tahun terakhir Qaireen di Pasti, tahun depan dia dah masuk darjah 1. Tadika Pasti di sini tak raikan hari Guru, sebab tu tiada permintaan hadiah daripada anak2 untuk cikgu2 diorang macam sesetengah tadika yang lain.

Tapi atas tanda terima kasih, aku berikan hadiah tak seberapa ni sebab mereka banyak bantu mendidik dan menjaga Qaireen dan Umar.

Bagi tupperware, hadiah dah lama tak beli cuma tak bungkus2 lagi. Dah siap bungkus, cuma tinggal nak ikat reben.

Suruh Qaireen tulis ucapan pada kertas untuk bagi cikgu2 dia. Buat simple2 saja jek.

Umar pun nak join sekali.

Yeah, siap dah tulis. 

Hehe ringkas je tulis. Sebab dah jauh malam, mata semua dah mengantuk. Cepat2 tampal dan lekat ucapan di goodies bag. Pesan kat Qaireen nanti pagi bagi terus pada mualimah dia.

Petang semalam balik sekolah, Qaireen sibuk nk tunjuk sesuatu pada aku. Ada benda nak bagi kat ibu...


Kad untuk Hari Ibu... hari ni diorang buat kad sendiri untuk bagi kat ibu masing2. Satu Umar buat, 1 lagi Qaireen buat hehehe. Balik rumah diorang siap tampal kat fridge.


Selamat hari guru kepada semua pendidik di Malaysia :)




Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...