Showing posts with label Durian kampung. Show all posts
Showing posts with label Durian kampung. Show all posts

Thursday, June 2, 2016

Musin durian kat Changkat Jering

Memang sekarang tengah musim durian luruh. Jadi kebetulan kami balik ke Taiping ikut jalan Kuala Kangsar-Bukit Gantang memang berderet gerai2 jual buah durian 😁😁

Jalan Taiping-bukit Gantang

Gerai2 durian terpacak sana simi

Sampai2 besok paklang mai bawak durian bukit baru luruh. First durian dia luruh terus antar umah mak.

Kalau tengok kat kampung sekitar semua motor pakat2 ada raga pasang kat belakang pasal nak isi buah durian 😆😆

Balik kampung cheh, abang husband pass lagi durian kat kami. Jadi kerja kami sepanjang duduk kat kampung makan durian sesaja ler..


Umar yang hantu durian hahaha.


Tengok sampai dua tangan pegang durian, tamak sungguh ler dia nak sumbat durian dalam mulut 😂😂

Besok jejalan ke Kuala Kangsar saja2 nak jalan. Perkena cendol dan laksa dekat sungai perak tu.

Qaireen requast nak makan cendol

Besar sungai Perak

Nama pun cuti sekolah kan. Bawak jela pusing2 kat area sini.

Ilhan kena gigit dek nyamuk sesaja bila balik kampung ahaha. Bertempek ubat kat muka dan badan dia.

Masjid ubudiah. 

Duduk 3 hari kat kampung balim seremban confirm kena bawak balik durian hahaha. Kena tahan bau durian sikit dalam kete avanza. Mak dak bagi daun pandan banyak betul pada kami untuk kurangkan pening bau durian dalam kete nanti.

Hah, amik ko sebalang tempoyak buat bekalan ahaha 😂😂

Nyum nyum nyum!!





Friday, July 10, 2015

Makan durian kampung Perak...

Kebetulan durian kat kampung di Perak dah luruh. Memandangkan kami sekeluarga balik Hari Raya nanti jadi tak sempat nk tunggu nak makan durian. So abang Husband kirimkan dengan lori Polis (kebetulan ada staf berpindah dari selatan ke utara).

Durian sampai kat tol Senawang dekat jam 3 pagi, aku pun tak sedar dari tidur. Husband yg drive keluar pergi amik. Time sahur aku turun mak aii bau semerbak durian satu rumah. Letak roti sebab nak kurangkan bau :P

Banyak juga durian yang dibaginya. 

Hahaha budak2 ni bangun tidur pas mandi terus nak makan durian. Memang peminat durian...

Qaireen tak puasa, makan durian punya pasal hehehe

Umar pun sama....

Suka ler tu, lepas hajat diorang sebut2 nak makan durian... Alhamdulilah. Lebihan buah tu aku buat serawa durian. Dan pass sikit kat adik ipar yang duduk di KL.



Thursday, July 17, 2014

Balik kampung di Taiping.

Minggu lepas, hari Sabtu 12 Julai 2014 kami bertolak pagi balik ke Taiping, Perak. Menziarahi orang tua kami, lagipun kebetulan musim durian di sana. Durian berlambak2, mak kata. Sebab bulan puasa jadi kurang orang nak beli dan makan durian. Lagipun semua dusun durian menjadi tahun ni, jadi harga pun jatuh sangat. tak sampai seringgit pun sekilo huhuhu.

Bila sampai lepas berbuka, abang husband ajak pergi ke dusun malam tu kutip durian gugur. Huiyoo dah ler gelap gelita, jalan tak berlampu pastu masuk ke kawasan belukar. Tapi nak merasa durian baru sangat aku ikut juga,Qaireen tinggal kat rumah opah. Tapi Umar degil nak ikut jadi aku kena tunggu jela kat kereta dengan Yoh, adik ipar sementara husband dan abang dia menyuluh cari durian gugur.





  



Besok pagi, kami pergi bandar Taiping. Nak shopping baju raya anak-anak. Takde le shopping kat Sogo ker, Mega Mall ker. Pergi beli kat The Stor Taiping aje, hehehe. Baju diorang dah kecik, dah setahun lebih, jadi lusuh. Kesian anak aku pakai baju lusuh dan kecik.



Sunday, December 15, 2013

Memburu Durian Kampung.

Dah janji dengan kawan sepejabat yang Sabtu lepas kami akan datang ke kampungnya di Labu nk beli durian. Memang durian fresh betul dari kebun makcik dia. Jadi pagi-pagi dalam pukul 9.00 pagi kami sampai di Kampung Plengong, Labu.


Waktu pagi2 macam ni kat kampung memang mendamaikan. Banyak juga pokok buah-buahan macam rambutan, manggis dan durian. Merata-rata. Sempat juga kait buah rambutan kat depan rumah member ni hehehe.

Umar dapat rambutan kait kat pokok di rumah Aunty Fizah.


Dapat kumpul durian dalam 17 bijik. Harga RM45. Memang murah betul.
Balik rumah memang terus bukak, Qaireen dan Umar dah tak sabar nak makan.

Makan time!!

Sedapnya Qaireen makan, terpejam-pejam mata menikmati durian hehe.

1 biji dah dihabiskan diorang, belum ibu dan ayah lagi :)


Ada baki buah buat serawa durian. Yummy. Cicah dengan roti. Thanks kak fiza atas durian kampung tu :)



Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...