Thursday, April 14, 2016

Garden Plaza , penyewa dah datang...

Kunci unit ni aku dah terima awal tahun ni, selepas selesai semua payment yang berkaitan dengan developer dan bank. Jadi selesai VP dan dah siap check defect, 'make over' bilik maka aku keluarkan lah iklan untuk menyeru penyewa2 dari syurga datang hahaha. 

Cik Rohaniah Noor merupakan mentor yang aku respect dan banyak belajar dari dia. Memang dia banyak fokus di area Cyberjaya. 

Tapi adat dalam hartanah. Lain lokasi lain demand dia. Kalau di Shah Alam, satu unit banyak bilik memang hot sebab penyewa nak murah. Yang ni kami buat di Seksyen 13,Shah Alam. Dari 3 bilik kami tambah lagi jadi 4 bilik. Tapi lain citer pulak di Cyberjaya. Rata2 student LKW (foreign) atau worker memang mahukan satu studio yang hanya ada 1 bilik saja. Tak nak banyak bilik dan ramai penyewa share dalam tu T_T. Macam pelik sebab kalau unit keluasan 450sft dan hanya ada 1 bilik jadi rebutan. Diorang ni duit terlebih, mana kisah nak bayar sewa RM1k++ janji ada studio yang privasi yang tepati citarasa diorang. hmmm...Jadi unit yang ada 3 bilik ni jadi slow demand dia T_T..


Sebelum renovate, partition terbuka di atas dalam 2 kaki. Sebenarnya untuk bagi udara circulation dari aircond masuk ke dalam bilik2 yang ada. 

Nak sewa bilik boleh jalan, tapi kebanyakan mereka yang view tak berkenan dengan partition bilik ni. Semua yang bertanya, dinding dia tak bertutup penuh eh?? Hahaha memang betul. Rasa pelik pulak kalau bilik itu atas dia terbuka macam filem P. Ramlee - Masam Masam Manis. Kot2 boleh pulak terjadi macam filem tu, haru!!! 





Tetiba orang sebelah dok skodeng kita, tak ke naya T_T

Problem solving, kita buat plan lain - kena renovate. Tambah dinding penuh dan pasang aircond semua bilik. Jadi kisah renovate aku dah citer kat sini. 


Sebenarnya bila dah pasang aircond ada problem pada saluran piping aircond. MR Lim kata itu defect di bawah tanggungjawab developer. Jadi buat report kat office management. Ok, contractor developer janji sekian2 tarikh dan jam berapa diorang akan datang. Tapi hampeh, bila janji tak datang2 pun check dan baiki. Husband aku jadi bengang pasai diorang ni dah jatuh kategori munafik ni! janji2 tapi tak muncul2 kui kui kui.. Letih menunggu wei...

Then minggu lepas dah sound  pada management, baru ler diorang betulkan. Dah siap repair, baru aku contact Lim Contractor untuk bersihkan unit dan bayar payment. Total semua RM5k++ (termasuk 2 bijik aircond, pasang dinding dan reinstall piping aircong lama dan pintu jeriji). 


Dinding dah jadi full partition. Masa ni ada orang datang view tengok bilik. Kira husband dah jadi Mak Minah tengah terangkan pada bakal penyewa2 miahahaha. Aku jadi pemerhati je memandangkan yang datang jantan2 je, pompuan takde. 

Bila siap je  unit, terus bertalu2 call dan message untuk view unit. Jadi kena buat appointment untuk view, memang on time diorang datang. Terus closed, jadi nak amik bilik tu. Sebab memang dekat betul tempat diorang kerja. Tak larat nak berulang alik jauh, lepas tu cuaca panas mengila sekarang ni. Lagipun bulan puasa nak dekat jadi diorang nak cari tempat tinggal dengan opis masing2. Diorang pun suka tengok unit ni bila masuk, terus cop bilik mana diorang nak. 

Disebabkan hanya satu parking kereta sahaja disediakan untuk setiap unit, aku sewakan juga untuk sesiapa yang mahu sebab tak nak mereka berebut. First come first serve okey. Dan semalam tenant datang dan tandatangan agrement dan bagi deposit sewa dan api air. Kunci diserahkan. Minggu ni mereka nak pindah masuk terus. Harap adik2 ni jagalah unit akak baik2 yek... Tinggal 1 bilik, khusus untuk lelaki dan muslim sahaja ye. InshaAllah bulan ni penuh semua bilik . 

Conclusion, kena ada backup plan bila nak buat sesuatu. Cepat cari idea dan pantas bertindak. Capital atau modal perlu sedia ada untuk buat semua ni. Buat unit kepada bilik2 ni supaya dapat cashflow positif. Dan nak tambat hati prospek kena 'make over' unit lawa2 punya. Tapi takde guna banyak bajet pun, cuma cat dinding dan letak cadar, langsir dan frame gambar pun dah cukup. Jadi menarik dan lawa sikit dari unit lain2 kan! (ikhlas aku bagitau rumah kami pun tidak secantik, lawa dan selengkap ini huhuhu). 




Agreement dah siap tandatangan, cuma tinggal untuk matikan setem hasil di pejabat LHDN. 
Alhamdulilah. 


No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...