Monday, April 18, 2016

Makan malam|| PAsta

Korang kalu ibu bekerja confirm bila balik kerja terpikir2 nak masak apa malam nanti nak bagi anak2 dan en somi makan kan. Lagi haru tak tau nak makan apa sebab dah kering idea. Bukan apa, kalau boleh nak masakan benda yang simple tapi cukup seimbang semua ada. 1 hidangan pun dah cukup!. Then boleh kena pulak semua selera orang dalam rumah tu. Ni tak, sorang nak mi, sorang nak nasi, sorang nak pasta, dan sorang blur tak tau nak makan apa, makan ajelah ikut kita nak makan T_T.

Mujur yang kecik, Ilhan tu tak makan apa2 lagi. Tunggu lah dah besar nanti request macam2 suruh ibu dia masak. Minggu ni husband tak de mesyuarat selama 3 hari. Jadi nak masak kalau ada anak kecik memang mencabar sebab tak de orang nak tengok2 kan dia. Takut nak biar sorang2 kot dia main capai telan benda2 yang bahaya huhuhu . Setiap minggu aku dan suami vakum dan mop rumah ni.

So malam tadi aku masak pasta jer, balik kerja pesan kat Qaireen tengok adik jap. Ibu menyinsing lengan baju terus ke dapur masuk!!Masak pasta cepat tapi ringkas, semua bahan aku buh dalam tu. senang, diorang nak makan pun takde cerewet tak nak bawang ler, tak sayur ler. Yang penting cincang lumat2 deh...


Dalam setengah jam siap untuk dimakan. Tapi makan lepas diorang solat dan mengaji iqra'. Disebabkan 3 hari tak dapat antar ngaji, aku yang ajar diorang baca iqra. Garang wei ibu ni :))

Masak 3 cawan pasta. Hasilnya... LICIN. Ya rabbi...makan 3 orang je pun ahaha!! Nak resipi, ada kat bawah tu... 






No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...