Sunday, May 8, 2016

Pasang meja Ikea.

Produk Ikea memang terbaik. Berkualiti dan mudah dipasang walaupun sekadar ikut manual yang diberi. Walaupun harga mahal tapi berbaloi, memang puas hati. Sebab tu orang berebut beli kan lebih2 lagi time dia buat sales. Tapi aku tak minat pulak nak berebut2 atau berasak2 semata-mata nak grab barang time Ikea buat offer T_T.

Masa cuti Israk Mikraj, aku sekeluarga pergi Wisma Mah Sing collect dokumen dan cek, lepas tu cadang terus ke Ikea Cheras. Rupa2 nyer 5 minit je dari Wisma Mah Sing ke sana alahai dekat betul. Waktu tu Ikea lengang sebab Selangor dan KL tak ambil cuti pada hari Israk Mikraj.


Pukul 11 pagi dah sampai sini. Tengah tunggu staff Mah Sing amik dokumen dan cek. 

Tak sampai lima minit dari Wisma Mah Sing dah sampai kat Ikea Cheras. Belakang sikit tu jer.. Kosong kan :))))

Kat Ikea, survey barang2 dan cari meja belajar Qairen dan rak buku2 dia. Dah banyak sangat buku, tak de rak rasa macam bersepah2 buku dia. Qaireen pun suka amik buku dan baca tapi dia tak pandai simpan balik kat tempat asal. Jadi sudahnya buku dia bersepah merata2. Hopefully lepas ni dia disiplin simpan balik buku kat rak buku baru dia :)

Part2 meja belajar Qaireen, mujur muat2 dapat sumbat kotak meja ni dalam kereta Avanza kami T_T

Tada.... Siap dah pasang. Sejam juga husband memasangnya. Harga meja ni RM199.00 tapi kualiti produk Ikea memang terboik!! Senang dan mudah nak pasang sebab manual dia lengkap. Dengan ada meja ni Qaireen selesa sikit nak buat kerja rumah dia nanti.







No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...