Sekarang ni ramai pelabur otai hartanah seperti Tuan Faizul Ridzuan, Abang Hensem, Shafie Bustan dan Tuan Zaidi Ismail share tentang e-book "Takde Duit Boleh Beli Rumah ke?". Dalam e-book ni menceritakan bagaimana 12 pakar hartanah beli rumah tanpa perlukan modal yang besar.
Jadi aku kongsikan sikit pengalaman atau nak ceritakan bagaimana aku beli 1 unit di Cyberjaya dengan bermodalkan hanya RM1k sahaja!! YA,SERIBU RINGGIT jer, kalau nak beli Iphone memang tak lepas pun tapi boleh pulak beli sebijik hartanah kan ahaha. Jadi bila ada orang kata tak mampu beli rumah tapi mampu beli kereta dan Iphone atau Samsung Galaxy yang version terbaru- aku cuma mampu garu kepala sahajalah.
Kisahnya pada suatu hari sekitar awal tahun 2013....ewah... Aku menerima email dari Cik Rohaniah Noor (RN)..
Aku dengan Tuan Shafie Bustan. Masa ni baru abis sesi seminar anjuran Rohaniah Noor di Cyberjaya.
Jadi aku kongsikan sikit pengalaman atau nak ceritakan bagaimana aku beli 1 unit di Cyberjaya dengan bermodalkan hanya RM1k sahaja!! YA,SERIBU RINGGIT jer, kalau nak beli Iphone memang tak lepas pun tapi boleh pulak beli sebijik hartanah kan ahaha. Jadi bila ada orang kata tak mampu beli rumah tapi mampu beli kereta dan Iphone atau Samsung Galaxy yang version terbaru- aku cuma mampu garu kepala sahajalah.
Kisahnya pada suatu hari sekitar awal tahun 2013....ewah... Aku menerima email dari Cik Rohaniah Noor (RN)..
Jadi korang baca dan hadamkan betul2 yek... Fuh panjang berjela RN taip tu nak kupas pasal property ni.
DIBS boleh korang google cari apa benda tu. Bahasa senang -tak perlu progress payment (PP) sebab ditanggung oleh pemaju. DIBS kemudian kena banned oleh BNM hujung 2013, sebab dikhuatiri mewujudkan banyak spekulator hartanah.
Masa aku pergi booking, hanya klik Cik RN sahaja yang datang kiranya ini 'secret group'lah yek (Kelab Alien Hartawan), rasa tak sampai 20 orang. Kira pembelian hartanah secara berjemaah ahaha - harap maklum bahawa ini bukan skim rumah 'Al-papa'. Agak berebut, beli rumah macam beli sayur T_T. Mujur sempat dapatkan satu unit di level bawah sikit (sebab projek high rise makin tinggi makin meningkat harga dia tuuuu).
Kelab Alien - mahkluk asing yang terasing dari dunia lain hahaha.
RN maksudkan 'alien' ialah bila kita berkecimpung dalam bidang ni serta merta kita menjadi orang asing sebab tiada ramai yang faham apa yang kita buat T_T.
RN ada ceritakan kisah ni dalam blog beliau. Boleh baca di sini.
Jadi proses pembelian mudah, sebab rekod CCRIS kita cantik! Gaji aku kecik je time tu masih pakai kelulusan diploma T_T. Hantar permohonan pinjaman kepada tiga bank serentak, alhamdulilah dua bank lulus. Satu bank tak sebab bank internasional kan, syarat ketat sikit hmmm. Kemudian adalah bayaran sedikit pada fees lawyer dalam RM1.5k.
Seterusnya perjalanan cerita dia korang bacalah sendiri kat link bawah ni. Malas lah aku nak story sekali lagi. Dari citer dapat VP sampailah penyewa masuk. Alhamduliah dapat positif cash flow dan penyewa memang baik2 (tuan rumah niat baik inshaAllah penyewa pun dapat baik kan....)😊
Tapi INGAT! Aku share sebab tidak semua perkara itu manis, ada juga cerita pahit dia. Tapi Alhamdulilah inilah pembelajaran dan pengalaman berguna untuk aku dan suami kongsikan pada anak2 kami agar mereka faham di masa akan datang. Terima kasih banyak kepada Cik Rohaniah Noor atas segala perkongsian ilmu yang beliau berikan sepanjang kami mengenali beliau T_T. Semoga Allah merahmati dan sentiasa melindungi beliau, amin...
No comments:
Post a Comment