Masa memulakan misi turunkan berat badan, aku banyak follow daripada Kevin Zahri dan blog sususejat.com. Aku takde join pun Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) tu... Cuma banyak ambil input daripada apa yang dia bagitau dalam you tube atau dalam website dia. Terutama dari segi senaman dan workout. Kalau dalam blog sususejat pulak, aku dapat banyak input dari segi permakanan dan definasi pembakaran kalori yang betul. Banyak betul input di dalam blog ini.
Jadi apa yang aku dengar dan fahami daripada fitness trainer tersohor -Kevin Zahri, untuk turunkan berat badan ialah melalui 80% daripada permakanan dan 20% lagi daripada senaman. Jadi update aku hari ni berkaitan senaman aku buat.
Nak merealisasikan target turunkan berat badan, aku meletakkan sasaran turun 1 kg dalam masa 10 hari T_T... Dalam bahasa matematiknya 10 dayS = -1kg. Agak2 realiti juga lah sasaran aku kan. Takkan nak dalam 10 hari boleh turun 10kg, agak2 lah kau jah!! Dah bertahun2 kau simpan lemak, lepas tu dengan semudah itu jer kau nak buang lemak2 ni??! Gila ke hapa bukan senang tau hua hua hua!!
Tapi alhamdulilah, setelah 60 hari melakukan misi, aku berjaya kurangkan 6kg dalam tempoh tersebut... Suka tak!! Suka tak!! Mestilah, target berada dalam landasan yang betul kan..
Masa bulan pertama aku mula dengan jenis senaman kardio. Jadi pilihan aku adalah cross tariner dan senaman aerobik. Time tu fuhhh peluh dia berjurai2 dalam masa 30 minit senaman.

Bilik untuk aku buat senaman atau workout. Aku panggil bilik perah lemak ahahaha!!
Actually ini bilik anak bujang kami, cuma belum setup lagi perabot dalam tu. Jadi dari terbiar kosong baik aku guna untuk buat senaman di dalam ni.
Cross trainer, aku beli ni tahun 2013. Harga dalam RM2500 after diskaun. Tak rugi beli ni, pelaburan kesihatan di masa akan datang. Ada aku share citer beli benda ni kat sini.
Dalam ni aku pasang laptop aku masa zaman student U. Jadi aku download mana2 video senaman yang bagus dalam youtube dan pasang kat laptop ni bila workout. Selain tu, ada map, tali skipping dan dumbell. Map ni aku beli kat Tesco jer, murah dalam Rm30 ++. Tali skipping beli kat kedai sukan di PD, dalam RM12.00 jer.
Dumbell ini aku beli kat kedai Fitness Concept di Aeon Seremban 2. Masa tu ada sales sempena hujung tahun dan Krismas.
Ada dua jenis dumbell yang aku beli. Satu berat 3 pound. Aku pilih rasa2 ikut berat dan tinggi aku, kalau amik yang ringan2 nanti kang tak jadi apa2 pulak kesan dia. Kui kui kui perasan ler tu. Macam ler aku ni 'gagah' sangat kan. Angkat ni lebih dari 10 kali dah rasa lenguh T_T
Yang ni paling berat, 10 pound. Aku beli untuk husband pakai.
Tapi last2 aku jer yang guna pun.
Tapi last2 aku jer yang guna pun.
Bila dah masuk bulan kedua, baru aku start buat weight traning sambil2 tu support dengan senaman kardio. Sebab aku tak nak hilang kehilangan otot dalam misi turunkan berat badan. Nak kekalkan otot, hilangkan lemak sahaja.
Waktu aku lakukan senaman adalah pada waktu petang kalau hari aku bekerja. Hmm dapatlah kejar buat dalam 30 minit sahaja, yelah time tu aku berebut nak masak makan malam dan solat maghrib lagi. Masa mulakan misi ni, anak2 aku dah start cuti sekolah (bulan Nov nak masuk Disember). Jadi dapat balik awal sikit. Sekarang ni anak2 dah masuk sekolah balik, jadi sampai rumah memang lambat. Kadang2 aku tak sempat nak workout waktu petang.
Kalau hari cuti, selepas solat subuh, pukul 7 pagi aku sarapan alas perut sebelum buat workout. Masa ni aku amik 1 jam hingga 1 setengah jam. Balas dendam!! Memang peluh berjurai2 tak hingat. Tapi best! Jadi kalau husband ajak balik kampung atau ke mana2 rasa macam payah sikit je hahaha sebab aku susah dah nak tinggalkan rutin senaman aku ni. Misi kena fokus, baru capai sasaran.
Nanti aku share video2 yang mana aku follow sepanjang aku buat workout selama, lagipun hari dah petang. Nak amik anak2 balik dari KAFA okey..
No comments:
Post a Comment