Showing posts with label workout. Show all posts
Showing posts with label workout. Show all posts

Friday, January 19, 2018

KISAH TURUNKAN BERAT BADAN : PART 3 -Eat clean and healthy

Sambungan kisah misi turunkan berat badan. Kali ni pasal bab permakanan pulak. Hari aku mulakan misi ni, hari tu juga aku terus stop amik gula. Jadi aku stop minum air2 manis dan makanan yang manis2. Jadi air tak kiralah nescafe tarik ke, kopi o, cendol, abc ke malahan air sirap atau air kordial langsung aku tak sentuh dah. Tiada gula putih, frukosa, sukrosa, susu pekat manis dan yang seangkatan dengannya.

Makanan manis macam gula2, aiskrim dan coklat atau kek aku dah tak makan. Kat bawah ni, kalender diari yang aku buat, ada aku catit hari pertama (day 1) jatuh pada 6 November 2017 aku cut sugar (gula sintetik) sampailah ke hari ni. Alhamdulilah, bertahan.... Minuman instant 3 in 1 pun stop, tak mau lagilah..

Aku hanya minum air masak sahaja, kalau nak minum air ada perisa aku minum teh hijau tanpa gula. Cuma aku gantikan gula dengan madu. Tapi masa mula2 berhenti amik gula, pergh macam orang nak berhenti merokok rasanya. Ketagih beb!! Rasa craving nak amik air gula, benda manis2. Tekak ni gatal2 je nak minum manis, nak order nescafe tarik lah, nak bancuh kopi o lah huhuhu. Rupa2 nya macam tulah agaknya orang rasa ketagih rokok bila berhenti yek... Dahsyat T_T

Start 10hb, aku mula buat workout cardio. Dan 20hb, aku dah mula elakkan makanan yang berkalori tinggi, berminyak atau bergoreng (deep fried).

Masa dua minggu misi ni berjalan, berat tak turun pun. Maintain jer.. dah 20 hari baru turun 500 gram jer. Aku dah risau, salah ke cara aku. Tapi baju dah longgar. Badan terutama peha dan perut makin mengecil. Rupanya baru aku faham berat lemak tu bertukar jadi berat otot. Jadi badan kita mengecil tapi berat tak turun. :)

Masa pergi Penang dengan family, aku tak makan cendol. Ayah aku tegur "jangan tak ambil gula langsung, kena ambil gula juga. Hypo nanti. Kang takde tenaga. Tapi aku jawab, "Gula tu ada, makan nasi, hari2 makan nasi..."  Hahaha hari2 makan nasi ko! Kalau korang tengok jadual bawah ni, bulan Disember aku dah start catit makanan yang aku 'ngap2' sepanjang hari.

Tujuan aku catit ni supaya aku boleh elakkan plateau. Jadi kalau kena plateau aku boleh check balik cara permakanan dan senaman yang dibuat. Setakat ni aku belum pernah plateau lagi.

Sapa cakap kena tinggalkan nasi? Aku hari2 makan nasi. Kadang 3 kali sehari. Kadang nasi lemak pun aku makan hehehe. Berat tetap turun setiap minggu. Tapi makan kena kawal, ikut kuantiti dan keperluan badan kita yang sepatutnya lah. Jangan berlebihan.  

Lauk pauk banyak masak bening, sup, stim dan tom yam. Kalau lemak bersantan jarang2 aku masak. Roti canai lama aku tinggalkan, kuih muih pun sama. Untuk sarapan, aku amik roti dan telur. Kadang2 bihun sup atau mee hailam. Makan malam aku tetap amik nasi putih. Dan makan lewat malam pun ada, hahaha banyaknyer makan. Yang ni selalu  untuk penutup, aku makan cereal campur susu segar, tak pun makan oat+badam+madu+almond. 

Buah-bahan aku banyak makan jambu batu. Sebab suka dengar bunyi cruncy jambu bila kita kunyah. Kira macam ada pengaruh psikologi jugak kan hehehe. 

Januari 2018. Masih gigih mencatat...

Makanan ni umpama 'fuel', bahan api untuk pembakaran tenaga. Kalau aku elakkan dari makan, aku takde tenaga untuk workout dan bersenam. Jadi aku perlu makan secukupnya, perlu ambil nasi setiap hari. Kalau ikutkan untuk turunkan berat aku kena maintain pengambilan dalam 1500-1800 kalori setiap hari. Sehari aku akan makan empat atau lima kali. Jadi kalu 1800 kalori perday, bahagi dengan lima kali makan, sekali makan akan ambil kuota 360 kalori. Kalau pagi kurang dari 360 kalori tu, tengahari bole topup yang kurang tadi. 

Energy bar.
Yang kat atas ni aku beli kat farmasi. Setiap kali lepas workout, aku akan makan satu untuk ganti balik tenaga. Aku tak amik minuman gula atau isotonik. Minum air masak jer banyak2. Sebab tu aku simpan stok energy bar ni kat rumah. 

Quaker chewy granola bar, dari google.
Yang ni pun not bad. Aku beli kat Tesco. 

Itula sedikit info permakanan yang aku amalkan sekarang ni. Harap sentiasa istiqamah. Nak turunkan lagi 9 kg untuk capai berat ideal. Yang penting badan sihat dan sentiasa fit yek! Chaiyok...



Wednesday, January 10, 2018

Kisah turunkan berat badan : Part 2 - Workout!!

Masa memulakan misi turunkan berat badan, aku banyak follow daripada Kevin Zahri dan blog sususejat.com. Aku takde join pun Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) tu... Cuma banyak ambil input daripada apa yang dia bagitau dalam you tube atau dalam website dia. Terutama dari segi senaman dan workout. Kalau dalam blog sususejat pulak, aku dapat banyak input dari segi permakanan dan definasi pembakaran kalori yang betul. Banyak betul input di dalam blog ini.

Jadi apa yang aku dengar dan fahami daripada fitness trainer tersohor -Kevin Zahri, untuk turunkan berat badan ialah melalui 80% daripada permakanan dan 20% lagi daripada senaman. Jadi update aku hari ni berkaitan senaman aku buat.

Nak merealisasikan target turunkan berat badan, aku meletakkan sasaran turun 1 kg dalam masa 10 hari T_T... Dalam bahasa matematiknya 10 dayS = -1kg. Agak2 realiti juga lah sasaran aku kan. Takkan nak dalam 10 hari boleh turun 10kg, agak2 lah kau jah!! Dah bertahun2 kau simpan lemak, lepas tu dengan semudah itu jer kau nak buang lemak2 ni??! Gila ke hapa bukan senang tau hua hua hua!!

Tapi alhamdulilah, setelah 60 hari melakukan misi, aku berjaya kurangkan 6kg dalam tempoh tersebut... Suka tak!! Suka tak!! Mestilah, target berada dalam landasan yang betul kan..

Masa bulan pertama aku mula dengan jenis senaman kardio. Jadi pilihan aku adalah cross tariner dan senaman aerobik. Time tu fuhhh peluh dia berjurai2 dalam masa 30 minit senaman.

 Bilik untuk aku buat senaman atau workout. Aku panggil bilik perah lemak ahahaha!!
Actually ini bilik anak bujang kami, cuma belum setup lagi perabot dalam tu. Jadi dari terbiar kosong baik aku guna untuk buat senaman di dalam ni. 


Cross trainer, aku beli ni tahun 2013. Harga dalam RM2500 after diskaun. Tak rugi beli ni, pelaburan kesihatan di masa akan datang. Ada aku share citer beli benda ni kat sini

Dalam ni aku pasang laptop aku masa zaman student U. Jadi aku download mana2 video senaman yang bagus dalam youtube dan pasang kat laptop ni bila workout. Selain tu, ada map, tali skipping dan dumbell. Map ni aku beli kat Tesco jer, murah dalam Rm30 ++. Tali skipping beli kat kedai sukan di PD, dalam RM12.00 jer. 

 Dumbell ini aku beli kat kedai Fitness Concept di Aeon Seremban 2. Masa tu ada sales sempena hujung tahun dan Krismas. 

 Ada dua jenis dumbell yang aku beli. Satu berat 3 pound. Aku pilih rasa2 ikut berat dan tinggi aku, kalau amik yang ringan2 nanti kang tak jadi apa2 pulak kesan dia. Kui kui kui perasan ler tu. Macam ler aku ni 'gagah' sangat kan. Angkat ni lebih dari 10 kali dah rasa lenguh T_T

Yang ni paling berat, 10 pound. Aku beli untuk husband pakai.
Tapi last2 aku jer yang guna pun. 

Bila dah masuk bulan kedua, baru aku start buat weight traning sambil2 tu support dengan senaman kardio. Sebab aku tak nak hilang kehilangan otot dalam misi turunkan berat badan. Nak kekalkan otot, hilangkan lemak sahaja. 

Waktu aku lakukan senaman adalah pada waktu petang kalau hari aku bekerja.  Hmm dapatlah kejar buat dalam 30 minit sahaja, yelah time tu aku berebut nak masak makan malam dan solat maghrib lagi. Masa mulakan misi ni, anak2 aku dah start cuti sekolah (bulan Nov nak masuk Disember). Jadi dapat balik awal sikit. Sekarang ni anak2 dah masuk sekolah balik, jadi sampai rumah memang lambat. Kadang2 aku tak sempat nak workout waktu petang.

Kalau hari cuti, selepas solat subuh, pukul 7 pagi aku sarapan alas perut sebelum buat workout. Masa ni aku amik 1 jam hingga 1 setengah jam. Balas dendam!! Memang peluh berjurai2 tak hingat. Tapi best! Jadi kalau husband ajak balik kampung atau ke mana2 rasa macam payah sikit je hahaha sebab aku susah dah nak tinggalkan rutin senaman aku ni. Misi kena fokus, baru capai sasaran. 

Nanti aku share video2 yang mana aku follow sepanjang aku buat workout selama, lagipun hari dah petang. Nak amik anak2 balik dari KAFA okey..





Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...