Friday, January 19, 2018

KISAH TURUNKAN BERAT BADAN : PART 3 -Eat clean and healthy

Sambungan kisah misi turunkan berat badan. Kali ni pasal bab permakanan pulak. Hari aku mulakan misi ni, hari tu juga aku terus stop amik gula. Jadi aku stop minum air2 manis dan makanan yang manis2. Jadi air tak kiralah nescafe tarik ke, kopi o, cendol, abc ke malahan air sirap atau air kordial langsung aku tak sentuh dah. Tiada gula putih, frukosa, sukrosa, susu pekat manis dan yang seangkatan dengannya.

Makanan manis macam gula2, aiskrim dan coklat atau kek aku dah tak makan. Kat bawah ni, kalender diari yang aku buat, ada aku catit hari pertama (day 1) jatuh pada 6 November 2017 aku cut sugar (gula sintetik) sampailah ke hari ni. Alhamdulilah, bertahan.... Minuman instant 3 in 1 pun stop, tak mau lagilah..

Aku hanya minum air masak sahaja, kalau nak minum air ada perisa aku minum teh hijau tanpa gula. Cuma aku gantikan gula dengan madu. Tapi masa mula2 berhenti amik gula, pergh macam orang nak berhenti merokok rasanya. Ketagih beb!! Rasa craving nak amik air gula, benda manis2. Tekak ni gatal2 je nak minum manis, nak order nescafe tarik lah, nak bancuh kopi o lah huhuhu. Rupa2 nya macam tulah agaknya orang rasa ketagih rokok bila berhenti yek... Dahsyat T_T

Start 10hb, aku mula buat workout cardio. Dan 20hb, aku dah mula elakkan makanan yang berkalori tinggi, berminyak atau bergoreng (deep fried).

Masa dua minggu misi ni berjalan, berat tak turun pun. Maintain jer.. dah 20 hari baru turun 500 gram jer. Aku dah risau, salah ke cara aku. Tapi baju dah longgar. Badan terutama peha dan perut makin mengecil. Rupanya baru aku faham berat lemak tu bertukar jadi berat otot. Jadi badan kita mengecil tapi berat tak turun. :)

Masa pergi Penang dengan family, aku tak makan cendol. Ayah aku tegur "jangan tak ambil gula langsung, kena ambil gula juga. Hypo nanti. Kang takde tenaga. Tapi aku jawab, "Gula tu ada, makan nasi, hari2 makan nasi..."  Hahaha hari2 makan nasi ko! Kalau korang tengok jadual bawah ni, bulan Disember aku dah start catit makanan yang aku 'ngap2' sepanjang hari.

Tujuan aku catit ni supaya aku boleh elakkan plateau. Jadi kalau kena plateau aku boleh check balik cara permakanan dan senaman yang dibuat. Setakat ni aku belum pernah plateau lagi.

Sapa cakap kena tinggalkan nasi? Aku hari2 makan nasi. Kadang 3 kali sehari. Kadang nasi lemak pun aku makan hehehe. Berat tetap turun setiap minggu. Tapi makan kena kawal, ikut kuantiti dan keperluan badan kita yang sepatutnya lah. Jangan berlebihan.  

Lauk pauk banyak masak bening, sup, stim dan tom yam. Kalau lemak bersantan jarang2 aku masak. Roti canai lama aku tinggalkan, kuih muih pun sama. Untuk sarapan, aku amik roti dan telur. Kadang2 bihun sup atau mee hailam. Makan malam aku tetap amik nasi putih. Dan makan lewat malam pun ada, hahaha banyaknyer makan. Yang ni selalu  untuk penutup, aku makan cereal campur susu segar, tak pun makan oat+badam+madu+almond. 

Buah-bahan aku banyak makan jambu batu. Sebab suka dengar bunyi cruncy jambu bila kita kunyah. Kira macam ada pengaruh psikologi jugak kan hehehe. 

Januari 2018. Masih gigih mencatat...

Makanan ni umpama 'fuel', bahan api untuk pembakaran tenaga. Kalau aku elakkan dari makan, aku takde tenaga untuk workout dan bersenam. Jadi aku perlu makan secukupnya, perlu ambil nasi setiap hari. Kalau ikutkan untuk turunkan berat aku kena maintain pengambilan dalam 1500-1800 kalori setiap hari. Sehari aku akan makan empat atau lima kali. Jadi kalu 1800 kalori perday, bahagi dengan lima kali makan, sekali makan akan ambil kuota 360 kalori. Kalau pagi kurang dari 360 kalori tu, tengahari bole topup yang kurang tadi. 

Energy bar.
Yang kat atas ni aku beli kat farmasi. Setiap kali lepas workout, aku akan makan satu untuk ganti balik tenaga. Aku tak amik minuman gula atau isotonik. Minum air masak jer banyak2. Sebab tu aku simpan stok energy bar ni kat rumah. 

Quaker chewy granola bar, dari google.
Yang ni pun not bad. Aku beli kat Tesco. 

Itula sedikit info permakanan yang aku amalkan sekarang ni. Harap sentiasa istiqamah. Nak turunkan lagi 9 kg untuk capai berat ideal. Yang penting badan sihat dan sentiasa fit yek! Chaiyok...



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...