Showing posts with label avanza. Show all posts
Showing posts with label avanza. Show all posts

Tuesday, March 1, 2022

Avanza bawa sofa Klippan IKEA?!!

Sebenarnya kani dah selesai shopping perabot-perabot di IKEA untuk rumah di Safira.  Sesi pembelian perabot-perabot ni aku ada buat vlog jadi boleh tengok di sini. 


Cuma yang tiada dalam list ialah sofa untuk living hall. Kami dah survey harga yang paling ok dan sesuai dengan bajet kami ialah jenis kat bawah ni. Mungkin sebab lagi beberapa hari nak ada Perayaan Tahun Baru Cina ramai yang borong kot sampai kehabisan stok pula hahaha.

Sayang pula sofa two seater ni, jenis Klippan out of stok. .

Seminggu lepas Tahun Baru Cina, check kat website eh dah ada stok dah. Cuma ada warna black sahaja. Warna yang kami nak tiada stok lagi. Apa lagi kita bergegas ler pergi IKEA Cheras. Wah lajuuuuu!!!


Yeah dapat dah. Tapi masa tengok kat rack dia kami terkedu juga. Sebab bapak beasar gila box dia. Muat ke nak bawak balik ni huhuhu nak sumbat dalam Avanza jer kan. 

Last2 beli dan carry bawak balik jela. 

Tawakal. Sebab kalau lori hantar charges dia RM168 pulak. Huhu sayang pulak duit. Takpe kita cuba jelah sumbat masuk dalam Avanza, kalau tak berjaya maknaya kita kena buat Plan B- bagi kat kaunter IKEA delivery.

Haha muat! 

Cuma kami kena ke dapan sikit bagi sofa lepas ke depan sebab nanti bonet Avanza susah nak tutup. Kepala set tu cabut bagi sofa ni ke dapan lagi. Huhuhu gigih!! Ilhan duduk diam2 kat belakang husband, nampak lah sikit kepala dia dalam gambar ni. Nasib baik Umar dan Qaireen tak ikut sekali. 


Misi berjaya!!


Monday, June 25, 2018

Kuda Hijau dapat kasut dan baju raya!!

Seperti yang aku bajet, sebelum raya aku dapat tukar tayar baru kete avanza aku di Batu Pahat. Total tukar keempat-empat tayar setelah ditolak dengan harga tayar lama ialah RM760.00. Tayar jenis Michelin.  Aku buat selepas servis kereta di Toyota. Actually sambil2 tu survey harga cat kat toyota berapa. Sekali diorang estimate dalam RM4000, wowww!! ni over bajet ni. Nanges T_T


Tukar tayar dulu lah. Diorang buat adalah dalam sejam. 

Lepas tu aku balik bagitau ayah aku nak cat kereta kat kawan dia jelah. Anggaran dia dalam RM1500 kalau luaran sahaja. Tapi bengkel dia dah penuh pulak huhuhu. Tapi dia bagi bengkel kawan dia, lagi baik dia punya cat. Harga dalam RM2500. Hmmm kira2 adalah over dalam RM300 juga ni. Tapi pikir2 balik cat jelah memandangkan aku dah kesian tengok kerete ni makin oudar dah bumbung dia dek makan panas matahari.  

kena tinggal kete kat bengkel dalam dua minggu, sebelum raya boleh siap punya. Ok lah. Pinjam kete ayah dulu balik Nismilan. Nanti raya balik amik kereta baju baru ehem ehem.

Ayah bagi gambar masa Avanza dalam proses kat bengkel kawan dia. 

Apek ni sampai deman terpaksa cuti sekejap, baru kerja sambung balik kerja dia huhuhu. 

Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...