Hari Rabu minggu lepas, kami sambut hari jadi hero family kami, Mr Hamdan hehehe. Husband punya birthday jatuh pada 23 Julai. Jadi lewat dua hari sebab malam tu free, anak2 takde kelas mengaji. Jadi kami raikan kecil2 sahaja. Makan malam kat Sendayan Metropark. Dekat sikit dengan rumah dan tak ramai orang. Mula2 husband nak minum kopi di My Rail Coffee tapi takde makanan yang anak2 suka kat situ. Jadi kita pilih ke Secret Recipe dekat area situ jugak.
Selamat harijadi kepada my husband. Semoga sentiasa sihat dan gembira selalu dan menjadi pelindung kami sekeluarga dunia dan akhirat, aminnn....
Husband pilih feberet dia, Vietnamese Beef Noodles Soup.
Tapi husband komplen pasal kureng macam dia selalu makan. Takde daun ketumbar dan taugeh. Macam plain sangat kosong jer... :(
Tapi husband komplen pasal kureng macam dia selalu makan. Takde daun ketumbar dan taugeh. Macam plain sangat kosong jer... :(
Aku dan anak2 pilih makan pasta jer hahaha padahal kat rumah boleh je masak spaghetti. Tapi hati ni nak cuba western food yang lain tapi takut macam predict tinggi, sekali rasa tak best pulak kui kui kui. So langkah selamat amik makanan dah biasa dan mengenyangkan ngeeeee.
Umar nak makan Beef Spaghetti Bolognese.
Ilhan aku pilih Kid's Chicken Burger
tapi rupa2 nyer dia lagi selera nak makan spageti kami huhuhu.
Aku punya Thai Seafood Spaghetti, tanya pelayan gegirl tu pedas tak?? Dia kata pedas, ada logo cili 3 biji dalam buku tu. Sekali makan uiiii pedas manja kot. Tak pedas langsung kui kui kui rasa nak mintak chili flakes je bagi pedas lagi.
Qaireen pilih Chicken Spaghetti Bolognese. Laju jer dia makan.
Masa makan ni, dalam restaurant tu rasa ada satu couple je dalam kedai ni selain dari family aku. Sini lengang giler, tak payah berebut2 tempat macam kat SR AEON Seremban 2.
Lepas makan beli kek seorang slice, pilih mana yang nak makan. Tak sempat amik gambar. Sebab makan pun besoknyer, nak makan malam tu tak larat kenyang dah. Beli sebiji kek, ngeri jer. Nak abiskan tu beberapa banyak ler gula aku nak telan. Dah ler asyik makan jer lepas raya ni. Abislah gemoks huhuhu.. Kena buat diet gula balik lepas ni T_T.
Selamat harijadi kepada my husband. Semoga sentiasa sihat dan gembira selalu dan menjadi pelindung kami sekeluarga dunia dan akhirat, aminnn....
No comments:
Post a Comment