Showing posts with label sambut hari jadi. Show all posts
Showing posts with label sambut hari jadi. Show all posts

Wednesday, June 26, 2019

Selamat Hari Jadi Umar ke 9

HAri jadi Umar jatuh 18 Jun 2019 yang lepas. Memandangkan hari tu di bulan posa Ramadhan jadi kita celebrate malam jela lepas berbuka dan budak2 abis kelas mengaji. Nk makan?? Dia request pizza atau KFC. Tapi sebab KFC dekat lagi dgn rumah dia setuju jer. Sbb nak chezzy wedges punya pasal. Giler kentang :))).

Saya dah 9 tahun tau!! 
Hm yela.... 

Best kan Qaireen pun boleh tumpang KFC sekali hehehe. 4 kali hari jadi, 4 kali juga kita boleh makan KFC bahahaha.

Nak amik gambar pun malu2 aiiiiii...

Muka ibu dan anak ahaha. 

Kan, first sekali dia hadap dan makan ialah chezzy wedges. Sekotak tu khas utk dia sahajaaa.
Lepas tu tak sentuh makan ayam dah kenyang, sabor jela. 

Qaireen macam biasa ayam dan kentang memang favourite dia. 

Ilhan suka makan kentang putar. Kesimpulannya anak2 dengan KFC memang tak boleh dipisahkan yeee





Wednesday, August 1, 2018

Celebrate Birthday Our Family Hero

Hari Rabu minggu lepas, kami sambut hari jadi hero family kami, Mr Hamdan hehehe. Husband punya birthday jatuh pada 23 Julai. Jadi lewat dua hari sebab malam tu free, anak2 takde kelas mengaji. Jadi kami raikan kecil2 sahaja. Makan malam kat Sendayan Metropark. Dekat sikit dengan rumah dan tak ramai orang. Mula2 husband nak minum kopi di My Rail Coffee tapi takde makanan yang anak2 suka kat situ.  Jadi kita pilih ke Secret Recipe dekat area situ jugak.

Husband pilih feberet dia, Vietnamese Beef Noodles Soup.
Tapi husband komplen pasal kureng macam dia selalu makan. Takde daun ketumbar dan taugeh. Macam plain sangat kosong jer... :( 

Aku dan anak2 pilih makan pasta jer hahaha padahal kat rumah boleh je masak spaghetti. Tapi hati ni nak cuba western food yang lain tapi takut macam predict tinggi, sekali rasa tak best pulak kui kui kui. So langkah selamat amik makanan dah biasa dan mengenyangkan ngeeeee. 

Umar nak makan Beef Spaghetti Bolognese. 

 Ilhan aku pilih Kid's Chicken Burger

 tapi rupa2 nyer dia lagi selera nak makan spageti kami huhuhu. 

Aku punya Thai Seafood Spaghetti, tanya  pelayan gegirl tu pedas tak?? Dia kata pedas, ada logo cili 3 biji dalam buku tu. Sekali makan uiiii pedas manja kot. Tak pedas langsung kui kui kui rasa nak mintak chili flakes je bagi pedas lagi. 


Qaireen pilih Chicken Spaghetti Bolognese. Laju jer dia makan. 

Masa makan ni, dalam restaurant tu rasa ada satu couple je dalam kedai ni selain dari family aku. Sini lengang giler, tak payah berebut2 tempat macam kat SR AEON Seremban 2. 

Lepas makan beli kek seorang slice, pilih mana yang nak makan. Tak sempat amik gambar. Sebab makan pun besoknyer, nak makan malam tu tak larat kenyang dah. Beli sebiji kek, ngeri jer. Nak abiskan tu beberapa banyak ler gula aku nak telan. Dah ler asyik makan jer lepas raya ni. Abislah gemoks huhuhu.. Kena buat diet gula balik lepas ni T_T.  


Selamat harijadi kepada my husband. Semoga sentiasa sihat dan gembira selalu dan menjadi pelindung kami sekeluarga dunia dan akhirat, aminnn.... 

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...