Wednesday, October 24, 2018

Pesta Tanglung dan Sambutan Hari Malaysia Tritonix

Sambutan ni dah dibuat pada 16 September 2018 sempena sambutan Hari Malaysia. Aku je lambat update dalam blog. Rasa sebulan lebih juga takde update dalam blog ni huhuhu. Ok, taman Tritonix kami ni memang satu Malaysia ada Melayu, Cina, India dan lain-lain.. Jadi persatuan taman dah rancang untuk buat dua sambutan sekaligus. Pesta Tanglung dan Hari Malaysia.

Jadi petang tu, kami buat persiapan untuk sambutan kedua-duanya. Ajk dah beli barang2 jadi petang tu kami susun kerusi meja dan siapkan tanglung2 untuk dipasang pada malam nanti.

Ok, say cheese and peace!!

Fuh fuh fuh!! Nak lekatkan siap2 lilin dalam tanglung untuk budak2. 


Pesta tanglung ni amalan masyarakat Tionghua. Ianya berkaitan kasih sayang dan harapan. JAdi pesta ni selalu diraikan dalam keluarga Tionghua untuk merapatkan kasih sayang ahli keluarga. 
Ok, sekejap lagi nak malam jadi kena siapkan cepat2. Nanti majlis akan start dalam 8.30 malam. 

Pukul 8.30 malam majlis pun dah mula, pasang api kat lilin untuk gantung. 


Gantung susun elok2 bagi nampak cantek aahhh. 

Manyak cantek woooo!!!

OK, lepas tu susun ramai2 satu taman keluarga TRitonix untuk ambil gambar. 

Semangat jiran belakang rumah aku ni, Uncle Joshua. Semangat Malaysia Baru kot hehehehe. 

Lepas tu mereka bagitau Jom jalan, bawa tanglung ni pusing satu taman. Hah?? Nasib baik ada lampu jalan, kalau tak mesti golap sebab tanglung kecik je kui kui kui.

Ok, jom2 jalan. 

Kalau tak terang, kita bawa lebih dari satu bagi terang yek.

Kira tanglung ni macam lampu penyuluh jalan untuk kembali ke pangkal jalan :)))

Budak ni mula2 amik satu, jap lagi mesti ambil lebih dari tu hmmm

Ok, amik gambar sekeluarga. 

Dah jalan pusing, penat dan dahaga pulak. Apalagi, makan time ahaks!!

Kan, tengok Umar beberapa banyak dia tambah lagi tanglung. Siap cakap lagi ini Ilhan dan ibu punya tau!!


Dah abis lilin, bakar lilin lagi. 


Takpe mainlah tanglung baik2. Hah jamuan makan malam. Tema pot luck . 



Buah-buahan dan kuih muih. 

Sila2 jemput makan. Masa ni lah kita berkenal-kenalan, beramah mesra dengan jiran setaman kan...

Hopefully semangat ni akan diteruskan sampai bebila pun. 



Pasang Awning Rumah Part 2

Dekat blog yang ini aku tempek gambar2 awning dah siap dipasang selama tiga hari. Buat masa ini kalau ada bocor, linking masa hujan company akan datang untuk betulkan. So far takde masalah banyak pun, bocor sikit2 bila hujan jadi diorang datang repair masalah selesai dah. 


Pandangan hadapan rumah. 

So ni awning di bawah depan rumah. Jadi dengan adanya awning ni maka terlindunglah kereta hijo ni dari panas dan hujan :))) Nak jemur pakaian pun tak risau kena hujan atau tempias. 

Sebelum pasang...Yang ni bahagian bawah sisi rumah, memang kalau hujan lebat kena angin kencang pasti air masuk ke dalam tingkap huhuhu. 


Jadi bila dah pasang barulah tak de air hujan termasuk ke dalam rumah ngeh ngeh ngeh.... 

Yang ni bahagian atas rumah. 

Kat bahagian belakang sisi rumah memang dah ada porch dan balkoni dibuat oleh developer sebelum ni. Jadi tempat sidai baju sementara masa tunggu awning siap semuanya. 


Jadi sesiapa berminat nak tau company yang bertanggungjawab pasang awning rumah kami boleh rujuk di FB page AP Works Industry  

atau contact no hp 0172771987. 



Tuesday, October 23, 2018

Pasang Awning Rumah Part 1

Lama nak pasang awning depan rumah ni, sebab satunya kereta aku ni baru je cat baru. Jadi sayang pulak kena panas hujan kalau parking kat rumah. (Padahal kat opis pun kena panas hujan ahahaha). Satu lagi kalau hujan lebat angin kencang confirm air masuk dalam rumah. 

Company ni kami dapat di FB. Bila tengok kerja2 yang diorang dah buat sebelum rasa ok jugak, kemas dan cantik. 



Atau

No contact 0172771987

Maklumbalas memang cepat dan pantas. Dua hari lepas contact team diorang datang dan ukur. Bagi quatation harga ikut design kita nak. So bila sepakat kami setuju warna apa, material apa dan set tarikh untuk pasang. Kena bayar deposit 50% dulu sebab nak ambil barang di kilang. 

Design asal rumah, kami memang tak ubah apa2.
Masa ni baru pindah masuk tahun 2014. 

Khemah tu sebab nak buat kenduri doa selamat masuk rumah. Bumbung di atas agak pendek, sekali hujan lebat angin kencang, air boleh masuk dalam bilik. Yang kat bawah, porch dia separuh sahaja. Awatlah ler developer tak buat porch sampai habis huhuhu. Nak buat slap porch bukan murah wooo. 

Design perumahan Bandar Sri Sendayan rekabentuk moden, tiada bumbung genting. Mujur bukan bumbung slap/ konkrit. Kalau tak lagi haru nak tambah bahagian depan. Pening memikirkan macamana bentuk yang sesuai nak pasang awning ni, bagi cantik dan masuk dengan design rumah kita.. Jadi dah deal diorang datang pasang hari Sabtu, 8 September sebab masa tu kami memang ada di rumah. Kebetulan cuti tiga hari sebab Hari Keputeraan Agong sekali. 

Datang pagi2 betul, lori dah sampai 7.30 pagi untuk hantar barang2. Pekerja dia dua orang je yang buat semua kerja ni. Jadi penuh dalam laman rumah barang2 punggah dari lori. 


Tiang hitam untuk awning bawah. 

Tiang putih untuk awning atas. 

Guna atap aluminium composite, tebal 4mm. Ketahanan selama 15 tahun. 

Ok dah start potong dan kimpal. . Pasang area depan dulu. 


Dah masuk tengahari siap dah pasang tiang dan kimpal sambungan semua. Masa ni cuaca dah panas lik lik... Husband jadi mandur, perati diorang buat kerja. KIra mereka berdua je kerja buat pasang itu ini ko!

Dah siap bawah nak pasang tiang atas pulak, tetiba cuaca mendung pulak. Kalau hujan, tak boleh cat dan buat welding huhuhu. 


Makin lama makin gelap, nampaknya memang tak dapat buat sampai ke petang. 


Untuk hari ni diorang dapat pasang pasak tiang untuk awning atas saje, besok sambung balik. 

Jadi itu jelah gambar2 yang aku dapat ambil masa diorang pasang awning. Tempoh siap pemasangan siap semuanya memakan masa tiga hari. Ini disebabkan setiap hari akan hujan, dan diorang kena stop banyak kali. Kena tunggu hujan teduh untuk sambung kerja balik. Dan kami pula pasang awning atas bawah dan tepi rumah jadi kena ambil masa banyak untuk siapkan semua. 





Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...