Showing posts with label ikea member. Show all posts
Showing posts with label ikea member. Show all posts

Wednesday, January 2, 2019

Jalan hujung tahun di Ikea Cheras.

Kira ini aktiviti terakhir keluarga kami untuk penutup tahun 2018. Hari 28hb Dec tu, satu family pergi ke Ikea Chera, hajat nak beli barang pakai online jer tapi dia charge post dalam RM28 ko!! Mak aii dah ler barang aku tu dua jer, last2 husband kata baik kita pergi jer sendiri beli ahahaha. Lagipun kitorang ambil cuti seminggu lebih untuk habiskan cuti tahunan dan teman anak2 cuti sekolah kan.. 

So gerak keluar awal rumah dalam jam 8.00 pagi. Singgah sarapan kat RnR Seremban. Pastu dalam jam 10 lebih tu baru sampai IKEA Cheras. Biasalah manusia sibuk nak masuk kerja kita sibuk nak shopping kat Ikea huhuhu. Tak de lah buang masa, cari2 barang nak kita beli kan. Sambil2 tu anak2 sibuk main duk guling atas sofa, katil dalam showroom tu T_T

Dalam jam 12, beraturrr nak bayar sudah.. Asal nak beli dua barang tapi terlebih2 jadi 3,4,5,6 dan berapa ntah barang2 nyer. Huh dugaan2 

Hasil tangkapan pada hari tersebut, pokok pun aku rembat hahaha!! Pasal harga dia murah RM14.00, minggu lepas aku beli kat nuseri Senawang dalam RM25 sepokok. Uii rugi!! Rugi!

Orang tak ramai sebab hari bekerja kan. Lagipun aku setakat ni perhatikan IKEA Cheras ni tak crowded beratur panjang macam kat Ikea Damansara tuuuu. 

Lepas bayar, hantar barang ke kereta. Lapar dah pulak. Letih tilik tengok barang pusing sana sini kan. Malas nak makan kat luar susah nak berhenti nak pikir cari makan kat mana. Makan kat IKEA je, ibu belanja dah eh.. Sebab temankan ibu shopping kan...

Disebabkan memang dah waktu lunch, ramai ler manusiia yang kelaparan beratur memanjang nak ambil makanan. Fuh macam kantin sekolah dah, crowded seh. 

Haip!! Sempat pulak Umar celup jari dalam mushroom soup tu. Tak sabar nak makan ler tu. 

Sebab ramai umat manusia kelaparan, tempat duduk jadi dah penuh. Takde kosong. Rezeki, tetiba ada satu set sofa kosong sebelah kiri kami. Husband terus cop duduk hehehe. Wah sofa macam makan ala2 kat restaurant jah ye. 

Semua makan chicken chop kecuali Ilhan makan pasta. Meatball sorry to say kami tak berminat ler. Tak taulah sebab bukan kena selera tekak melayu kami kot kui kui kui.. Chicken wing aku tapaw je.

Tu bil dia.... 

Qaireen tadi nak pasta, tapi tukar chicken chop. lepas tu dia paw pasta adik dia. Geleng kepala aku...

Senang Ilhan makan kalau kena selera dia. 

Hah bismillah.. makan. Ibu syok tangkap gambar anak2 makan.

AMboi selera betul budak ni makan :)))

Dah kenyang, tersandar Umar. Ceh tak senonoh betul hehehe. 

Ok, nasib baik habis, licin... 

Dah kenyang jom balik.... 




Tuesday, November 1, 2016

Redeem Points Ikea Voucher

Aku jadi member Ikea ni sejak aku pindah balik kerja di Semenanjung. Jadi dah dekat sangat Seremban dgn Ikea tu, kerap juga ke sana. Nak2 lagi bila Ikea Cheras dah bukak!! πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„Lagilah senang nak access dan dekat kan, besar pulak tu.

Bila jadi ahli ni dan dah beli beberapa kali untuk kegunaan rumah sendiri dan rumah sewa diam tak diam rupanya kumpul hampir 5000 points!! Jadi aku nak tebus lah, points ni ada jangka hayat dia. RUGI sebab aku tak tau boleh redeem. Bila check ada points dah expired dah, aiseyman... sayang betoiii 😒😒😒😀😀😀

Mula2 log in dalam website Ikea Malaysia dan check baki point kita ada berapa. Setiap 500 points boleh tebus voucher RM5.00 je (bukan RM50 tau!!πŸ˜…πŸ˜…).

Ini Ikea maklumkan kat email aku. Kebetulan memang nak ke Ikea minggu ni.

KLIK pada bahagian "redeem now". 


Pilih lah nak voucher nilai brapa, RM5, RM10 atau RM20



Bila dah redeem akan keluar kat history id kita berapa nilai yang kita dah redeem.

Untuk ambil voucher yang dah redeem points, kita perlu ambil sekurang2 nyer selepas 24 jam. Maknanya korang kena tunggu sehari selepas buat redeem dalam website dia. Nak collect vocher dia kat mana ye?? Aha tu kena pergi ke kiosk IKEA Family. Nanti kita print voucher di situ.

Kalau kat Ikea Cheras ni ada 5 kiosk dalam ni, jadi boleh log in dan print sendiri kat situ. Aku redeem points hari Jumaat lepas, jadi hari Isnin ni turun ke Ikea Cheras. 



Ni dia Kiosk Ikea Family.
 Ada komputer untuk kita log in dan di bawahnya ada printer untuk cetak voucher.

Mesin cetak voucher. 

Log in as member.

Pergi bahagian "print voucher". Dan klik semua voucher2 untuk dicetak. 

Ok dia akan keluar satu demi satu mengikut berapa banyak korang dah redeem points tersebut. 

Tu dia, voucher2 yang dah cetak πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„



Selesai membeli untuk hari ini, almari2 buku dan baju anak2.
Jimat2😊😊








Gambar 2026 Vs Childhood || Trending di Chat GPT

Perkara ni tengah trending kan, jadi saja je aku nak cuba guna promp Chat GPT yang tengah famous tu. Janji ada gambar terkini (padahal gamba...