Showing posts with label kuala lumpur 2019. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur 2019. Show all posts

Friday, December 27, 2019

Jalan-jalan Kuala Lumpur 2019 Vol 3

Selepas abis lawatan kat Taman Rama2, kami terus ke Masjid Negara pulak. Kebetulan dah dekat masuk waktu Zuhur. JAdi luangkan masa menziarahi Makam Pahlawan. Umar jalan je sebab teruja nak tengok Makam Pahlawan. Dia pernah tengok filem Tanda Putera, jadi nak sangat tengok makam mantan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri..

Ini kali pertama aku datang Masjid Negara. 

Sangat besar dan luas... 

Laluan ke Makam Pahlawan. 

Tempat ini dibuka untuk orang awam untuk ziarahi makam2 Pahlawan Negara a.k.a mantan Perdana Menteri kita. 

Jenazah2 yang telah disemadikan di sini. 

Ada tiga lagi kekosongan di makam pahlawan ni. 

Tapak kosong yang masih ada lagi... 

Depan kami itu makam Perdana menteri Pertama dan Kedua.. 

Bangunan KTMB, Keretaapi Tanah Melayu Berhad. Lama bangunan ini dibina tahun 1910 lagi. 

Permandangan di sini memang cantik, Subhanallah. 

Ilhan macam suka tengok banguna Kompleks Dayabumi dan Menara KL dari sini. 

Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2020, kira bangunan sekitar sini takde yang tinggi2 dan masih terpelihara struktur bangunan dia. 

Permandangan dari Masjid Negara penghujung tahun 2019. 


Lagi beberapa minit lagi nak masuk waktu Zuhur, jadi kami tunggu sekejap nak solat jemaah di sini. Tempat wuduk dan toilet dia terletak di bawah sekali (basement level).

Ruang wuduk wanita di Masjid Negara. 

Naik atas untuk masuk ke dalam masjid. 

Luas masjid ni, boleh bayangkan mesti penuh bila solat Jumaat dan HAri Raya. Maklumlah terletak di tengah2 bandar Key EL ni kan.  

Dalam masjid, lama kelamaan makin bertambah orang sebab nak masuk solat Zuhur. 


Masjid Negara setelah dibuat renovasi untuk memuatkan lebih ramai jemaah dalam masjid ni. Ini replika terletak di bilik pameran Masjid Negara. 





Jalan-jalan Kuala Lumpur 2019 Vol 2

Lepas ke tugu Negara, kami pergi pulak ke Taman Rama-Rama dekat je kat situ. Ada sebab nak datang sini sebab Ilhan suka sangat dengan kumbang, rama2 dan serangga. Huhuhu kalau kita dah rasa geli dah tapi Ilhan ni lain macam sikit. Dia lagi excited bila tengok serangga. Sampai kat pesta buku pun dia nak buku pasal bugs...!!??

Bayaran masuk ke dalam ni aku amik satu pakej, RM38 untuk dua dewasa dan tiga kanak2. Beli makanan ikam dalam RM5. Saja nak bagi seronok kat budak2 ni.

Ada jaring kat atas taman ni sebab tak kan nak bagi rama2 ni terbang keluar bebas pulak kan. 


Bagi ikan2 koi makan dalam kolam...

Ikan ni nampak orang lalu kat bridge terus dia datang banyak2... Mcm tau2 jer ada orang nak bagi makan kat dia..

Kenyang ler banyak orang datang bagi makan. 


Bukan senang nak tangkap gambar rama2 ni eiii, asyik nak terbang sajer. Susah nak capture gambar.. Tak sempat nak zooom dia terbang daaaaa...

Antara rama2 yang dapat ditangkap gambar sebab duk diam lama sikit kan ahahaha!!

Ada warna biru... 

Ada saiz besar giler!!

Ada juga ulat beluncas kat dalam taman ni. 

Ada buah nenas dan madu diletakkan dalam taman ni bagi nak support makanan rama2 dalam ni. 

Ada besar2 kepak rama2 tu, dah macam kelawar pulak aku tengok. 

Ada tuntung dalam aquarium ni. 


Dalam toilet ada juga beberapa ekor rama2 berterbangan dalam tu ahaha!!

Dalam bangunan pulak ada serangga banyak dalam tu, antaranya kumbang, labah2, ulat gonggok, stick insect. 

Tengok Ilhan teruja tengok serangga ni. Dah beberapa kali dia pusing tengok banyak kali. 

Aku tengok pun geli weii.. hehehe

Banyaknyer kumbang2 dalam ni. Dulu masa aku kecik banyak juga jumpa kumbang kat kampung. Rasa dah bertahun2 aku tak jumpa dah kumbang2 ni lagi. 

Budak ni lagi suka tengok, yela sekarang ni kan susah nak tengok kumbang2 ni berterbangan lagi dah. 

Besar giler stick insect, Ilhan pun seriau nak tengok dekat2. 


Ok dah abis pusing, rehat sekejap. Nak makan aiskrim pulak sebab panas betul jalan2 dalam taman tadi. Aa kedai cenderamata dalam taman Rama2 tu. 

Ok makan dan minum puas2 lepas ni kita nak ke tempat lain pulak. 




Wednesday, December 25, 2019

Jalan-jalan Kuala Lumpur 2019 Vol 1

Dah hampir hujung tahun 2019, lagi beberapa hari lagi nak masuk tahun 2020. Jadi aku ambil cuti hujung tahun bersama husband dan decide nak bawak anak2 jalan2 sekitar KL je. Saja bawa jalan ke Tugu Negara sebagai permulaaan lawatan pagi tu. Rasanya tempat ni yang aku pergi sekarang ni tak popular dah bagi anak2 zaman sekarang. Patrotik ibu ni kan!! kan!! kan!!

Pintu masuk ke Tugu Peringatan Negara Malaysia. 

Umar excited tengok Jata Negara. Dia suka dan pernah kumpul dan lukis bendera dan jata negeri2 dalam Malaysia.

Kat depan pintu masuk ada tugu senarai nama perajurit Malaysia dan British yang telah menemui ajal ketika bertempur dengan komunis pada zaman darurat. 



Sejarah berkaitan pembinaan tugu negara. 



Dulu aku pernah ambil gambar kat sini. Dalam 30 tahun dulu hehehe. Sekrang giliran anak2 pulak dengan suami. 





Masih lagiberdiri teguh bertahun2. Pernah juga kena letup dibomkan oleh komunis tapi diperbaiki semula. Dengan patung tugu diorang nak khianat kan!!

KAt sini banyak pelancong luar je kan. jarang nampak anak tempatan dah nk jalan kat sini. Banyak pergi tempat2 moden macam KLCC, Putrajaya, menara KL ke shopping complex jer. 

Tak bawak stick jadi tak dapat ambil gambar satu family huhuhu.. 

Ok kita jelan ke tempat lain pulak. 


Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...