Hari Khamis 18 Disember aku kena pergi ke Jimah East Power Plant. Jadi pensyarah pengiring untuk kelompok pelajar Politek PD yang dapat latihan TDA offset program valued di sini. Jadi aku dan rakan colleague aku, Che Ina kena jadi pensyarah pengiring untuk hari pertama mereka di sini.
Kena RTK test dulu kat klinik sebab itu request dari pihak industri. . . Takut jadi penyebar corona virus kot.
Tetiber je aku rasa malas nak ikut hehehe.
Tapi buatlah juga.
Dah ler first time buat swab tu, sakit doh.
Berair mata aku masa kena jolok cotton bud dalam lubang hidung tu huhuhu
Result dapat, negatif ler. . .
By the way, ni adalah Jimah East Power Plant yang baru dibuka oleh TNB tahun 2019. Tempat dia bersebelahan dengan Jimah Power Plant yang aku pernah cerita dalam blog kat sini ya.
Masa lawatan 2017, kat Jimah Power Plant.
Hah, yang kat belakang tu lah TNB Power Plant masa tu tengah under consruction (yang aku pergi hari inilah).
By da way, apasal aku time ni nampak debab sangat?? kat dalam entry tu, serius nampak sangat aku tengah debab isk isk isk.....
Masa sampai sini hujan lebat giler.
Budak-budak ni dari pusat latihan TDA kat Bangi, lambat sampai sejam. Tak tau naik bas boleh sesat ke mana2 lah. Bila tanya tak tau puan, kami dah masuk kebun sawit kat mana agaknya . . . hahaha.
Adalah ceremony pelancaran, dan ucapan kata-kata aluan yang aku rasa ambil masa sejam kot.
Lama juga, tiga, empat orang berucap seorang demi seorang huhuhu. Lepas bagi hadiah cenderamata, ambil gambar snap sana snap sini. Sarapan dulu. Banyak makanan, macam-macam ada. Cuma aku jer dah kenyang sebab tu tak makan.
Aku dan Che Ina dah siap pakai PPE, tunggu bas untuk bergerak ke power plant.
Hujan dah berhenti, lega sikit. Risaulah nak naik loji kuasa kalau hujan lebat-lebat ni. Kita bahagi dua kumpulan sebab tak nak terlalu ramai sangat, nak jaga keselamatan kan.
Masa ni untuk training simulation PNID, Tuan Haji ni adalah jurulatih (persara TNB) ni memang otai untuk bahagian controller dalam power plant.
Dalam sejam lebih lepas, kami rehat untuk makan tengahari.
Makan nasi ayam oenyet untuk tengahari, Alhamdulilah.
Petang pula, sesi untuk pusing-pusing di dalam sekitar loji janakuasa. Disebabkan suasana agak bising kami kena pakai earphone dan walkie talkie sebab senang nak berkomunikasi.
Ok, kita masuk dulu ke dalam.
Sorry ler aku tak boleh expose gambar2 dalam loji janakuasa ni dalam media sosial ya. Sebenarnya tempat ni lebih kurang sama jer macam Jimah Power Plant yang aku pergi sebelum ni. Dan aku pun dah beberapa kali masuk power plant termasuklah masa aku kerja kat Kuching, Sarawak. Jadi feeling tu tiada excited sangat. Sebab nak menunaikan tanggungjawab sebagai pensyarah pengiring itu yang aku gagahkan diri untuk pergi hehehe.
Hahaha yeh, boleh nampak kat atas ni kawasan jiran sebelah, Jimah Power Plant.
Dekat sejam naik turun tangga dan lif melawat kawasan, akhirnya kita pun balik semula ke tempat berkumpul.
Udah ler tu, nak balik dah. Takde citer lagi hah. K, Babai. . .