Bila tengok facebook Encik Sujimy masak masakan jawa dengan ibu mertua dia yang sweet tu, aku rasa teruja pulak nak masak juga.
Mungkin sebab aku dah lama tak balik Johor dan makan masakan Johor di sana 😓😓
Jadi aku pun carilah barang dan bahan masakan. Nak buat sambal goreng sayur. Jarang buat kecuali perayaan besar macam Raya Puasa dan Raya Haji jer baru kita buat.
Ok, aku attach sahaja tutorial cara nak buat sambal goreng dan WhatsApp kat dia. Rasanya resepi yang di internet mungkin resepi sambal godoks. . .
Resepi sambal goreng sayur: https://fb.watch/6gqQ8_OyqY/
Kalau sambal godoks ada letak santan dan suhun. Ada juga lauk orang Boyan panggil embek-embek.
Aku buat juga sambal godoks hari ini, campur petai sekali. . . .
No comments:
Post a Comment