Pulau Perhentian 2022 _ Part 1 Touchdown Kota Bahru
Emak aku memang suka pergi ke pulau-pulau untuk bercuti. Dari tahun lepas dia ajak pergi ke Pulau Perhentian tapi hujung tahun tu aku kata cuaca tak berapa bagus. Nasib baik memang bulan 12 tahun 2021 banjir besar sana sini. Aku cakap paling ok pergi bulan Mac sebab cuaca panas elok.
Dah dekat bulan 2 mak cakap sekali lagi nak pergi sini, dia nak payungkan semua anak-anak dia janji ikut pergi bersama dia bercuti. Mula2 aku rasa macam tak dapat sebab nak uruskan rumah baru, anak-anak nak masuk sekolah. Tapi memikirkan emak beriya-iya nak berjalan kami pun join juga last minute. . .
Abang aku yang tolong uruskan tempahan tiket, booking homestay di Kota Bharu dan Kuala Terengganu dan resort kat Pulau Perhentian. Mujur aku bagitau nak join jadi dia tolong tempahkan tiket flight ke sana. Kos tiket flight family aku 5 orang sahaja pergi KB dan balik dari KT dalam RM1140.00.
Kat KLIA 2. Parking kereta.
Kami pilih naik flight tak sanggup nak drive, jauh sangat bhai. Hilang punggung bila sampai sana nanti huhuhu. Lepas tu ada 12 orang jadi better guna flight dan sewa van penumpang.
Masing2 bawa beg sendiri. Sebab had berat untuk bagasi 15kg je.
Menunggu pak long dan akif sampai, mereka naik train dari TBS. Kakak ipar aku dan Daniel Amar tak dapat ikut sebab ada program kat tempat kerja dia.
Inilah first time Ilhan Wafiq naik flight.
Nak duduk tepi tingkap, berebut dengan Umar.
Akif pun sama, first time naik flight.
Hahaha dia punya havoc dan kecoh, tak pakai seal belt. Nak merayap jalan2.
Kami berlepas jam 2.00 petang. Touch down bandar Kota Bharu jam 3.15 petang dah siap ambil semua beg dan tunggu di luar airport.
Abang aku drive van penumpang muatan untuk 13 orang. Oklah muat semua orang dan beg masing2.
Sewa sehari RM350.00
Sebab dah kelaparan, kita makan dulu kat sebelah pasar Siti Khadijah. Aku makan maggi celup jer. Malas nak makan berat2 sebab dah petang.
Mak dan Qaireen makan nasi sup daging dan daging bakar.
Lepas makan, ronda2 sekejap kat pasar Siti Khadijah. Mak nak cari serunding. Sebab dah petang lepas Asar jadi banyak kedai dah nak mula tutup. aku beli sedikit keropok dan sate ikan saja untuk makan kunyah2 waktu malam kalau lapar. Tak sempat nak ambil gambar sebab dah penat dan malas masa ni.
Lepas tu abang aku bawa ke Pantai Cahaya Bulan, saja amik angin petang sebelum check in homestay. Sampai sini 5.30 petang, angin dia kuat gila!
Kami dah sampai di Kelantan akhirnya.
Sama juga dengan suami dan Qaireen.
Jejalan ke tepi pantai.
Sebab angin kuat, memang ramai orang jual dan main layang-layang.
Petang2 ramai keluarga datang bawa anak2 lepak dan ain layang2 kat PCB ni. Meriah. . .
Dekat pukul 7 petang kami gerak untuk check in ke rumah homestay.
Seronoknya dapat jalan-jalan bersama keluarga :)
ReplyDeleteMasa Mak SA sihat dulu memang selalu bawak dia berjalan sana sini..ni dah dialysis pun 4 kali sehari..kena plan betul2 kalau nak bercuti
ReplyDelete