Tuesday, March 1, 2022

Avanza bawa sofa Klippan IKEA?!!

Sebenarnya kani dah selesai shopping perabot-perabot di IKEA untuk rumah di Safira.  Sesi pembelian perabot-perabot ni aku ada buat vlog jadi boleh tengok di sini. 


Cuma yang tiada dalam list ialah sofa untuk living hall. Kami dah survey harga yang paling ok dan sesuai dengan bajet kami ialah jenis kat bawah ni. Mungkin sebab lagi beberapa hari nak ada Perayaan Tahun Baru Cina ramai yang borong kot sampai kehabisan stok pula hahaha.

Sayang pula sofa two seater ni, jenis Klippan out of stok. .

Seminggu lepas Tahun Baru Cina, check kat website eh dah ada stok dah. Cuma ada warna black sahaja. Warna yang kami nak tiada stok lagi. Apa lagi kita bergegas ler pergi IKEA Cheras. Wah lajuuuuu!!!


Yeah dapat dah. Tapi masa tengok kat rack dia kami terkedu juga. Sebab bapak beasar gila box dia. Muat ke nak bawak balik ni huhuhu nak sumbat dalam Avanza jer kan. 

Last2 beli dan carry bawak balik jela. 

Tawakal. Sebab kalau lori hantar charges dia RM168 pulak. Huhu sayang pulak duit. Takpe kita cuba jelah sumbat masuk dalam Avanza, kalau tak berjaya maknaya kita kena buat Plan B- bagi kat kaunter IKEA delivery.

Haha muat! 

Cuma kami kena ke dapan sikit bagi sofa lepas ke depan sebab nanti bonet Avanza susah nak tutup. Kepala set tu cabut bagi sofa ni ke dapan lagi. Huhuhu gigih!! Ilhan duduk diam2 kat belakang husband, nampak lah sikit kepala dia dalam gambar ni. Nasib baik Umar dan Qaireen tak ikut sekali. 


Misi berjaya!!


No comments:

Post a Comment

Ramadhan 1445 Tahun 2024