Monday, May 30, 2022

Hari Raya Aidilfitri 2022 @ 1443 Hijrah


Tahun ni raya pertama di Johor dulu. Dan raya pada tahun 2022 adalah raya punya kejutan. Sebab raya tak disangka-sangka jatuh awal sehari. Yelah selama bertahun-tahun kita beraya tepat mengikut kalendar yang ditetapkan mungkin kerana pencerapan anak bulan tak nampak pada ketika itu. Dan tak sangka tahun ni pencerapan anak bulan dapat dilihat dan sepakat Majlis Mufti menetapkan 1 Syawal jatuh pada 2 Mei 2022. 



Mak aku siap dah pakai telekung nak pergi terawih, tak jadi hehe. Besok nak raya, surau dan masjid dah mula bertakbir. Aku termenung juga, sebab ada barang tak cukup, tak lengkap. Baru fikir nak pergi pasar besok. Malam tu jugak kami keluar cari barang kat parit Sulong. Sebab jalan ke bandar dah mula jammed. Orang dah kalut mengelabah cari barang2 nak masak. 


Sebelum raya, 2 hari sebelum syawal, kami buat sambal goreng untuk berbuka. Jadi raya, kita tak buat lagi dah sambal goreng, sebabnya lagi bahan tak cukup. Raya terkejut jadi ada barang tak cukup nak masak. 

Aku cari nasi himpit, daging ais (beli 4 peket) penganti daging ayam, sedikit rempah dan sayur. Nak masak sayur londeh, nasi himpit, ayam masak merah, sambal ikan bilis dan rendang daging. Itu sahaja lah idea yang aku rasa mampu buat dan sediakan untuk raya terkejut ni huhuhuhu!!

Ayam nak goreng nak buat masak merah. 

Sayur londeh in making.

Samabal tumis ikan bilis. 

Ayam masak merah ala ribut done!

Rendang daging ais done!

Sayur londeh done!

Nasi himpit done!

Aku rasa selesai masak semua ni jam 2.00 pagi. Last lauk yang kami masak ialah ayam masak merah ala ribut. Tengah-tengah masak boleh pulak hujan ribut, aku dan husband siap berpayung memasak sebab tempias hujan masuk ke dapur luar rumah mak weiiii. Dugaan lah, last2 aku bawa lari masuk rumah, sambung masak kat dalam. 


Tidur dekat pukul 3 pagi, jam 6 pagi dah bangun sebab nak sambung gosk baju raya. Tak semapt nak gosok malam tadi, kuih pun tak sempat masuk dalam balang pun. Aku rasa dah macam zombie dah. 

Pagi raya, lepas sembahyang raya makan dan tidur kejap. Lepas husband kejut, jom ambil gambar raya!

Ok jom kita bergambar!!

Saja aku snap gambar sendiri- Muka baru bangun tido!! 
Barai aku wei.. nak sambung tidur balik je


Jom kita berhari raya!!

Umar dok pikir duit raya ler tu. 


Keluarga Pak Jalil dan Pn Rubiah. 



Gamabar dengan atuk dan wan serta cucu2 nya. 

Raya pertama, itu gambar sempat snap. Lepas tu orang dah datang beraya, beraya tak berhenti. . . Lepas Asar baru kami keluar pulak pergi beraya ke rumah adik beradik ayah pulak. 

Raya kedua balik Seremban, tidur rumah sendiri. Pagi raya ketiga kita bergerak pulak ke Taiping Perak. 

Sampai2 Pak Uda dan Pak Anjang tengah bakar lemang. 

Raya kat Perak sampai raya ke 6. 
Lepas tu balik ke Seremban semula. Sebab dah nak sekolah dan kerja minggu depan tu kan. 

Ni raya kat Rantau, rumah abang aku. 

Raya kat Banting, ada buat bacaan tahlil ringkas. 


Ada makan2 dan bakar ayam dan ikan. 

Pak Azmi rajin melayan Ilhan. 

Ni pulak raya kat opis. 

Raya penutup namanya. 

Setelah dua tahun tak beraya sebab cobit punya pasal akhirnya dapatlah kita sambut raya seperti normal dan biasa. Walaupun raya terkejut, tetap meriah!! 






No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...