Hari Sabtu, 25 Jun 2022, ada kenduri kahwin anak buah husband di Perak. Kenduri pihak lelaki sebab sebelah perempuan telah diadakan minggu lepas kat Selangor. Jadi moh ler kita balik ke Perak ya. Sebab kenduri dibuat pada hari minggu bukan cuti sekolah, dan husband pulak tempoh 'berpantang' kerana tak boleh ambil cuti sepanjang proses transaksi jawatan maka kita bergegas ler balik selepas habis kerja pada petang Jumaat tu.
Sepanjang jalan cuaca memang mendung sahaja, Alhamdulilah. Tak lah panas.
Mak ayah dan abang aku, Hardy join sekali tapi mereka bergerak waktu pagi. Sebab sekarang musim durian kat Perak. Aku bagi alamat chalet untuk diorang check in kalau sampai awal. Kami sampai sana pun dah waktu magrib. Dah gelap. Jadi tak dapat ambil gambar. Tapi aku ada ambil video dan upload di youtube.
Lepas tu masuk beg ke bilik, kami keluar makan kat Air Kuning, Taiping. Mak aku nak cari durian, jadi husband suruh jalan ke arah Changkat Jering mungkin ada stall dekat sekitar sebelum masuk tol exit Changkat Jering tu. Sementara tu aku sekeluarga gegas ke rumah mak ayah kat kampung untuk tengok persiapan kenduri.
Langkah kanan, musin durian menjadi2 dekat Bukit Gantang ni. Kami makan dan makan dan makan durian tak berhenti2 kat bawah khemah ye kui kui kui. . .
Ni durian Pak Lang, dia bawa sebakul untuk kita merasa durian bukit.
Kat rumah kampung tengah sibuk rewang kupas telur rebus. Sebab nak buat kurma telur besok.
Pelamin pengantin, simple but nice!! Lawa!
Makan2 durian, borak2 jam 11.30 malam aku minta izin nak balik chalet sebab tak mandi lagi wei. Mata pun dah mengantuk. Yelah balik kerja, amik anak2 dari sekolah kita terus berdesupp balik ke Perak. Anak2 pun tak mandi lagi. Husband je tinggal dulu sebab Pak Su akan hantar dia balik nanti. Lepas semua dah mandi2, mak aku panggil ajak makan durian dia beli kat gerai Changkat Jering. Makan durian lagi huhuhu!!
Ni lah My Dusun Chalet, tempat kitorang bermalam sepanjang hari kenduri ni.
Depan pintu bilik, terbentang dusun durian dia. Pokok durian pun dah besar2. Kereta aku pun dah sama warna dengan dusun hahaha!!
Nice view dia, tak jauh pun dari rumah kampung husband. Sebab kami ambil chalet mestilah dia lebih dekat dan murah pulak. Nak bermalam di kampung pun rumah dah penuh sebab ramai dari jauh dah datang awal. Jadi kita decide ambil chalet dusun ni untuk bermalam dengan mak ayah dan family abang aku sekali.
Lepas sarapan, mak aku nak naik basikal. Ronda2 kat kawasan situ. Anak2 pun nak ikut sama. Basikal2 ni disediakan oleh pihak Chalet.
Jam 11 pagi kita bergerak ke kenduri. Memang kakak husband buat kenduri kahwin dekat rumah mak mereka, sebab senang saudara mara nak datang ke sini. Kali pakai katering sahaja, sebab lebih mudah dan praktikal.
Pengantin dah sampai, boleh terus makan. Tengahari, lapar!!
Pasukan kompang dari Changkat Jering.
Akif takut dengar bunyi kompang. Menyorok belakang ayah dia.
Rombongan keluarga pengantin perempuan.
Majlis ni juga dimeriahkan dengan gerai apam balik.
Ada gerai cendol sagu dari Changkat Jering.
Ada gerai cucur goreng.
Ni khemah untuk bagi cenderahati pada jemputan yang datang. Sibuk betul mak dan ayah pengantin layan tetamu.
Sila2 jemput makan ya.
Lepas sesi bergambar sama2, tapi aku rasa kami tak sempat nak bergambar dengan pengantin pun hehehe sibuk makan kat luar kan !!
Umar nak gambar atas pelamin juga.
Dalam pukul 4 petang akhirnya selesai. Tetamu dah beransur. Mak dan ayah aku dan Hardy pun dah bergerak balik ke Selangor. Kitorang pun balik ke chalet untuk mandi. Malam tu siap2 datang lagi sebab ada game untuk semua keluarga main. Saja nak bagi seronok2.
Sampai2 je, Ilhan dan Umar makan kek pengatin.
Preparation untuk main game, banyak hadiah Tupperware tu!! Mak Long bawak dari Pahang tu.
Tu dia, punya havoc malam tu! Ramai kan jadi kecoh lah masing2 main game.
Game mudah je, main golek tin air tu. Berhenti kat mana2 hadiah tu jadi milik kita lah. Ada juga sampul duit selain tupperware. Masing2 aim nak sampul duit jer!!
Yeah, nilah hadiah yang kita dapat malam tu. Alhamdulilah. Terima kasih mak Long dan Kak Tie sekeluarga.
Besoknya hari Ahad, jam 7 pagi dah check out bilik chalet. Kita bertolak balik ke Seremban.
Kena gerak awal, takut jem melekat huhuhu. Itu sahaja cerita kenduri kahwin kat Perak, boleh tengok video kat bawah ni.
Youtube Kenduri Kahwin Anak Buah di Perak. . .
No comments:
Post a Comment