Showing posts with label sepupu. Show all posts
Showing posts with label sepupu. Show all posts

Monday, January 9, 2023

Kenduri kahwin sepupu di Villa Kemboja, batu Pahat

Penutup hujung tahun 2022, ada satu majlis kenduri kahwin sepupu kami iaitu Hazimah. Majlis dibuat di Villa Kemboja di Peserai, Batu Pahat. Kiranya keluarga sebelah ayah pakat2 planning buat kenduri kahwin di homestay ni. Diorang ambil penginapan semua sekali rumah dan dewan untuk dua hari 1 malam. Jadi keluarga makcik dan pakcik aku boleh stay bermalam di situ berama anak2 mereka. Kecuali ayah tak, tidur kat rumah sendiri je hehehe. 

Petang tu ada buat makan2, pakcik aku buat bihun goreng. Sambil2 tu packing untuk gift untuk para jemputan majlis besok. 

Nak goreng samosa, untuk mentong2 petang ni. 

Ada bubur kacang, kuih muih. Mak2 dan pak2 sedara dah masak petang tadi untuk dimakan. 
Alhamdulilah langkah kanan kami petang ni. 

Makan2, sampai magrib. Balik rumah mandi dan semabahyang magrib. 
Lepas tu datang balik sebab nak tolong2 susun apa yang patut. Kerusi meja untuk jemputan, pekerja pihak villa dah tolong susunkan.


Besok pagi jam 11am kita pergi ke kenduri kahwin, majlis dah nak bermula. Sampai2 terus makan dulu. 


Jemput makan. 


Kambing golek. Sebab majlis ni sekali dengan majlis akikah anak sepupu maka kambing akikah tu dibuat kambing golek. 

Yang ni pulak rojak campur. Sedap... Sambal kicap dia.

Ramai jemputan dah mula datang. . .

Cendol Pak O pun dah ready wei. . . 

Lepas makan kenduri, baru aku jejalan tengok sekitar Villa Kemboja ni. Semalam sampai dah petang sangat nak malam dah, tak sempat nak explore. CANTIK!!! 

Landskap dia menawan, ala-ala Bali. 

Ada beberapa rumah dalam Villa ni, semua diduduki oleh keluarga mak dan pak sedara aku dan anak-anak mereka. Penuh. 

Pintu masuk rumah utama. 

Rumah ada nama2 dia, Busu, Uda, Ngah, Long dan Mak. . .

Depan pagar pintu masuk Villa Kemboja. 

Masuk dalam kena jalan ke belakang untuk ke dewan kenduri kahwin. JAdi kita buka pintu di belakang terus, senang orang nak masuk dewan kalau dari tepi. 

Rumah yang lain ada banyak nama abah dia ! hehehe



Pengantin baru, sepupu aku- Hazimah dan suaminya. 

Pelamin nak ambil2 gambar dengan pengantin. 

Berangan nak buat halaman rumah macam ni boleh tak?? 

Nak tanam pokok besar2 macam ni nampaknya baru nampak ala-ala Bali konsep hahaha

Jom amik gambar adik beradik ayah pulak. 

Adik dan kakak family ayah aku. MD Yatim Legacy. . . 




Malam tu ada buat jamuan makan2, bakar2 sate dan BBQ. Lepas tu ada cabutan bertuah untuk semua. Saja je buat nak meriahkan suasana dan nak bagi family besan berkenal-kenalan dengan ahli kekuarga Md Yatim Legacy . . . 




SEmua boleh dikatakan dapat hadiah cabutan bertuah hehehe. Selesai jam 11.00 malam. Kemas2 barang lepas tu balik rumah. Besok nak bertolak balik ke sarang di Seremban. Buat Hazimah dan suami, selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia dan ke anak cucu. Amin. . . .

 

Wednesday, August 10, 2022

Majlis Kenduri Kahwin Sepupu

Hari Jumaat 23 Julai 2022, mak dan ayah aku datang ke Seremban sebab ada jemputan untuk majlis nikah anak saudara ayah, Azri (sepupu akulah kiranya). Sebab majlis nikah dibuat lepas Asar, ayah cadang nak datang ke rumah aku waktu pagi sebab nak solat jumaat dulu. Jadi aku dan suami pun sepakat ambil cuti, tapi anak2 masih hantar ke sekolah macam biasa. 

Jam 3.00 petang kami bertolak ke rumah mak saudara di Senawang. Kumpul2 dulu semua ahli keluarga lepas Asar nanti baru bergerak ke rumah pengantin perempuam di Panchor. 

Hantaran belah pihak lelaki, dah siap susun2. 

Pengantin lelaki jaga barang hantaran, takut hilang . . . hehehe

Dah nak kahwin dah budak ni, dulu kecil2 ligan lari sana sini. Azri ni siap tolong bawak bunga manggar masa aku dan husband nak berarak ke majlis kahwin 15 tahun lepas. Huhuhu tua dah aku ni rupanya. . . 


Lepas Asar, akad nikah dijalankan. 

Besoknya kenduri kahwin sebelah pihak perempuan. Jadi sekali lagi kami berkumpul kat rumah Cik Chom sebelum bergerak berarak ke rumah pengantin perempuan. 

Panas lit lit, dah tengahari ni kan. Cepat2 jalan sebab tak sabar nak cari tempat redup!!

Acara menyuap cendol hahaha!! 
Ni cendol stail kemboja, cendol dia lain sikit campur dengan buah-buahan. 

Dah selesai makan, kita bergambar dengan pengantin pula. 

Selamat pengantin baru Azri dan isteri, selamat menempuh alam perkahwinan.
Semoga sentiasa berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu. Amin



Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...