Tuesday, May 13, 2025

Good Bye PoliPD!!

 Aku lambat update yang aku dah pindah tempat kerja awal tahun ni, 2025. Kira hujung tahun 2024 adalah momen - momen yang akhir kami di sini sebelum berpindah ke tempat baru. Aku dan husband dapat bertukar ke Politenik Nilai, Negeri Sembilan jadi dekat je pindah ke sebelah daerah jer. 

Last convocation at PoliPD. 

Ni contribution aku terakhir untuk Majlis Konvokesyen PoliPD. 

Tapi bersyukur sangat sebab jarak ke tempat baru dari rumah kami dah jadi separuh perjalanan dan masa. Jadi tempat kerja semakin dekat, Alhamdulillah. 

Bila tukar tempat kerja maka kena tukar sekali sekolah anak2. Dari Port Dickson ke Seremban. Ya lah siapa yang nak hantar mereka ke PD kalau mak ayah dah tak kerja kat sana. Dan punca utama kami berpindah ialah sebab nak tukarkan mereka bersekolah berdekatan dengan rumah. 


Ilhan ambil gambar dengan rakan-rakan kelas dia. Last day sebelum cuti sekolah hujung tahun. 
Start tahun baru 2025 dia masuk sekolah baru dah. . . Sedia Ilhan, kawan2 menangis masa dia balik sekolah last day tu T_T


Yang Umar dan Qaireen tak sedih mana pun, teruja nak pindah sekolah. 
Tak perlu nak tunggu panas2 ibu atau ayah datang amik balik sekolah. 

Bye-bye to my workplace.

Rasa dah duduk kat meja ni lebih dua tahun. 


Majlis Perpisahan dan Persaraan daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PoliPD. 

Kita amat menghargai momen hampir 12 tahun bekerja di sini. Dari 2012 sehingga 2024

Tema Majlis KJ minta tema retro jadi kami bergaya lah macam2 fesyen hari tu. 

Terima kasih semua, sayang anda semua. 

InshaAllah ada rezeki, kita berjumpa lagi di lain masa. 






No comments:

Post a Comment

Cuti Sekolah: Balik Kampung dan Cameron Highlands.

Sesi sekolah tamat dan mula cuti pada bulan Januari. Masa ni ada perayaan sempena Tahun Baru Cina jadi kami ambil cuti seminggu untuk balik ...