Aku dan husband kira coffee lover juga. Husband terjebak dengan coffee ni bila kahwin dengan aku ahahaha. Kalau tak selama tu dia minum air teh ajerrr.
So kitorang ada juga try makan-makan kat Coffee Cafe. Antaranya adalah Coffee Beans and Tea Leaf, Richiamo Cafe dan Harru Smoked and Barbecue Cafe. Semua lokasi ni terletak di Bandar Sri Sendayan ajer..
First, Richiamo Cafe. Kita makan tengahari kat situ. Order kami cofee latte dan nasi daging salai lomak cili api.
Coffee latte art
Aku tambah Croissant chocolate. Croissant dia biasa, tak delah lembut sangat.
Nasi putih Daging Salai Lemak Cili Padi. Sayur dia cinonet ajer...
Aku rasa kedai ni bukan masak on da spot. Macam Secret Recipe. Diorang panaskan je in case kalau ada stok. Kadang-kadang ada cawangan ada menu ni tapi ada cawangan lain takde. Sama juga kalau menu nasi dagang atau nasi kerabu. Tempat dia ok, memang hype tapi kadang2 sunyi takde customer. Ikut masa kot.
Hasil selepas makan.... Licin... hahaha.
Makanan dia not bad, tapi coffee dia kureng sikit dari piawai aku. Ikut tekak akulah.
Ok, next pulak adalah kedai Harru Smoked and Barbecue Cafe. Kat sini kami makan malam sementara tunggu anak habis tuisyen. Kita order cafe latte, Harru Smoked Chicken rice (tiada gambar) dan BeefUp Dishes.
Coffee dia padu!!!
Beef Up. Smoked Beef Brisket, 1 set ni RM38.
Rasa dia. Biasa jer nyah!!!
Kami rasa tulah pertama dan terakhir kita makan kedai kot. Sebab rasanya harga makanan dia offer tu kita boleh makan yang lebih baik lagi. Lebih2 lagi dari segi rasa dan presenting makanan dia. Husband aku yang komen. Menu aku pulak makan nasi ayam dia- aku rasa Chicken Rice Shop paling terbaik lah tak boleh challenge nasi ayam mana2 kedai except Nasi Ayam Hailam Damansara tu.
Ok, last review Coffee Bean. Kita memang banyak makan kat sini. memang kalau compare Harru dan Coffee Bean, husband prefer Coffee Bean-itulah dia maksudkan.
Order kami, lasagna chicken, margherita pizza dan Salmon Spaghetti Aglio e Olio.
Coffee dia husband ambil Cafe Latte. Aku pulak minum Chai tea.
Cinnamon Roll - memang feberet aku, lurve........
So banyak2 coffee cafe yang kita try, mostly memang banyak kat Coffe Bean and Tea Leaf. Makanan dia, dan vibes tempat dia superb. Kopi dia terutama Dry Americano memang kau akan addicted, mujur kita beringat2. makan sekali ke dua kali sebulan oklah. Memang worth setakat ni. Cafe Coffee lain aku tak try lagi sebab kebanyakkan makanan dia offer lebih kepada desert dan kek almost. kami prefer makanan yang berat2 ajer...
Ok Baiiiii......
No comments:
Post a Comment