Showing posts with label pindah politeknik. Show all posts
Showing posts with label pindah politeknik. Show all posts

Sunday, October 12, 2025

Rezeki Naik Pangkat.

Alhamdulilah segala puji pada Allah segala syukur kepada Nya kerana memberikan aku peluang meningkatkan lagi kemajuan hidup diri ini. 

Aku temuduga validasi pada 1 Jun 2024. Dan keputusan dia keluar pada 9 Jun 2025. Setahun juga menunggu, sampai dah rasa malas nak tunggu hahaha!! Bila ada pengumuman dari Ketua Pengarah JPPKK, kami kena check dalam keputusan di website Esis, sehari selepas cuti sambutan awal Muharam. 

Alhamdulilah. 

Dalam website esis, rasa pelik gambar muda sebab diambil tahun 2005 - time aku nak sambung belajar kat UTHM. Masa lapor diri ke Politeknik Kuching, aku cuma ada softcopy gambar tu jer. Bila admin minta salinan gambar pasport, aku bagi jela yang tu. Sampai sekarang gambar kekal tak ubah2 walhal ada jer gambar staf diambil untuk buat kad. Tapi memang setiap kali bukak esis, ko memang  akan CRINGE sebab tengok gambar sendiri tu errkkk!!

Masa keputusan keluar,  aku dah berpindah dan mula berkhidmat di Politeknik Nilai mula Januari 2025. Jadi keputusan penempatan baru tu korang boleh agaklah jawapan dia. Nak ke mana lagi kan?? Kekal lah kat Politeknik Nilai. Hehehehe. Padahal hati ni nak cuba tukar angin ke Kolej Komuniti. 

Daripada bermula 2002 di Politeknik Kulim (Tunku Sultanah Bahiyah), Kedah sebagai DG 6 . Kemudian bertukar perkhidmatan di Politeknik Kuching Sarawak dari DH29 (Sistem SSM) aku naik kepada DH42. Tahun 2012 berpindah Politeknik Port Dickson,  kemudian naik dari DH 42 kepada DH 44. Akhirnya tahun ni rezeki naik ke DH48 tapi aku dah pindah ke politeknik Nilai pula sebelum keputusan keluar. 

Cuma bila sistem Perkhidmatan dah bertukar kepada SSPA, DH48 tukar jadi DH12 pulak. Aku pun tak biasa nak sebut atau tulis gred baru ni hmmm. Untuk masa depan, aku tak tahu lah nak gerak ke mana lepas ni atau nak cuba lagi naik pangkat? Sebab letih juga nak buat fail kecemerlangan. 

Jenuh wei, dah empat kali buat fail yang bertimbun, dan kau nak menghadap validasi panel lagi. Dash saturated, mungkin??

Apa2 pun syukur sangat2 atas segala pengalaman dan pencapaian yang aku hadap sepanjang menjadi penjawat awam ni. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. 



Tuesday, May 13, 2025

Good Bye PoliPD!!

 Aku lambat update yang aku dah pindah tempat kerja awal tahun ni, 2025. Kira hujung tahun 2024 adalah momen - momen yang akhir kami di sini sebelum berpindah ke tempat baru. Aku dan husband dapat bertukar ke Politenik Nilai, Negeri Sembilan jadi dekat je pindah ke sebelah daerah jer. 

Last convocation at PoliPD. 

Ni contribution aku terakhir untuk Majlis Konvokesyen PoliPD. 

Tapi bersyukur sangat sebab jarak ke tempat baru dari rumah kami dah jadi separuh perjalanan dan masa. Jadi tempat kerja semakin dekat, Alhamdulillah. 

Bila tukar tempat kerja maka kena tukar sekali sekolah anak2. Dari Port Dickson ke Seremban. Ya lah siapa yang nak hantar mereka ke PD kalau mak ayah dah tak kerja kat sana. Dan punca utama kami berpindah ialah sebab nak tukarkan mereka bersekolah berdekatan dengan rumah. 


Ilhan ambil gambar dengan rakan-rakan kelas dia. Last day sebelum cuti sekolah hujung tahun. 
Start tahun baru 2025 dia masuk sekolah baru dah. . . Sedia Ilhan, kawan2 menangis masa dia balik sekolah last day tu T_T


Yang Umar dan Qaireen tak sedih mana pun, teruja nak pindah sekolah. 
Tak perlu nak tunggu panas2 ibu atau ayah datang amik balik sekolah. 

Bye-bye to my workplace.

Rasa dah duduk kat meja ni lebih dua tahun. 


Majlis Perpisahan dan Persaraan daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PoliPD. 

Kita amat menghargai momen hampir 12 tahun bekerja di sini. Dari 2012 sehingga 2024

Tema Majlis KJ minta tema retro jadi kami bergaya lah macam2 fesyen hari tu. 

Terima kasih semua, sayang anda semua. 

InshaAllah ada rezeki, kita berjumpa lagi di lain masa. 






Majlis Anugerah Insan Terbilang _Ilhan Wafiq

Sabtu lepas, 13hb Disember 2025 sekolah Ilhan Wafiq ada buat majlis Anugerah Insan Terbilang. Dan Ilhan Wafiq terpilih untuk menerima dua an...