Showing posts with label Lasagna. Show all posts
Showing posts with label Lasagna. Show all posts

Monday, May 5, 2025

Review Makan-makan Coffee Cafe kat Sendayan

 Aku dan husband kira coffee lover juga. Husband terjebak dengan coffee ni bila kahwin dengan aku ahahaha. Kalau tak selama tu dia minum air teh ajerrr. 

So kitorang ada juga try makan-makan kat Coffee Cafe. Antaranya adalah Coffee Beans and Tea Leaf, Richiamo Cafe dan Harru Smoked and Barbecue Cafe. Semua lokasi ni terletak di Bandar Sri Sendayan ajer..

First, Richiamo Cafe. Kita makan tengahari kat situ.  Order kami cofee latte dan nasi daging salai lomak cili api. 

Coffee latte art 

Aku tambah Croissant chocolate. Croissant dia biasa, tak delah lembut sangat. 

Nasi putih Daging Salai Lemak Cili Padi. Sayur dia cinonet ajer... 

Aku rasa kedai ni bukan masak on da spot. Macam Secret Recipe. Diorang panaskan je in case kalau ada stok. Kadang-kadang ada cawangan ada menu ni tapi ada cawangan lain takde. Sama juga kalau menu nasi dagang atau nasi kerabu. Tempat dia ok, memang hype tapi kadang2 sunyi takde customer. Ikut masa kot. 

Hasil selepas makan.... Licin... hahaha.
Makanan dia not bad, tapi coffee dia kureng sikit dari piawai aku. Ikut tekak akulah. 


Ok, next pulak adalah kedai Harru Smoked and Barbecue Cafe. Kat sini kami makan malam sementara tunggu anak habis tuisyen. Kita order cafe latte, Harru Smoked Chicken rice (tiada gambar) dan BeefUp Dishes. 

Coffee dia padu!!! 

Beef Up. Smoked Beef Brisket, 1 set ni RM38. 
Rasa dia. Biasa jer nyah!!!

Kami rasa tulah pertama dan terakhir kita makan kedai kot. Sebab rasanya harga makanan dia offer tu kita boleh makan yang lebih baik lagi.  Lebih2 lagi dari segi rasa dan presenting makanan dia. Husband aku yang komen. Menu aku pulak makan nasi ayam dia- aku rasa Chicken Rice Shop paling terbaik lah tak boleh challenge nasi ayam mana2 kedai except Nasi Ayam Hailam Damansara tu. 

Ok, last review Coffee Bean. Kita memang banyak makan kat sini. memang kalau compare Harru dan Coffee Bean, husband prefer Coffee Bean-itulah dia maksudkan. 

Order kami, lasagna chicken, margherita pizza dan Salmon Spaghetti Aglio e Olio. 


Coffee dia husband ambil Cafe Latte. Aku pulak minum Chai tea. 

My Mum Scone -nama dia jer, emak aku tak bake scone. 

Cinnamon Roll - memang feberet aku, lurve........

So banyak2 coffee cafe yang kita try, mostly memang banyak kat Coffe Bean and Tea Leaf. Makanan dia, dan vibes tempat dia superb. Kopi dia terutama Dry Americano memang kau akan addicted, mujur kita beringat2. makan sekali ke dua kali sebulan oklah. Memang worth setakat ni. Cafe Coffee lain aku tak try lagi sebab kebanyakkan makanan dia offer lebih kepada desert dan kek almost. kami prefer makanan yang berat2 ajer...


Ok Baiiiii...... 







Thursday, December 3, 2015

Aktiviti masa cuti panjang

Cuti panjang, aku amik 3 bulan. Jadi dikira2 tahun depan lah barunstart kerja hehehe. Puas sikit nak susukan sepenuhnya pada Ilhan. Lagipun kuota cuti pun ada lagi... anak2 amik kelas insentif 3 mggu. Jadi pagi dan petang dok umah kerja aku belek2 resipi dalam internet. Majalah tak beli lah. Sebab dalam internet confirm berlambak. Rajin tak rajin jer nak buat T_T

Buat lasagna. Selalu buat lasagna sebab anak2 memang suka makin ni. Berkali2 tambah. Resioi aku ada tulis kat sini.


Buat salad daging salai..

Try buat roti titab...


Cuba buat ayam percik..

Yang penting anak2 dan husband suka nak makan... kalau ada bahan boleh buat. Cari resipi simple2 jek, tak nak ada ingredient yg payah nak cari dan buat hahaha.


Ada juga beli online, pos laju sebab memang ada kat umah.

Hehe bukan buku resipi, tapi buku2 pasal pengurusan kewangan dan perniagaan online. Lagipun sejak pregnant lagi business online jadi sendu sikit sebab jadi malas sekejap. Tak larat nak manage T_T. 



Monday, April 13, 2015

Makan malam "Homemade Lasagna"!

Malam tadi aku nak masak lasagna, lama dah nak masak benda ni... Tapi memandangkan akhir2 ni aku tak tahan bau daging lembu jadi cam terbantut sikit nak buat dan makan. So tukarler daging ayam supaya tak rasa mual...  Balik kerja, sap sap siap (rebus, buat sos bolognise, sos bechamel) adalah sejam dah siap semua, tinggal nak bakar je...

Selalu buat dalam loyang, kali ni buat dalam mould kek ni. Ada beli lebih masa buat kek dulu2...

Budak2 tak sabar nak makan, nanti dulu!! Kita bakor dulu!!
Err minyak wangi tu terselit takde kena kena mengena dengan resipi lasagna, jangan korang ingat aku spray kat lasagna ni huhuhu

Dah bakar dalam 20 minit, suhu 180 darjah celcius... Dah pukul 7.15 malam dah

Sejukkan kejap, aku mandi, solat magrib dan ngaji dulu. Pesan kat anak2 jangan usik, kena tunggu sejuk kalau tak melecur mulut bila makan!!
Aku sempat lagi iron baju kerja, anak berapa kali naik tanya dah boleh makan ker belum hehehe..

hah, makan time!!

Aku tengok anak2 makan betul2 diorang kelaparan!!
aku makan cuit2 jer hehe

Makan sungguh2!!

Qaireen macam biasa mulut tak berhenti cakap dan bercerita!! Story macam2 kat kami pok pek pok pek..


At last, LICIN!!!


Untuk resipi lasagna tu boleh check kat sini!

Kbai....




Wednesday, March 19, 2014

Lasagna recipe.

Dulu ada aku citer yang jumpa buku resipi masakan barat di sini. Jadi teringin nak cuba buat lasagna. Lasagna ada beberapa lapisan. Lapisan pertama 'penne' atau lasagna yang telah direbus lembut. Kedua ada meat sauce @ bolognese sauce. Dan ketiga ada bechamel sauce.Kemudian taburan mozarella dan parmesan cheese.

1. Rebus penne (masa kursus dulu aku guna penne) atau lasagna dengan air sampai lembut. Dah lembut, toskan air dan ketepikan

Lasagna. Tak kisah jenama pape, janji halal.

2. Sediakan bahan untuk Meat sauce

Antara ramuan untuk buat meat sauce.
  • Butter  / minyak zaitun 2 sudu besar
  • daging cincang (200 gram, yang ni aku beli di Mydin sebab fresh. Kalu boleh sebab nak sedap lagi jangan daging jenis beku) 
  • 1 biji Bawang holland cincang
  • 3 biji Bawang putih cincang 
  • 1 batang Celery cincang 
  • 1 biji tomato cincang
  • Puri tomato ( yang ni aku guna 1 tin brand Prego)
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil blackpeper corn
  • Secubit mixed herbs/oregano
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
Tumis bawang holland dan putih. Dan daging cincang sekali.

Panaskan pan dengan minyak. Tumis bawang holland dan putih sampai naik bau. Masukkan  daging cincang dan masak hingga bertukar keperangan. Masukkan puri tomato. kemudian setelah mengelegak masukkan tomota cincang, mixed herbs, black pepper, tepung, gula dan garam.

Meat sauce dah siap!!

3. Sediakan bahan untuk Bechamel sauce

  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar cheese/ 2 keping cheesdale
  • bay leaf (kalau ada)
  • bunga cengkih 1@2 lawang
  • air suam (untuk adjust pekat)

Guna api kecil. panaskan sauce pan dan masukkan butter. Setelah cair masukkan tepung gandum. kacau sehingga sebati.
    Masukkan susu segar, kacau rata. Jika mahu pekat lagi boleh campurkan whipping cream. Atau gunakan air panas atau suam jika mahu cairkan lagi. 


     Masukkan potongan cheese. Cheese dah cukup buat sos masin, jadi tak perlu garam. 
    Didihkan sehingga pekat.



    Persediaan untuk buat lasagna lapisan demi lapisan. Sediakan acuan untuk dibakar. Sapu majerin atau butter pada surface acuan. 


    Lapisan pertama: Susun lasagna, menutupi permukan acuan.

    Lapisan kedua: tuang sedikit meat sauce hingga menutupi ruang.

    Lapisan ketiga: Tuang bechamel sauce.

    Taburkan mozarella dan parmesen cheese.


    * Ulang balik sekurang2 nya dua atau tiga lapisan. Bergantung pada keluasan acuan anda pakai.

     Dah siap, bakar 200 degree celcius dalam masa 40-30 minit bergantung besar acuan lasagna anda.



    Sudah siap dibakar.
    Biar sejukkan dulu sebelum makan. Sabar dulu okay. Nanti melecur mulut lols.


    Yummy!! Sila baca doa makan sebelum makan.
    Selamat mencuba!!

    Friday, February 28, 2014

    Nak cuba balik resipi masakan barat!!


    Minggu lepas tengah sibuk kemas meja opis sempena Minggu 5S, terjumpa buku ni.


    Dulu aku pernah pergi berjemah ke kursus Masakan Barat anjuran Kolej Komuniti Mas Gading di Kolej SATT, Kuching tahun 2009.



     

     Kolej Satt di Kuching, Sarawak. Ada dua chef yang jadi cikgu masa tu. Sorry no picture sebab tertinggal kat PC kat politeknik lama .


    Saja teringin nak mencuba masakan barat, sebab suka gak tengok rancangan masakan di Astro :) Satu lagi aku nak kenal semua rempah ratus dia, macam-macam ler, oregano, parsley, paprika, mixed herb, bay leaf, rosemary macam-macam woh...

    Bila chef tu keluarkan penuh kat kaunter segala mak nenek rempah ratus, daun segala daun lah dia bagi tengok. Padahal yang aku tahu selama ni daun serai, kunyit, lengkuas, bunga kantan jek hahaha...Jakun sekejap, tengok, hidu dan rasa ramai2. Kalau buat pertandingan Master Chef untuk teka rempah tu confirm fail lah.



    Resipi yang diajar satu hari tu Baked potato with meat sauce, sour cream, Baked layered pasta (lasagna) mini patties, tomato concasse, bechamel sauce. Huhu tak pernah dengar pun masakan tu sebelum ni.



    Siap lakar lagi.macamana nak buat layer by layer lasagna tu bahaha. Hm takut lupa.


    Hm nampaknya boleh ler aku asah balik skill masak barat ni hahaha. Ntah jadi atau tak kan. Tak pe nanti aku share bila dah buat ok.


    Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

    Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...