Showing posts with label Konvokesyen. Show all posts
Showing posts with label Konvokesyen. Show all posts

Tuesday, March 22, 2016

Majlis Konvokesyen PPD selesai || Jadi Gadis pentas

Konvokesyen ni actually berlangsung minggu lepas, cuma aku je lambat update. Selama empat hari untuk empat jabatan di Politeknik Port Dickson. Selalunya sebelum2 ni kalau Majlis Konvokesyen Politeknik aku cuma terlibat sebagai AJK pemanduan graduan dan ibu bapa jer... Tolong setup susun tempat duduk diorang bila masuk dalam dewan kan. Lepas tu jadi AJK sijil, tolong susun sijil diploma dan transkrip, lepas konvo selesai diorang pulang jubah baru boleh datang amik dokumen2 tu.

VVIP dan Pegawai kanan politeknik dah masuk dan duduk. 

Cuma tahun ni aku ditugaskan di pentas. Ok so aku tak kisah lah, cuma nak fikir nak pakai apa yang elok sikit. Sekali diorang bagitau kena pakai jubah biar seragam T_T. Dah lah hari pertama konvo, sistem air cond rosak pulak. Terpaksa audiens berkipas dalam tu. Ish mujur sampai hari  konvo JKM barulah elok air cond dewan, kalau tak hmm tak boleh bayang macamana ler berjubah berpanas atas pentas tu.
Ceh, berposing pakai jubah dengan staf JPA, Pn Azua. Bangga kejap, lama tak pakai baju ni hahahaha. Last aku pakai masa konvo degree tahun 2008 gitew...

Boring nak tunggu turn bagi scroll. Ini pun aku saja datang lambat sebab acara tu start dalam pukul 10 pagi kan..

Gambar ehsan dari Ustaz Wan, sempat dia snap gambar kami kat atas tu...

Tugas aku senang je diri sebelah Pengarah Poli dan pass scroll kat dia. Nanti dia pass kat Yg Berbahagia Undang Luak untuk bagi kat graduan.. Bayangkan graduan dalam 300 lebih. Jenuh nak diri bagi benda tu.. T_T nasib baik lepas separuh bagi, ada rehat sekejap untuk persembahan pelajar. Lepas tu sambung balik. Tengok Pengarah dan Datuk Undang lagilah penat agaknya sebab diorang empat hari nak kena diri bagi kat semua graduan jabatan2 lain lagi huhuhu. 

Bersusun holder nak pass kat pelajar. 

Termasuk trofi anugerah pelajar terbaik dan projek terbaik..

kat belakang pentas, Izad dan Fahmy merangkap ajk2 sijil sibuk bukak plastik holder untuk susun atas meja.. 


Settle majlis dalam pukul 12.30 tengahari. pastu majlis makan di perpustakaan. jadi kena join sekali dengan semua pegawai dan Ketua Jabatan.. Makan jelah, rezeki jangan ditolak yek.


Makanan nasi dan lauk kampung, menu dipilih sendiri oleh Datuk Undang katanya. Memang sedap, tapi pedas berladoo. Menu orang nogeri kan...

So kiranya inilah jawatan aku lepas ini sampai ke bila pun aku tak tahulah. Tunggu kot kalau kaki ni dah ketar2 dah tahan diri lelama boleh mintak orang lain gantikan T_T. Ok, kbai...


Sunday, November 15, 2015

Anak2 konvokesyen Pasti 2015

Biasalah dah hujung tahun, confirm kat FB ke Intagram ke atau blog (aku ler tu) ramai mak bapak dok upload gambo2 anak diorang konvo kat tadika atau pra sekolah masing2 yek!! Yang pelik, bila dah start sekolah rendah atau menengah takdelah pulak upload konvo ker anugerah pelbagai pape pun, tup2 dah abis bljar kat IPT barulah upload gambo konvokesyen lg hahaha.

So ari Sabtu 14 November bertempat di Golden Straits Villa, PD semua PASTI cawangan Teluk Kemang berkumpul untuk konvokesyen 2015. Disebabkan aku masih berpantang tak dapat nk join tengok diorang konvo T_T.
Harapkan husband whatassap gambo je kat aku banyak2 huhuhu...

On da way nk ke Port Dickson

Wah, Umar buat drama. Menangis sebab ramai orang dan panas. Aku ingat bila aku takde, dia lagi ok, tak takut. Ropanyer sama je anak lelaki ku ni huhuhu.


Ayah dia tinggalkan Umar dengan mualimah. 

Qaireen ok, boleh behave tunggu turn nak naik stage.

Ramai, sebab banyak Pasti cawangan Teluk Kemang tak silap 6 atau 7 kawasan berkumpul..


Konvo untuk lima tahun..Umar baru berani naik stage.

Qaireen konvo untuk enam tahun, yang ni special sikit sebab kena pakai jubah. Isk isk tahun depan dah darjah satu dah. Cepatnyer masa berlalu...T_T

Aku ingat konvo tahun lepas Umar kata nk sangat trofi mcm tu. Kena dia x dpt. Kami gelak jer, kalau nk trofi Umar kena jadi rajin. Rupanyer rajin dtg sekolah pun dpt trofi yek, gitew..

Hah baru boleh senyum, sebab dapat trofi. Kedatangan terbaik, tak ponteng2 tau!! Alhamdulilah tercapai hajat dia nk dpt trofi hahaha.
Qaireen pulak dia kata takpe dah ada 1 trofi kat umah (dpt masa pertandingan bercerita tahun ni)

Ok posse masing2 dgn gift konvo :)



Saturday, November 15, 2014

Konvo PASTI Anak2 ku

Yeah, selesai konvo hari Ahad lepas, semua Taska Pasti di seluruh kawasan Teluk Kemang terlibat. Majlis dibuat di SRKJC Spring Hill. Anak2 aku pelik, hari tu kena pakai uniform sekolah. 'Bukan hari ni kita cuti ke' hehehe. Yelah, tapi hari special sikit. Ada konvo akhir tahun.

Muka teruja ke?!

Sampai pukul 2.30 ptg. Parents pun ramai datang , penuh dalam dewan.

Kaunter pendaftaran. 

Persembahan nasyid dari kanak2 pasti...

Umar mula2 duduk diam je dengan kawan2 dia, mualimah tolong jaga sebab nak beratur naik pentas. Alih2 dlm 20 minit tetiba mualimah datang bawa kat aku , 'Umar nangis cari ibunyer... ' adui, budak ni takut bunyi speaker...

Muka Umar baru lepas menangesss

Qaireen relaks jer, siap boleh kejar tepuk bubbles dengan kawan2 lain


Ramai mak bapak belikan bubles untuk anak diorang. Budak ni mintak tapi ayah dia tak bagi takut infection pada perutlah, mulut lah hahaha padahal sayang duit nk beli benda2 macam tu. Baik beli makanan. Nasib baik diorang paham..

Muka seronok dapat hadiah konvo. Hilang sekejap nangis dia tu hahaha

Senyummmm, best dapt hadiah yek.

My boy and girl. 

Nak jadi macam hadi dan huda...


OK. Tamat dah persekolahan PASTI tahun ni. Lepas ni cuti panjang dah... Kena fikirkan apa nak isi time cuti sekolah panjang ni..  


Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...